MR. AND MRS.
BAB : 34
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4854

Bacaan






ADOI, waktu dah suntuk sangat nie Wafa! Wafa memarahi diri sendiri. Fail- fail kerjanya dibiarkan bersepah di atas meja. Setelah penat berdiri, dia duduk pula di kerusi. Penghawa dingin dikuatkan sedikit. Mulutnya masih lagi mengomel. Mana pulak perginya ni! Wafa mengeluh pula. Keluhan yang berjejeran hingga terbit muncung itik di mulutnya. Dia bingkas! Kakinya dibawa pergi ke meja Che Norazlina.

Di ruangan yang penuh dengan mesin jahit itu, dia gagal menemui apa yang dicari. Matanya melilau mencari rakan sekerjanya yang lain. Dari satu arah, kelihatan seorang lelaki yang selalu membantunya sedang berbual bersama Amir Bakri. Wafa jadi serba salah untuk melangkah. Namun dia perlu bertemu dengan lelaki itu. Perkara yang mengusut di benak fikirnya harus diurai sebelum kekusutan itu menyakitkan kepala.

“Meor,” panggil Wafa. Meor Qhalid pun berpaling.Amir Bakri sudah melangkah pergi dan jejaka berkumis nipis itu mengalih kedudukannya pada arah lain pula. Wajah cemas Wafa dijamah dengan seribu tanda tanya. “Fail kerja baju dinner Datin Dahlia ada pada Meor? Saya masih belum siapkan lakarannya. Masih lagi terfikir- fikir fesyen bagaimana yang sesuai dengan material yang dia mahukan tu.”

Meor Qhalid pantas mencubit lengan gadis itu membuatkan Wafa mengaduh kecil. “Semua tu kan Widad dah siapkan minggu lepas? Baju yang Widad jahit tu pun, Datin Dahlia dah ambil petang kelmarin. Dia bagi lima bintang lagi. Haa... lupalah tu,” jawab Meor Qhalid dengan lagak lembutnya. Wafa terpana. Terkebil-kebil matanya melihat wajah itu dengan rasa tidak percaya.

“Kau penat sangat nie, Widad. Elok- elok dapat cuti seminggu, kau pendekkan jadi sehari. Kalau akulah kan, aku sapu bersih sampai habis. Silap haribulan, terlajak mc lagi. Bukan senang En. Eilmi tu nak luluskan cuti kita tau,” rungut ayah kepada dua orang puteri itu dengan muncung sedepa. Wafa makin hilang kata- kata. Berderau darahnya mendengar kata- kata itu.

“Awak nak ambil cuti ke Meor?” garau suara itu membelah sunyinya suasana. Wafa tangkas berpaling. Meor Qhalid hanya terkedu di situ apabila figura majikannya terpamer di mata. Angguk tidak, geleng pun tak nampak. Mulutnya juga seperti ditahan sesuatu. “Err saya... saya...” suara itu tersekat di dalam tenggorok. Eilmi Zahrin tersenyum.

“Awak minta borang cuti dekat HR. Lengkapkannya kemudian letak kat bilik saya. Nanti saya luluskan cuti awak tu tapi jangan lama sangat sebab kerja awak nie tak semua orang boleh buat,” potong Eilmi Zahrin bila pertuturan Meor Qhalid jadi tergagap-gagap.

“Widad, temankan saya makan tengahari,” ajak Eilmi Zahrin. Wafa terpana. Dia ingin menolak ajakan itu namun tangan Meor Qhalid menolak lembut susuk belakangnya hingga langkah Wafa beranjak ke depan. “Kita nak makan kat mana?” tanya Wafa. Hatinya masih berbolak- balik. Dia masih keliru dengan apa yang berlaku.

“Saya ingat nak ajak awak makan tengahari kat bulan tapi jauh sangatlah sayang,” gurau Eilmi Zahrin selamba. Wafa memaksa mulutnya senyum. Di belakang lelaki itu, lidahnya terjuih keluar dengan hati yang menyumpah. Sayang? Lawaklah konon!

“Apa kata kita makan tengahari dekat Karavan Serai, Plaza TTDI. Minggu lepas, kita pergi sana, sambal hijaunya dah habis. Mana tahu kali nie, ada rezeki kita,” tokok lelaki itu. Wafa masuk ke dalam Skyline. Enjin kereta yang mengaum kasar membungkam rasa di jiwa. Kata- kata Meor Qhalid tadi masih belum dapat dihadam. Ditambah lagi dengan kata- kata Eilmi Zahrin. Apahal dengan semua orang kat butik nie?

Resah di jiwa mengasak perasaannya membuatkan dia gagal menepis riak muka di wajah bila cerita- cerita dari mulut tokek menguasi telinganya. Wafa tewas lagi. Dia gagal memahami tiap apa yang diucapkan oleh lelaki itu. Ulek mayang? Main hujan? Apa yang dia merepek nie? Takkan dia tak tahu yang aku ada kat Terengganu minggu lepas? Wafa makin termenung.

“Awak macam ada masalah jer?” rasa gusar mengiringi pertanyaan itu. Wafa jadi keliru. Dia hilang jawapan, hilang kata- kata malah hilang segala- galanya. Apa yang aku nak buat sekarang nie? Nak jawab apa? Mengangguk atau menggeleng? Apa sebenarnya yang telah terjadi sampai tokek berubah menjadi lelaki yang paling lembut percakapannya? Hati Wafa menyonsong tanya.

“Widad?”

“Saya rasa macam tak sedap badan,” akui Wafa di hujung minit.

“Saya hantar awak ke klinik, mungkin awak rasa macam tu sebab kena air hujan semalam,” Eilmi Zahrin menunjukkan prihatin. Wafa pantas menggeleng. Dia tidak mahu tembelangnya pecah kerana nama yang tertera dalam mykadnya berlainan ejaan dan sebutan dari nama palsunya.

“Hantar saya balik. Saya nak rehat kat rumah. Petang nanti saya ambil kereta saya kat butik,” pinta Wafa setelah lama membisu. Eilmi Zahrin mengangguk. Senyum manisnya melata. Hati Wafa dipunggah gigil. Gigil dengan segala macam hal yang dianggap aneh dan pelik. Gigil dengan bibit senyum Eilmi Zahrin yang nampak terlebih manis dari biasa. Gigil dengan renungan lelaki itu yang kelihatan luar biasa dari kebiasaannya.

Kata-kata Puan Fida pagi tadi kembali teriang- iang di cuping telinga. Bukan kau orang berdua dah berdamai ker? Kau orang berdua? Kau orang itu sudah pasti merujuk kepada Eilmi Zahrin dan siapa? Namun, apa yang pasti, orang itu bukan aku! Lewat minggu lalu, kami masih bercekau seperti rutinnya. Huh! Aku pun duk menyamar jadi Widad, dia pula nak menyamar jadi aku! Wafa mendengus di dalam hati.

“Saya nak tanya sikit boleh?” suara Eilmi Zahrin manja. Wafa mengupas senyum di bibir demi membalas senyuman lelaki itu tika anak mata mereka bertembung arah. Panahannya menggegar sukma yang jauh! Adooii... janganlah pandang aku macam tu! Kang, aku jadi cair macam lilin, siapa nak jawab! Debaran di dada, ritmanya kembali rancak. Janganlah tanya soalan yang bukan- bukan. Mati aku nak menjawab!

“Betul awak dah tak ada perasaan pada Aaron?”

“Sapa cakap saya tak ada perasaan pada dia?” tanya Wafa. Wajah Eilmi Zahrin berubah.

“Saya cuma mahukan kepastian sebelum saya membuka langkah,” tegas jejaka itu. Langkah apa pulak nie? Langkah silat gayung ker? Gerutu hati Wafa.

“Saya ada perasaan pada dia,” luahan Wafa mati di situ. Eilmi Zahrin menggetap bibir, menahan gelodak di jiwa.

“Perasan benci dan meluat,” tambah Wafa. Jujurnya, hingga ke detik ini, dia masih tidak tahu punca sebenar Aaron membatalkan pernikahannya dengan Widad. Satu kampung mula mencemuh hingga Yong Lijah jatuh sakit kerananya.

“Saya tak patut bertanya. Siapalah saya kan?” tutur Eilmi Zahrin merendah diri. Wafa bangkit dari lamunan. Wajah itu dipandang sekejapan.

“En. Eilmi kan boss saya.”

“Boss? Hanya seorang boss, tak boleh lebih dari itu kan Widad?” ungkapnya bersama kecewa di hujung. Wafa terkemam dengan kata- katanya sendiri. Merajukkah dia?

“Saya tak layak untuk En. Eilmi,” lirih Wafa dengan renungan yang sengaja dipalingkan ke luar. Dia tidak sanggup untuk berlawan mata dengan lelaki itu. Eilmi Zahrin memperlahankan keretanya bila kediaman Widad terpamer jelas di depan mata. Wafa ingin keluar dari pertemuan itu namun dia tahu, perbualan mereka masih belum berakhir.

Dia bimbang jika anak tunggal Puan Julia turut sama keluar dari keretanya demi penjelasan yang lebih. Kelak nanti, Widad akan curiga. Lalu, Wafa membuat keputusan untuk terus berada di dalam kereta itu. Dia ternanti- nantikan kata terakhir dari tokek sebelum kaki dan badannya ditarik keluar.

“Widad. Saya tahu masih terlalu awal untuk kita bercakap soal hati dan perasaan. Tolong bagi saya satu peluang untuk kita bina hubungan ini menjadi sesuatu yang sangat istimewa dalam hidup kita berdua,” tutur Eilmi Zahrin setelah sepi jauh meninggalkan mereka.

“Maaf! Saya tak layak…”

“Saya serius Widad. Saya takkan kecewakan awak sepertimana yang Aaron buat pada awak,” sampuk jejaka berkulit cerah itu. Tangannya cuba meraih tangan Wafa yang sudah sedia untuk keluar. Wafa terpempan. Wajah Eilmi Zahrin dijeling dengan pandangan yang membidik. Anak muda itu pantas saja melepaskan pegangannya.

Wafa dihanyut rasa bersalah. Dia bukan gadis itu! Dia bukan gadis yang telah berjaya melarik cinta di hati lelaki itu. Dia hanya seorang gadis yang penuh dengan rahsia. Dan untuk menerima luahan hati Eilmi Zahrin yang cukup meruntun itu bukanlah haknya, bukan juga miliknya! “Maaf,” hanya itu yang mampu Wafa ucapkan.

Dia membiarkan pertemuan itu dirempuh perpisahan yang cukup sadis dan kejam. Langkahnya dihayun keluar. Keluhannya terhempas lugu saat pintu rumahnya dikunci dari dalam. Di situ, pandangannya bertemu dengan mata hitam kepunyaan Widad! Deruan Skyline yang mengaum pergi di luar rumah, melagakan dua jiwa itu dalam satu perasaan. Apakah dia?



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku