MR. AND MRS.
BAB : 37
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5488

Bacaan






BABE! Jeritan Cik Fiza bergema di setiap ruang lobi. Jeritan yang nampak manja dalam langkah gediknya. Jeritan yang ditujukan khas buat CEO PUTIH. Anak muda itu mendongak terus. Tangannya turut sama membalas lambaian pelanggan VVIPnya. Dua langkah itu semakin mendekat dengan perasaan teruja yang hebat.

“I dah tak sabar nak tenguk baju resepsi I. Dup dap... dup dap I rasa dari semalam lagi sampai tak boleh tidur beb,” cerita Cik Fiza teruja. Eilmi Zahrin membuat senyum di muka. Debar di dadanya tercipta atas sebab yang lain. Manakan tidak, sedari pagi tadi dia tidak melihat baju resepsi Cik Fiza yang seharusnya sudah tergantung di dalam almari fitting sudut kanan lobi.

“Jangan tak siap sudah! Dari hari tu lagi, aku dah ingatkan dia, biar aku saja yang jahit baju tu tapi dia nak juga buat. Nak dimarah, buah hati! Adoiii... atau Widad tak datang kerja hari nie?” bebel Eilmi Zahrin saat langkahnya maju mendapatkan Qistina. Dia takut untuk berdepan dengan kenyataan, makanya dia lebih selesa berada di lobi dari pejabatnya sendiri.

“Tolong panggilkan Widad untuk saya,” bisiknya kemudian. Qistina mengangguk. “Jangan kata baju I tak siap! I memang tak suka kejutan yang macam tu beb. No... no... no...” awal- awal lagi Cik Fiza sudah memberi amaran ngeri. Eilmi Zahrin memutik senyum namun resah yang bergelut di jiwa membuatkan ruas bibirnya bergetap terus.

Dari pintu lif, tampil seorang gadis berwajah polos. Terkebil- kebil Cik Fiza melihatnya sedang Eilmi Zahrin berpura- pura sibuk dengan tugasnya. Tebal muka itu masih terasa bila luahan hatinya ditolak mentah- mentah oleh Widad malam semalam atau gadis itu sudah pun membuat pertimbangan terakhirnya dan takdir telah memihak kepada aku?

“Putri Haryati? Awak buat apa kat sini? Awak dah tak bersama dengan Emeralds kan?” soal Cik Fiza hairan. Widad meraut senyum. Dia tidak mahu berbasa- basi lagi bila nama Emeralds disebut- sebut. “Panggil saya Widad. Jangan panggil saya Haryati,” pinta Widad. Cik Fiza terpana. Kemudian, barulah dia perasan yang dua nama itu rupanya orang yang sama. Tangan Widad diraih terus membuatkan lirikan mata Eilmi Zahrin tersasar juga ke wajah itu dengan hati yang berbunga.

“Semalaman, I tak boleh tidur. Teruja punya hal tapi kalau baju resepsi I tu you yang jahit,I tak gundah dah,” cerita Cik Fiza sambil ketawa. Derap kakinya mengekori langkah Widad. Pengantin baru itu masuk ke dalam bilik persalinan. Bagai tak berkedip- kedip mata Cik Fiza melihat gaun labuh di hadapannya. Sungguh! Hatinya jadi terpesona dengan hasil rekaan Widad.

Widad keluar dari bilik itu bila pelanggannya membuang blouse biru laut di badan. Langkahnya maju terus ke lobi. Pandangannya tersasar ke arah Eilmi Zahrin. Namun kehadiran Puan Julia di pintu masuk membantutkan hasratnya untuk mendapatkan jejaka berambut perang itu. Widad mengubah langkah. Dia lebih selesa berdiri di hujung sudut.

“Eilmi!” laung Cik Fiza. Kain langsir yang menjadi pemisah bagi bilik persalinan dengan ruang lobi ditarik demi memperlihatkan gaun pengantin yang melekap cantik di badan kedingnya. Eilmi Zahrin terpana. Langkahnya laju mendapatkan pengantin baru.

I rasa macam nak nangis,” luah Cik Fiza lagi.

“Kenapa babe?” tanya Eilmi Zahrin gusar. Penuh gusar.

"Cantiknya gaun nie. Tenguklah... I betul- betul nampak macam tuan puteri yang baru turun dari kayangan kan Eilmi? Inilah gaun pengantin yang I idam- idamkan selama nie,” tambah Cik Fiza ibarat masuk bakul, angkat sendiri. Langkahnya mara setapak dua lagi hingga dia berhenti benar- benar di hadapan Puan Julia.

Eilmi Zahrin masih jua terpaku pada halusnya rekaan seni yang membaluti tubuh tinggi lampai anak gadis Tan Sri Faiz itu. Kini dia makin mengerti kenapa rekaan Putri Haryati selalu saja mendapat sambutan yang hangat di Kota London. Kehebatan gadis itu masih sukar digugat hingga Emeralds acapkali berada di tangga teratas.

“Thanks you so much my dear,”ucap Cik Fiza sambil mendakap erat figura Widad. Sekalian yang ada mula bertepuk tangan hingga suasana bertukar meriah serta merta. Sinar ceria juga jelas terlakar di wajah Penasihat PUTIH. Widad jadi segan dengan kata- kata pujian dari mulut teman- teman yang lain!

“Dari dulu lagi saya dah kata, pekerja saya yang sorang nie bakatnya memang luar biasa,” bisik Puan Julia ke telinga anaknya. Eilmi Zahrin masih tidak mampu berkata apa. Pandangannya seperti ada di mana- mana walau sebenarnya, dia hanya ingin melihat satu wajah yang telah lama dikagumi.

“Kenapa tercegat lagi kat situ? Pergilah ucap tahniah kat Widad!” arah Puan Julia seraya mencubit lembut pinggang Eilmi Zahrin. Anak bujang itu sedikit ke depan. Dia mula mendapatkan Widad dengan langkah yang teragak- agak. Segelintir pekerjanya sudah memenuhi ruang lobi. Masing- masing teruja untuk bergambar dengan mempelai yang mendapat julukan ‘wedding of the years’ itu.

“Well done sayang,” bisik Eilmi Zahrin. Widad tersenyum malu.

“Saya masih tertanya- tanya, kenapa awak sangat beremosi malam tadi? You know what sayang, gaun itu akan nampak lebih cantik jika awak yang memakainya pada hari persandingan kita nanti,” tambahnya bersahaja bila matanya perasan dengan cincin berlian yang ada di jari Widad. Fuh… hatinya di lamar bahagia.

“Eilmi, Widad, jom kita ambil gambar,” ajak satu suara. Eilmi Zahrin meraih tangan Widad dalam langkahnya sebaik saja suami Cik Fiza muncul di sisinya. Cahaya kamera berganti- ganti dari pelbagai sudut. Pancarannya nampak kerap dan meriah. Eilmi Zahrin memaut bahu kanan Widad biarpun mata yang memandang bukan hanya sepasang dua.

Say cheese Mr. and Mrs.!!Jeritan itu bergema membingitkan suasana hingga renungan mata Widad tertumpah pada jejaka sebelahnya. Senyuman bahagia sang arjuna dikutip dalam rasa yang berbaur bila renungan itu menjadi bertambah padu. Sepadu emas dijari bila hati gadisnya membisik kata tanpa dapat meluahkannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku