MR. AND MRS.
BAB : 25
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8941

Bacaan






MALAM masih lagi merangkak. Kebiasaannya pada waktu- waktu begini, mata hitam Eilmi Zahrin akan terpaku di kaca televisyen untuk melihat kupasan berita- berita terkini dari dalam dan luar negara. Namun entah kenapa, tumpuannya tidak sebaik malam- malam sebelumnya. Akal fikirnya jauh melayang mengenangkan seseorang. Seseorang yang seringkali menjadi punca pertelingkahannya!

“Kenapa dia nampak macam lain sangat minggu nie atau aku tersalah tafsir?” hati kecil Eilmi Zahrin masih lagi menulis soalan yang sama. Lalu dia termenung lagi. Kali ini, menungnya lebih panjang dari biasa bila satu kisah datang tanpa dipinta.

“Widad! Kenapa awak suka menyampuk dalam urusan kerja saya! Awak tahu tak yang Puan Sri Khalilah tu pelanggan tetap butik nie!” bicara itu kedengaran memekik. Anak gadis itu pantas mendongak. Lakaran baju di kertasnya nampak terhenti. “Tapi apa yang En. Eilmi buat itu sia- sia dan boleh menjejaskan reputasi PUTIH!” tegasnya pula. Eilmi Zahrin kembali mencekak pinggang. Renungannya menujah jatuh ke muka Widad.

“Sia- sia? Hello! I am CEO! Sudah bertahun- tahun saya di sini. Saya tahu apa yang terbaik untuk butik dan pelanggan saya! Awak jangan nak tunjuk pandai! Simpan sikit bodoh awak tu, Widad. Jangan ketara sangat, nanti orang akan gelakkan saya kerana punya PA yang dungu seperti awak!” kutuk Eilmi Zahrin terang- terangan.

“Puan Sri Khalilah, pelanggan tetap PUTIH yang En. Eilmi agung- agungkan itu adalah salah seorang pemegang saham terbesar Emerald Bridals,” hujah Widad dengan riak muka selamba. Eimi Zahrin ketawa terus. “Apa yang awak merepek nie? Saya kenal Puan Sri Khalilah tu bukan setahun dua tau. Awak jangan nak membuat cerita Widad!”

“Terpulanglah pada En. Eilmi nak percaya atau tidak,” jawab Widad dengan cebikan di mulut. Eilmi Zahrin berpusing arah. Langkahnya masuk ke dalam bilik Amir Bakri dengan muka menahan marah. Kring! Kring! Deringan telifon bimbit menghambat anak telinganya, melarutkan sebuah lamunan yang singkat. Eilmi Zahrin menggapai telifon pintarnya. Pesanan ringkas dari Amir Bakri didalami erti dan maksud.

Langkah kaki anak muda itu laju tersusun menuju ke tingkat bawah. Figura Amir Bakri yang duduk di sofa panjang menarik perhatiannya. Eilmi Zahrin mengambil tempatnya di sebelah lelaki itu. “Kau dah siasat hal tu?” tanya Eilmi Zahrin bila Amir Bakri seperti tidak mudah untuk memulakan cerita.

“Puan Julia ada?” soal Amir Bakri pula.

“Ada kat atas,” ringkas Eilmi Zahrin. Wajahnya sedikit berubah bila pertanyaannya masih belum sudi dijawab.

“Widad bercakap benar,” bisik Amir Bakri. Riak muka lelaki di sebelahnya berubah lagi. Terasa payah untuk dia menerima hakikat yang ada dalam perkhabaran itu.

“Aku peliklah, macam mana Widad boleh tahu hal nie? Aku yang dah lama rapat dengan Puan Sri Khalilah pun tak dapat nak hidu keletah hidung belang isteri Tan Sri Khairuddin tu,” luah Eilmi Zahrin sambil menggaru belakang kepalanya. Amir Bakri menepuk lembut bahu abang sepupunya.

“Aku akan siasat hal ini dengan lebih dalam. Kau tenang saja dulu,” bisiknya. Eilmi Zahrin langsung bingkas. Debar di hati dengan khabar yang diterimanya bukan kepalang. Hatinya seperti dicelup panasaran pula. Prasangka buruk mula mengekori gerak fikiran.

“Kau kena siasat betul- betul Bakri jangan sampai kita tak dapat hidu kejahatan yang disembunyikan oleh badut pasar malam tu! Dari hari pertama dia masuk ke butik kita, aku rasa ada yang tak kena dengan dia. Aku pernah pecat dia tapi Puan Julia bangkang!” rungut Eilmi Zahrin.

“Aku rasa Widad tu mata- mata Emerald? Patutlah hari tu dia takut untuk berdepan dengan Aaron! Rupanya ada rahsia yang tersembunyi. Kau harus percepatkan siasatan kau. Aku tak suka ada duri dalam daging duduk lama-lama kat butik aku!”

“Tapi kalau benar dia tu mata- mata Emerald, kenapa dia membuka rahsia besar Puan Sri Khalilah di depan kau?” Amir Bakri menghujah pertanyaan. Eilmi Zahrin terdiam. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan itu. Kerut di muka menambahkan keromot di wajahnya.

“Kau tenang saja dulu. Aku akan siasat hal ini sedalam- dalamnya. Bila kita dah ada bukti yang kukuh, senanglah kita nak singkir dia dari PUTIH, itupun kalau dia terbukti bersalah,” bisik Amir Bakri demi membuang keruh di wajah itu. Tangannya menepuk lembut bahu lelaki Eilmi Zahrin. Jejaka berkulit cerah itu sekadar mengangguk. Ingatannya kini jauh melayang terkenangkan seseorang.

Satu- satunya perkara yang paling indah tentang Emerald adalah Putri Haryati. Mungkin Widad tahu di mana Haryati berada sekarang. Sudah hampir dua bulan, Daniel mencarinya tapi masih tidak dapat dikesan. 

Duhai sayangku... andai sesuatu yang aku rencanakan itu telah membuatkan hatimu sakit dan terluka, aku mohon maaf. Percayalah sayang… luka itu akan aku rawat hingga parutnya tak bisa kau lihat andai takdir menulis sesuatu yang sangat indah buat kita berdua!




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku