MR. AND MRS.
BAB : 30
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6262

Bacaan






WIDAD menyarung kasut tumit tinggi sebelum langkahnya masuk ke dalam BMW Z4. Jika bukan kerana dipaksa oleh Puan Julia siang hari tadi, pastinya dia tidak mahu menjadi peneman anak bujang wanita itu. Mendedahkan dirinya di majlis- majlis besar seperti Festival Fesyen Antarabangsa 2016 bermakna membuka ruang yang cukup untuk dia bersemuka dengan Aaron!

Langkah kaki dua wakil PUTIH itu nampak seiring. Langkah yang menarik perhatian media. Nama Putri Haryati bergema nyaring di bibir- bibir mereka. Nama Eilmi Zahrin juga setara kedengaran. Segaknya lelaki itu bila suit rona kelabu melekap di badan. Dan Widad pula tampil dengan fesyen kebaya Indonesia dari material French Lace berona kuning berlapikkan Satin Viscose, dipadankan dengan kain Songket Palembang.

Laksana puteri yang turun dari kayangan. Itu jolokan yang tepat buat Widad hingga mata yang memandang tidak bisa ditepis luru. Flash kamera bertaburan di mana- mana. Eilmi Zahrin turut sama terpegun melihat kecantikan gadis itu. Bila mata bertentang mata, debar di dada mendetakkan irama yang cukup asing. Ah, perasaan ini datang lagi! Jerit hati lelakinya.

Mereka duduk di meja bernombor tujuh. Keadaan sudah pun sesak dengan segala macam manusia yang gilakan fesyen. Perhatian Eilmi Zahrin sudah lama terganggu. Dia lebih gemar melihat wajah Widad daripada wajah model- model ternama yang memperagakan fesyen- fesyen baju pengantin terkini. Widad jadi tidak selesa bila direnung begitu. Matanya menunduk ke bawah bila kerdipannya gagal menahan sebuah renungan.

“Jom kita keluar. Bisinglah kat sini. Saya jadi rimas,” bisik Eilmi Zahrin. Nadanya menggumpal lemas. Widad mengangguk. Dia turut bingkas pada saat pemuda itu bangun dari kerusinya. “Kita nak ke mana nie?” tanya Widad saat kereta milik Eilmi Zahrin diambil oleh jokey hotel. Senyum manis yang terukir di bibir itu nampak bertali - tali.

“Kita pergi makan burger bakar kat SS15, Subang Jaya,” jawab lelaki itu. Widad terdiam. SS 15 Subang Jaya? Jauh tu! Gerutu hatinya.

“Tak jauhlah. Kalau saya tekan minyak dalam 180, dua puluh minit sampailah,” bisik lelaki itu seperti dapat meneka apa yang sedang bermain dalam fikiran Widad.

Well! Well! Well! Tak sangka pula boleh jumpa Mr. and Mrs. kat sini!” tegur satu suara. Eilmi Zahrin berpaling bila langkah yang menegurnya dilihat kian mendekat. Widad pantas berpaling ke tempat lain. Dia tidak sudi memandang wajah itu. Mendengar suaranya saja sudah cukup meluatkan. Hatinya ditimbuni perasaan benci yang dahsyat.

“Sayangku Haryati, you masih sudi pakai baju kebaya yang I jahitkan untuk you? Wow! And because of that my darling, you look so gorgeous tonight,” ucap Ungku Aaron manja dan mengada- ngada. “Kau nak apa?” tanya Eilmi Zahrin. Nadanya biasa saja biar cemburu di hati sudah bergerigi. Betul ker baju yang Widad pakai sekarang ni, mamat selenga tu yang jahit? Hatinya bertanya.

“Eilmi Zahrin! You bukan gay ker atau gadis seanggun Putri Haryati nie dapat menghidupkan nafsu lelaki kau yang dah pupus tu? Oh! Lupa pulak aku. Zara macam mana? Dah tiga tahun kau orang bertunang tapi sampai ke saat ini, masih belum ada tanda- tanda untuk kau orang menjadi suami isteri yang sah. Jadi benarlah kata- kata orang yang kau bertunang hanya untuk menutup perangai gay kau tu jer kan!” tokok lelaki itu lagi.

Eilmi Zahrin menarik tangan Widad bila kereta yang dinanti tiba di hadapan mata. Mereka tidak lagi menunggu. Masing- masing masuk ke dalam kereta. Pedal minyak ditekan kasar membuatkan kenderaan elit itu meluncur laju meninggalkan perkarangan hotel lima bintang. Sedang Ungku Aaron yang terbelenggu dalam cemburu bila putrinya dibawa pergi.

“Perangai dia yang kurang ajar tu memang semulajadi ker? Kenapa awak masih pakai baju yang dia jahit? Awak masih sayangkan dia?” soal Eilmi Zahrin setelah dua minit kenderaan yang dipandunya berada di tengah kota. Widad tetap diam. Mulutnya berat untuk bercerita tentang bekas kekasihnya.

“I’m talking to you Widad!” nada itu nampak lebih tegang. Widad makin diburu rasa bersalah. Dia tahu pemilik Emeralds itu adalah musuh PUTIH. Musuh PUTIH bererti musuh Eilmi Zahrin juga lalu bagaimana harus dia memulakan bicara?

“Hantar saya balik,” pinta Widad setelah sunyi masih lagi menelusuri pertemuan. Eilmi Zahrin pantas mengubah haluan membuatkan kenderaan itu menderu laju ke laluan Bukit Antarabangsa.

“Kenapa awak masih nak pakai baju yang dia jahit? Untuk apa? Untuk buktikan yang awak nie seorang pencinta yang setia walau hati awak telah dilukai?” bidas Eilmi Zahrin. Perkataan demi perkataan mengendap masuk ke telinga Widad. Gadis berkulit cerah itu kembali senyap.

“Awak masih tak jawab soalan saya. Soalan yang sangat mudah Widad. Kenapa awak masih pakai baju yang dia jahitkan untuk awak? Atau awak memang tak dapat nak buang dia dari hidup awak?” tanya Eilmi Zahrin menahan cemburu yang berpugut. Dia memberhentikan kenderaannya betul- betul di hadapan rumah sewa Widad. Renungannya masih terpaku pada satu wajah.

“Answer me!”gasak anak muda itu bila perpisahan sudah berada di ambang. Widad mengambil tas tangannya. Wajahnya tidak lagi berkocak. “Are you jelouse?” tanya gadis itu spontan saat pintu kereta ditolak keluar. Eilmi Zahrin terkemam. Dia tidak tahu untuk menjawab apa bila mata hitam Widad tenggelam ke dalam mata hitam. Nafasnya dihela panjang bila figura itu keluar dari BMW Z4. Laju langkahnya tak bisa lagi dihalang.

Yes, I am jelouse!” akui Eilmi Zahrin lemah. Tangannya menggenggam kuat stereng kereta bila hatinya makin dipaut keraguan. Apa dalam hati Haryati masih ada cinta untuk Aaron? Soalan itu dibawa keluar dari kotak fikiran tika sepi masih digilis sangsi. Aduh, tercalar hatinya bila bunga yang diidam- idamkan masih jua berputik di jambangan orang!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku