MR. AND MRS.
BAB : 35
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6230

Bacaan






WAFA menutup pintu biliknya rapat- rapat. Aini yang sedang ralit membaca Mingguan Wanita tangkas mengalihkan pandangannya ke muka pintu. Sungguh! Dia terkejut dengan kehadiran Wafa pada waktu itu. Nie tak lain tak bukan, mesti dia bergaduh besar lagi dengan si tokek! Hati Aini sudah pandai menyimpul telahan.

“Awalnya kau balik hari nie? Perang dunia ketiga dah tercetus ker?” mulut gatal Aini bertanya. Wafa menerpa gadis itu dengan riak cemas. Beg tangannya dicampak ke sisi. Tangan Aini digenggam kuat dan erat. “Matilah aku, Aini. Ada budak menyamar jadi aku kat PUTIH,” cerita Wafa takut.

“Ada budak menyamar jadi kau? Budak mana pulak?” pertanyaan Aini menyelongkar hairan yang tinggi. Wafa menghinggut kedua- dua belah bahunya tanda tidak tahu. “Aku pun tak kenal dia, Aini. Dia boleh buat semua kerja aku yang tertangguh kat butik tu dan yang paling menyeramkan... dia dah buat si tokek tu jatuh cinta dengan aku! Apa aku nak buat nie Aini? Aku takutlah. Kecut perut aku nie hang tau tak?” luah Wafa.

Aini melopong. Kenyataan yang keluar dari mulut teman karibnya itu membenamkan rasa hairannya pada lubuk fikiran yang paling jauh. “Ish... dahsyat betul cerita kau nie. Kau kenal siapa orang tu? Apa yang pasti, dia tu bukan aku!” tukas Aini dengan muka yang masih berkerut. “Ish, kau nih, aku tahulah itu bukan kau!”tegas Wafa. Langkahnya kulang kalik di depan Aini.

“Ntah- ntah Widad kut,” suara Aini perlahan seperti orang berbisik. Langkah Wafa jadi terhenti. Dia duduk semula di sebelah Aini. Memek mukanya menjerut gementar. “Ish kau nie! Janganlah buat muka macam tu. Aku nie kawan kaulah bukannya hantu!” Aini menarik kata. Tiba- tiba Wafa merengek seperti anak kecil. Kain tudungnya digisai kasar. Matilah aku, Aini! Matilah aku... mulutnya mula menyumpah.

“Kau rasa betul ker Widad yang menyamar jadi aku?” tanya Wafa.

“Kau pergilah tanya dia,” Aini memberi pendapat.

“Ish... gila nak pergi tanya dia! Tapi kalau bukan Widad, siapa lagi?”

“Cik Wafa ku sayang, kalau betul Widad yang buat semua tu, dia tak bersalah langsung dalam hal nie. Hakikatnya, dia bukan menyamar jadi kau tapi dia cuma mengambil haknya yang kau curi dan pergunakannya di butik PUTIH! Yang menyamar tu kau, bukan dia!” sindir Aini pedas.

Wafa berasa terpukul dengan sindiran itu. Perbualan mereka terhenti sejenak bila telifon bimbit Wafa meminta perhatian. Aini segera menyeluk saku beg tangan Wafa. I Phone 4 ditarik keluar dan diberikan terus kepada pemiliknya. Tokek. Nama itu berjoget- joget di mata mereka. Wafa jadi terdiam terus. Pandangannya menekap ke mata Aini.

“Jawablah. Manalah tahu kalau- kalau penting,” desak Aini. Wafa menggeleng. Telifon itu diberikan semula kepada Aini dan dengan pantas gadis itu menjawab panggilan tokek. Wafa terpinga. Direnungnya muka Aini dengan mata yang membulat.

“Aku bagi kat kau, untuk kau simpan telifon tu dalam beg aku! Kau pi jawab buat apa?” tekan Wafa perlahan. Aini masih lagi bercakap- cakap dengan lelaki itu. Sesekali, senyumannya jadi makin luas dan sesekali itulah anggukannya terlepas sebelum perbualannya ditamatkan.

“Dia nak apa?” tanya Wafa tidak sabar ingin tahu. Aini senyum lagi.

“Malam kang, dia mai sini ambik hang. Dia nak bawa hang pi candle light dinner,” jawab Aini dalam loghat utara.

“Awat hang setuju?” marah Wafa seraya membentakkan kakinya ke lantai. Aini mula membuat muka.

“Dah orang tu nak belanja makan. Terima jerlah. Tak baik tau tolak rezeki, TUHAN marah...” Aini mula bersyarah. Wafa mengeluh panjang.

“Ini bukan rezeki. Ini bala hang tau tak! Bala!!” ucapnya geram. Aini ketawa mengekek.

"Kalau betul si tokek tu suka kat Widad, macamamana? Kau mahu berabang iparkan dia?” Aini mengubah tajuk perbualan. Wafa terdiam. Dia masih berfikir- fikir bagaimanakah caranya untuk dia melarikan diri dari pelawaan Eilmi Zahrin malam nanti.

“Aku tak naklah berabang iparkan si tokek tu. Ish! Seram... patutlah dia tenguk aku semacam jer. Dah tu, boleh pi setting lagu dangdut kat telifon dia. Rupa- rupanya... hati dia dah terpikat pada anak gadis Daim. Huh! Kau ingat kau layak jadi abang ipar aku! Pergi cermin muka kau tu lama- lama!” nada Wafa melengking. Aini terkejut bila Wafa melenting tak tentu pasal.

“Eh! Bagus apa kalau dia jadi abang ipar kau. Tak adalah si Aaron tu kacau kakak kau lagi. Lagipun sepadan apa mereka berdua tu. Bagai pinang dikerat dua jer aku tenguk atau kau yang cemburu? Kau pun dah jatuh hati kat dia kan?” perli Aini berat dan sarat. Wafa membuat reaksi nak muntah di hadapan gadis itu.

“Uwekk... cemburu? Tak kuasa mak! Abang imam aku tu sepuluh kali lebih baik dari dia!”

“Kau uweek uweekklah. Nanti kalau dunia nie terbalik, si tokek tu ditakdirkan jadi laki hang, baru hang ada akal nak fikir dulu sebelum cakap! Aku aminkan ajer... Amin...” usik Aini.

“Kau nie memang suka mengusik aku kan?” bidas Wafa.

“Aaaminnnn!” usikan Aini makin menjadi. Wafa mendengus. Kain kerudungnya ditanggal dan disangkutkan di belakang pintu bilik. Tapi ada benarnya juga kata si Aini tadi, kalau si tokek tu yang jadi kekasih Widad, pasti Aaron takkan berani ganggu dia lagi. Aku harus rencanakan pertemuan mereka berdua malam ini! Getus hati Wafa. Langkahnya menapak keluar.

Pandangan Wafa terjenguk- jenguk ke arah pintu bilik Widad. Tuk! Tuk! Pintu bilik itu diketuk lembut. Sunyi! Tuk! Tuk! Diketuknya lagi. Kali ini, ketukannya sedikit kasar. Widad muncul beberapa saat kemudian dengan rambut kemas bersanggul. Wajah itu jelas kali mempunyai kecantikan yang asli. Kecantikan yang menjadi idaman para gadis dan buruan sang jejaka.

“Kenapa Wafa?” Widad terdahulu menyapa.

“Boleh Wafa masuk?” gadis itu meminta izin. Widad mengangguk. Langkahnya beranjak ke belakang untuk mencipta ruang yang luas buat Wafa. Gadis itu langsung duduk di kerusi kayu yang sudah nampak laih fizikalnya manakala Widad lebih selesa mendiamkan punggungnya di birai katil.

"Kakak lapang tak malam nie?” tanya Wafa memulakan perbualan. Widad mengangguk. Anggukan yang cukup menyenangkan hatinya. Wafa bingkas pula. Almari pakaian Widad dibuka luas- luas. Deretan baju yang tergantung kemas dibelek seketika. Gaun labuh dari kain broked dan satin ditarik keluar sebelum dilayangkan di hadapan Widad.

“Wafa nak pakai baju tu... nak ke mana?” tanya Widad penuh minat.

“Bukan Wafa tapi akak. Malam nie, Wafa nak kenalkan akak dengan seseorang yang sangat istimewa. Akak pakai baju nie ya?” pinta Wafa. Widad menguntum senyum. Anggukannya dilepaskan. Besar dah adik akak yang seorang nie... dah ada yang berkenan di hati rupanya. Widad berbicara sendiri. Langkah kaki Wafa dijamah hingga ia menghilang di balik dinding.

“Dengar cerita, Wafa ada secret admire?”

“Eh… tak adalah. Cerita palsu tu kak Widad.”

Widad tersenyum lembut. Matanya merenung gaun labuh di tangan adiknya. Baju itu adalah ole ole dari Ungku Aaron sewaktu dia menghadiri Festival Fashion Jakarta tahun lepas. Masih cantik dan nampak baru. Terasa sayang untuk dibuang atau aku masih ada perasaan pada dia? Hati Widad mengungkap tanya. Ah tak mungkin! Takkan hanya kerana marahkan seekor nyamuk, kelambu pula yang aku nak bakar? Sangkalnya kemudian.

Ironinya, sudah semalaman dia cuba menyingkir puput- puput rindu yang datang bertamu dalam halusnya perasaan yang mendiam di tabir hati. Kerinduan yang membangkitkan manisnya nostalgia itu, kala hujan turun membasahi bumi. Apakah aku begitu terburu- buru mengikis kisah- kisah silam pada tembok cinta yang tidak kesampaian dengan melamar secangkir hati yang lain sebagai penawar jiwanya yang luka? Bersalahkah aku?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku