MR. AND MRS.
BAB : 29
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
7187

Bacaan






KHAMIS. Awan hitam di luar menggelapkan suasana ceria di PUTIH. Para pekerja lebih suka duduk berborak di pantri. Kejadian aneh yang menimpa Widad malam semalam menjadi gosip paling hangat dari satu ke mulut ke telinga lain. Kisah seorang Putri dirasuk kuasa halus hingga ada yang terasa merinding bila cerita itu ditokok tambah sesedap mulut.

Renungan mata Eilmi Zahrin singgah pada satu figura yang begitu tekun dengan kerjanya. Lakaran gaun pengantin ala- ala Gatsby yang popular pada tahun 70 an benar- benar menarik perhatiannya. Dari lakaran itu, dia tahu Widad sememangnya punya bakat yang luar biasa. “Boleh buatkan saya kopi?” nada itu melantun dengan sangat lembut.

Widad mendongak. Langkahnya diatur menuju ke pantri sementara Eilmi Zahrin masuk ke dalam biliknya bersama lakaran gaun pengantin Widad. Gagang telifon diangkat sebelum nombor sambungan HR ditekan. Gaun lakaran itu diamati kehalusan seninya saat kata- kata yang terbit dari mulut Puan Julia teriang- iang di cuping telinga.

Tuk! Tuk! Ketukan itu membuatkan Eilmi Zahrin mengalihkan pandangannya ke muka pintu. Langkah Cik Zita, salah seorang pekerjanya dari bahagian HR terpamer di hadapan mata. Langkah itu jadi semakin rapat dan dekat sebelum ia berhenti di hadapan meja.

“Ini fail yang En. Eilmi minta,” suara Cik Zita dengan senyum. Eilmi Zahrin mengangguk bersama ucapan terima kasih. Fail putih di atas meja ditarik ke dalam pegangan setelah Cik Zita keluar dari biliknya. Lalu muncul pula langkah yang lain. Aroma wangi kopi menusuk ke dalam rongga hidung tanpa dapat dihalau pergi. Kepulan asapnya melingkari kedinginan pagi.

“Duduk Widad,” arah Eilmi Zahrin. Matanya masih terpaku pada sekeping gambar yang melekap kemas pada muka surat hadapan resume kepunyaan Widad Bt. Daim. Seketika, pandangannya singgah pada raut wajah gadis itu. Solekan yang tebal di muka membuatkan wajah aslinya hilang dari pandangan. Dia jadi arif dengan keadaan itu. Dia tahu kenapa gadis itu menyembunyikan wajah asalnya tapi…

“Widad, sejak awalnya lagi awak dah berjaya menipu kami semua. Kalau perkahwinan awak dengan Aaron tidak menghadapi sebarang masalah, adakah awak akan terus menjadi PA saya?” soal Eilmi Zahrin. Widad mengangguk.

“Kenapa?” pertanyaan itu nampak lebih khusus.

“Untuk menjatuhkan reputasi PUTIH? Untuk mendalami segala selok belok perniagaan PUTIH dan rahsia kejayaannya? Untuk mengetahui jadual harian saya supaya mudah bagi Aaron untuk membunuh saya? Atau…”

“Itu dulu. Keadaan dah berubah,” potong Widad. Dia tidak sanggup mendengar patah perkataan berikutnya.

“Awak dah bersiap sedia dengan perlawanan gusti lengan yang kita rancangkan minggu lepas?” Eilmi Zahrin menukar topik soalan. Nadanya semakin lembut. Widad mengangguk walau anggukannya nampak berat.

“Gadis secantik Haryati, hati lelaki mana yang takkan cair?” kata- kata Cik Fiza kembali berbisik di anak telinga. Eilmi Zahrin mengangguk setuju. Kalau dialah duri di dalam daging yang ada di butik aku, aku sanggup membiarkan duri itu bermukim di sini selama mana yang dia mahu walau bisanya nanti memakan diri. Tukasnya sendiri. Dia terpaksa membenamkan kata- kata yang telah memudat titik-titik buntu di jalan tengah.

Cawan yang dibawa masuk oleh Widad berminit- minit yang lepas digapai dan dibawa dekat ke mulut. Kopi itu dihirup sesisip dua. Fail putih yang masih dipegang, diletakkan ke sudut meja. Tangannya menarik kayu papan catur yang sudah siap tersusun ke tengah meja. Widad nampak sedikit keliru. Direnungnya mata Eilmi Zahrin untuk penjelasan lanjut.

“Dari resumeawak, saya dapat tahu yang awak pernah mewakili Perak dalam pertandingan catur,” suara anak muda itu lebih kepada memberi kenyataan. Widad nampak mengangguk.

“Beginilah Widad. Apa kata, kita ganti perlawanan gusti lengan dengan perlawanan catur? Hadiah dan syaratnya tetap sama, tidak berubah. Catur Putih mewakili PUTIH dan catur Hitam mewakili Emerald,” jelas Eilmi Zahrin seraya menanggalkan jam tangan yang dipakai dan diletakkan ke sisi. Pandangan Widad terpaku pada jam tangan mewah itu.

“Setuju?” tanya Eilmi Zahrin setelah Widad membisu agak lama. Gadis itu mengangguk lagi. Sampul surat coklat gelap diletakkan ke tepi.

“Ini adalah surat perletakkan jawatan saya,” suaranya kemudian. Eilmi Zahrin terdiam. Bibirnya bergetap. Tangannya pantas memusing kayu papan catur itu kepada tiga ratus enam puluh darjah hingga barisan catur yang berwarna putih itu tersusun kemas di hadapan Widad.

“Saya mahu melihat bagaimana awak mempertahankan PUTIH dari Emerald,” tutur Eilmi Zahrin. Widad terpana. Wajahnya sedikit berubah namun demi jam tangan bernilai dua puluh lima ribu ringgit itu, dia terpaksa memenangi perlawanan ini. Satu, dua, tiga! Perlawanan pun bermula. Setiap minit yang berlalu bagai membenarkan sunyi bertenggek di pelantar waktu tanpa ada gangguan.

“Checkmate!” tutur Widad tiba- tiba biarpun perlawanan baru saja bermula dalam kiraan masa lima minit. Eilmi Zahrin terpempan. Papan kayu bercorak hitam putih itu ditelitinya lagi. Ternyata Widad tidak bergurau. Dia benar- benar checkmate! Eilmi Zahrin mengangguk tanda setuju. Jam tangan pemberian ayahnya sempena hari lahirnya yang lalu diletakkan di hadapan Widad.

“It’s yours...”suara lelaki itu . Widad termanggu.

“Kenapa? Awak ingat saya bergurau?” tanya Eilmi Zahrin setelah Widad masih juga membiarkan jam tangan itu tanpa disentuh.

“Kenapa En. Eilmi menukar rancangan dengan tiba- tiba? En. Eilmi memang nak saya menangkan? Kenapa?” tanya Widad kecewa. Dia tidak mahu jawatannya di butik itu dikekalkan atas sebab- sebab simpati. Dia tidak perlukan simpati itu. Dia mahu berdikari sendiri.

“Saya taklah segila itu Widad,” sangkal Eilmi Zahrin.

“Saya bisa lawan gusti lengan dengan En. Eilmi. Saya bukan wanita yang lemah,” akui Widad penuh kesungguhan. Eilmi Zahrin tersenyum. Kata- kata itu seperti mahu mencabarnya. Lalu papan catur ditolak ke sisi. Tangan kanannya ditegakkan dengan ruas jari yang terbuka. Widad menarik kerusinya ke depan. Tangan kekar Eilmi Zahrin dipaut sebelum digenggam kemas.

“Sedia?” tanya Eilmi Zahrin. Widad mengangguk. Setelah kiraan satu dua tiga terbit dari mulutnya, maka dia berusaha sedaya mungkin untuk merebahkan tangan lelaki Eilmi Zahrin ke lantai meja.

“Widad!” panggilan itu membolosi gawang telinganya. Dia bangun dari lamunan dengan muka merah padam. Jam tangan Eilmi Zahrin diraih sebelum langkahnya dihayun keluar dengan muka menahan malu. Eilmi Zahrin masih lagi di situ. Renungannya masih bertaut pada yang satu hingga berminit- minit lamanya. Ini betul- betul checkmate! Keluh Eilmi Zahrin sambil menyandar malas di kerusi.

Air kopinya yang masih tinggal separuh dihirup hingga habis. Kemudian, anak muda itu bingkas turun ke lobi. Di sana, pandangannya bertembung lagi dengan si Widad. Dari satu sisi lain, kelihatan Farid, Meor dan Amir Bakri sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. Sepertinya ada sesuatu yang sedang diperbualkan. Eilmi Zahrin merapatkan langkahnya dengan kelompok itu.

“Aku memang dah agak, budak tu memang ada membela saka. Kalau tidak, takkan dengan tiba- tiba saja dia boleh meroyan macam tu. Tenguk muka pun dah tahu. Orang cantik macam dia tu selalunya ada pakai- pakai. Kalau tak, Ungku Aaron pun tak akan pandanglah,” cemuh Farid.

“Pakai- pakai?” ulang Amir Bakri tidak faham.

“Yelah. Pakai–pakai macam susuk. Semua tu untuk menundukkan lelaki, nak- nak lagi kalau lelaki tu jerung besar macam Ungku Aaron tu tapi hubungan macam tu memang takkan kekal lama. Kau tenguk sajalah, tindakan pelik Ungku Aaron membatalkan pernikahan mereka pada saat- saat akhir,” ujar Farid dengan lebih jelas.

Amir Bakri terdiam. Eilmi Zahrin juga turut melakukan hal yang sama. Tiga pasang mata lelaki di sebelahnya menyorotkan pandangan ke wajah Widad yang masih ralit melayan pelanggan. Melihat kepada keadaan itu, Eilmi Zahrin semakin faham dengan maksud cerita yang keluar dari mulut Farid tadi. Lelaki itu menfitnah Widad secara terang- terangan!

Hatinya jadi panas bila Widad dicemuh dan dicerca begitu. Mencerca Widad sama seperti mencerca Putri Haryati. Bush! Satu tumbukan hinggap tepat ke muka Farid hingga anak muda itu tersasar ke belakang dan jatuh terduduk di lantai. Berpasang- pasang mata yang melihat kejadian itu, datang menerpa mendapatkan Farid. Amir Bakri yang nampak terkejut dengan tindakan spontan Eilmi Zahrin segera menenangkan sepupunya itu.

“Aku bukan mengata kau, Eilmi. Tolong jangan salah faham,” ucap Farid. Darah merah yang mengalir dari bibirnya yang pecah dikesat. Lobi kelihatan sesak dengan kehadiran pekerja PUTIH. Masing- masing terpinga dengan apa yang sedang berlaku. En. Eilmi mengamuk besar sebab Farid mencemuh Widad yang bukan- bukan! Bisikan itu sampai dari satu telinga ke telinga yang lain.

“Kau mengata Widad kan?” jerkah Eilmi Zahrin. Farid terdiam. Pandangannya meluru pergi ke wajah seseorang. “Apa yang kau tak puas hati dengan dia?” tanya Eilmi Zahrin lagi. Farid bingkas. Dia tidak tahu kenapa anak lelaki Puan Julia itu tiba- tiba saja berpihak kepada gadis itu. “Aku minta maaf. Aku janji, aku takkan cakap lagi perkara macam tu,” Farid segera mengaku salah. Dia tidak mahu memanjangkan sengketa.

“You’re fired!”tegas Eilmi Zahrin. Amir Bakri terpana. Farid juga, malah sekalian yang ada turut merasakan perasaan yang sama. Widad pantas mengasingkan diri dari kejadian itu bila cakap- cakap mulut sampai ke telinganya. Farid melangkah keluar dari butik itu dengan memek muka yang menahan marah dan mulut yang menyumpah- nyumpah. Eilmi Zahrin masuk ke dalam lif. Dia naik semula ke tingkat tujuh. Di sana, matanya berselisih temu dengan lirikan mata Widad.

“En. Eilmi tak boleh pecat En. Farid macam tu saja. Saya tak kisah kalau dia nak buruk- burukkan saya. Saya tak ambil hati pun,” suara gadis itu dengan nada bersalah.

“Who’s said? I'm a CEO!Awak tak kisah tapi saya kisah Widad! tempelak lelaki itu sebelum langkahnya masuk ke dalam pejabat yang jelas perkataan CEO di muka pintu. Widad terdiam. Melihat wajah yang merah padam itu, kakinya tidak jadi melangkah walau dirasakannya teramat perlu bagi dia untuk menjernihkan semula keadaan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku