MR. AND MRS.
BAB : 24
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14019

Bacaan






WIDAD mengeluh! Aduh penatnya aku menjadi Wafa! Kakinya melunjur di ruang solat yang besar. Badannya disandarkan ke tiang dinding. Jam di sisi dipandang barang sedetik. Waktu rehatnya masih berbaki kurang dari dua puluh minit. Widad menarik nafas yang panjang dan sekata sebelum mata dibawa pejam.

Semalaman, dia menghabiskan masa di bilik jahit demi menyiapkan baju resepsi teman VVIP Wafa. Kini, dia bisa menarik nafas lega bila baju yang ditempah oleh bakal kedua- dua mempelai itu sudah hampir siap. Widad senyum sendiri bila mengenangkan kata –kata semangat dari adiknya tempoh hari. Semua ini atas susah payah Wafa. Dia tahu itu.

Dan kerana itulah, dia harus berusaha sebaik mungkin agar peluang keemasan ini bisa menjadi batu loncatan untuk dia menonjolkan bakat yang ada setelah bertahun- tahun mencipta nama di negara orang. Ah... untuk apa aku kenang lagi kemahsyuran yang lepas. Aku harus bina empayar yang baru tanpa membabitkan Emeralds dan Aaron!

“Widad,” sapa Che Norazlina. Widad lekas membuka mata bila satu suara menelusi cuping telinganya. “En. Eilmi nak jumpa kau,” bisik gadis Kelantan itu. Widad terpinga. Kain telekung yang masih tersarung di badan dibuka dan dilipat dengan kemas. Tangannya menarik satu beg kecil yang penuh dengan barangan alat- alat solek.

“Dia macam marah jer. Tak tahulah apa yang tak kena. Kata En. Eilmi tadi, dia ada pergi ke rumah kau malam kelmarin tapi kau tak ada kat rumah,” ujar Che Norazlina. Nadanya mempamerkan resah. Widad pantas mengenakan alat solek di muka. Reaksinya tenang saja. Apa pulak lah yang si tokek nie nak? Hatinya membebel.

Lima minit kemudian, Widad menyarung kasut di luar pintu bilik solat. Che Norazlina turut berbuat demikian. Mereka sama -sama masuk ke dalam lif dan keluar semula beberapa saat seterusnya. Namun tiba di satu sudut, langkah dua gadis melayu itu berpecah. Figura Widad langsung menghala ke pejabat Eilmi Zahrin. “Ya En. Eilmi,” sapa Widad setelah pintu pejabat lelaki itu ditolak perlahan.

“Kenapa awak tak hantar apa- apa note tentang baju resepsi Cik Fiza pada senior fashion saya!!” tempik Eilmi Zahrin membuatkan keadaan menjadi riuh dengan serta merta. Widad turut terperanjat dengan tempikan itu. “Masa dah suntuk sangat! Tinggal beberapa hari saja lagi!!”

“Tapi saya dapat arahan daripada Wafa untuk jahit sendiri baju resepsi Cik Fiza tu,” beritahu Widad dengan nada suara yang tenggelam timbul. Hampir terkeluar biji mata Eilmi Zahrin mendengarnya. "Wafa? Siapa Wafa?” tanya Eilmi Zahrin dengan muka hairan.

“Maksud saya Puan Julia,” Widad pantas membetulkan kenyataan.

Are you kidding me! This’s wedding of the years Widad!” Semua orang dah tahu yang baju resepsi anak sulung Tan Sri Faiz, pemegang saham terbesar Petroleum Berhad adalah hasil rekaan PUTIH! Awak jangan nak memalukan saya! Saya tak kan teragak- agak untuk menyaman awak kalau hasil tangan awak nanti telah menjatuhkan imej dan populariti butik saya!” kata- kata itu seakan ada unsur ugutan.

Widad menelan kalut di jiwa. Eilmi Zahrin menyinsing lengan kemejanya hingga paras siku. Telifon bimbitnya digapai, aplikasi whatsapp dijenguk. Bengis di wajah masih dibiarkan berkeliaran. Seketika, pandangan tajam itu terpacu ke arah Widad. Riak wajahnya melahirkan rasa hairan bila Widad berdiri di hadapannya tanpa telifon di tangan sedangkan di dalam whatsapp itu, dia melihat status Widad berada dalam talian.

Widad jadi tidak menentu bila ditenung begitu. Adakah lelaki tu tahu yang aku nie bukan Wafa? Hatinya dicuit gelabah. “Telifon awak mana?” soal Eilmi Zahrin. Widad terpinga. Dia bagai dapat mengagak, kenapa soalan itu yang diacu tanya.

“Telifon saya tertinggal kat rumah,” jawab Widad spontan. Apalagi alasan yang dia ada? Eilmi Zahrin meletakkan telifon bimbitnya di atas meja. Dia duduk semula di kerusi CEO dengan muka yang masih keruh. Renungannya melekap pada skrin komputer. Dahinya masih lagi berkerut. Widad hanya memerhati tingkah lelaki itu tanpa sebarang kata. Hensem jugak dia pakai vest macam tu! Hati kecil Widad mula menggatal.

“Tunggu apa lagi? Saya tak bayar gaji awak untuk jadi pak pacak kat pejabat saya!”

“Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi memberi saya peluang untuk menyiapkan baju resepsi Cik Fiza. Saya akan buktikan pada En. Eilmi yang saya layak duduk di kerusi PUTIH,” ucap Widad penuh yakin. Suasana berubah sunyi bila Eilmi Zahrin lebih bersikap mendiamkan diri. “Terima kasih En. Eilmi,” ucap Widad sekali lagi.

“Bukan saya yang beri awak peluang tu tapi Puan Julia!”

“Tapi En. Eilmi tak bantah kan?’

“Get out!!” jerkah Eilmi Zahrin memberi isyarat keluar. Gadis itu tidak pula mengingkari arahan itu. Dia melangkah dengan sebutir azam. Tiap keluhan di hati digumpal buang. Apakah pengakhirannya nanti? Hati Widad membisik tanya tanpa suara yang mesra.

“Garang betul si tokek nie! Patutlah Wafa berbulu jer dengan dia! Kau kena buktikan Widad. Kau kena keluarkan segala kemahiran dan bakat yang kau ada. Ini soal masa depan kau. Soal cita- cita dan kerjaya kau tapi...” kata- kata Widad terhenti di situ bila bayangan hitam Emeralds mengusik semangatnya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku