MR. AND MRS.
BAB : 28
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6941

Bacaan






DETING jam dua belas kali telah mengejutkan Widad dari lena yang panjang. Kepalanya masih terasa berat. Terkebil- kebil matanya melihat keadaan siling yang sangat asing baginya. Suara merdu di tepi katilnya, diamati dengan baik. Ternyata, suara itu sedang membaca ayat- ayat ALLAH. Dia berusaha untuk berpaling sebelum satu wajah menerpa ke arahnya.

“Cik Widad sudah sadar (sedar),” tegur seorang perempuan dalam dialek Indonesia.

“Saya kat mana nie?” tanya Widad dengan suara lemah.

“Widad ada di rumah saya,” jawab satu suara bersama bibit- bibit senyum. Wajah keibuan Puan Julia masuk ke dalam penglihatan Widad dan disusuli pula dengan wajah Eilmi Zahrin. Lelaki itu hanya berdiri di sebelah Penasihat PUTIH dengan riak muka risau.

“Widad rehatlah ya. Malam nie, Widad bermalam saja di sini. Esok boleh terus ke pejabat bersama- sama saya,” ucap Puan Julia. Widad terdiam. Dia ingin pulang. Dia berasa kurang selesa untuk bermalam di rumah itu namun langkah kaki Puan Julia sudah gagal untuk dihalang.

“Saya ambilkan bubur nasi buat ya. Cik Widad pasti lapar,” tutur Tatiana pula. Langkahnya dihayun keluar dan yang tinggal kini hanya sekujur tubuh yang tegak berdiri di sebelahnya. Eilmi Zahrin langsung duduk di birai katil. Widad berpaling ke muka pintu. Mujur saja pintu bilik itu dibuka dengan luasnya.

“Apa sebenarnya yang berlaku?” tanya Widad setelah agak lama sunyi berpeleseran di sekelilingnya.

“Awak pengsan sewaktu menari di pentas tadi,” jawab Eilmi Zahrin. Widad terdiam. Dia cuba mengingati kisah yang telah berlaku. Bayangan wajah itu masih lagi kelihatan anggun, bersimpuh di anjung ingatannya bersama gerak tari yang sungguh lembut dan memukau.

“Saya benar- benar tak sangka yang Putri Haryati dan Widad adalah orang yang sama. Maafkan saya atas segala kekasaran...”

“Jangan panggil saya, Haryati! Nama tu sudah mati dari hidup saya!” tegas Widad. Eilmi Zahrin mengangguk, seperti terpaksa saja.

“Siapa mereka? Kenapa mereka menari bersama- sama dengan kumpulan kita?” tanya Widad.

“Maksud awak?” Eilmi Zahrin kurang mengerti.

“Saya nampak ada beberapa orang perempuan berpakaian kuning diraja turut sama mengikuti tarian kami. Siapa mereka tu, En. Eilmi?” jelas Widad. Penjelasan yang diakhiri dengan sebuah pertanyaan. Pertanyaan yang diulang, sebenarnya.

“Sebenarnya sketsa kita terpaksa dibatalkan sebelum ianya bermula.”

“Tak mungkin! Saya dengar lagu Ulek Mayang dimainkan. Saya dengar deruan angin yang menderu laju sebelum sketsa kita bermula. Saya dengar kesemuanya dengan telinga saya sendiri,” tepis Widad.

“Widad, saya melihat awak naik ke atas pentas sendirian dan menari tarian Ulek Mayang sebelum rebah beberapa minit kemudian,” cerita Eilmi Zahrin pula. Widad tergamam. Dia menggeleng tanda tidak percaya. Eilmi Zahrin mengeluarkan telifon bimbit dari poket seluar. Rakaman video berdurasi satu minit lima puluh saat itu ditontonkan semula di hadapan gadis itu.

Widad memerhati tiap kejadian yang ada di dalam rakaman video itu dengan entah berentah. Kenapa hanya ada aku sahaja di pentas? Mana perginya kawan- kawan yang lain? Bayangan yang aku lihat juga tiada, sedangkan aku melihat mereka dengan mataku sendiri. Mana mungkin aku cuma berkhayal! Detik hati Widad. Pandangannya terperosok ke wajah Eilmi Zahrin.

“Tapi saya dengar lagu Ulek Mayang dimainkan. Saya dengar dengan jelas,” tutur Widad lagi. Eilmi Zahrin membuang keluhan. Renungannya melekap simpati.

“CD lagu Ulek Mayang kita rosak. Berkali- kali Amir Bakri cuba memainkan cekera padat itu. Kemudian, saya bergegas keluar dari astaka untuk mendapatkan salinan cd yang ada di dalam kereta. Dan ketika itulah... awak terlanggar dengan pintu yang saya tolak hingga awak terjatuh. Masih ingat?” cerita Eilmi Zahrin. Widad mengangguk lemah.

“Makan dulu Cik Widad,” suara Tatiana di muka pintu. Dulang kecil yang ditatang, diletakkan ke atas meja tepi. Semangkuk bubur yang suam- suam panasnya dihulurkan kepada Eilmi Zahrin. Lelaki itu menyambutnya dengan cermat. Sudu makan diraih sebelum bubur nasi dikacaunya lembut. Tatiana membantu Widad duduk dari baringan.

“Saya keluar dulu Tuan. Masih ada kerja yang perlu dibereskan,” bicara Tatiana hormat dan sopan.

“Saya suap ya?” suara Eilmi Zahrin teragak- agak. Widad diam. Dia rasa tidak selesa pula dengan kebaikan anak muda Puan Julia itu.

“Saya boleh suap sendiri,” ujar Widad. Eilmi Zahrin menggeleng. Sudu di tangannya disua rapat ke mulut gadis itu. Widad terpaksa membuka mulut dan menerima suapan itu bersama bacaan bismillah. Sesekali, empat mata itu bertemu dan sesekali itulah senyum di bibir Eilmi Zahrin bergetar lembut.

Hatinya memutik rasa– rasa bahagia bila Putri Haryati yang dicari, rupanya sudah lama berada di hadapan mata. Demi sekeping hati yang menghimpun segala rahsia dan cinta, maka aku perlu berusaha untuk menjadikan dia permaisuri hidupku. Baginya, mendapat bunga seindah Putri Haryati umpama mendapat tuah seumur hidup.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku