MR. AND MRS.
BAB : 42
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(20 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6601

Bacaan






KEPULANGAN Puan Hajjah Basra telah meninggalkan perjanjian pada sebuah ikatan yang bisa menyatukan dua perhubungan dalam satu ikatan kekeluargaan. Jam di dinding sudah pun menjangkau angka sebelas malam. Widad masih lagi terkebil- kebil di dalam biliknya tanpa ditemani Yong Lijah. Sesekali, tangannya merenung cincin belah rotan yang masih belum disarungkan ke jari manis.

“Opah terima pinangan tu?” tanya Widad, sebaik saja Alphard hitam yang membawa rombongan meminang Puan Hajjah Basra beredar pergi dari laman terataknya. Yong Lijah hanya membuka senyum. Pipi Widad disentuh lembut. “Orang gila jer yang menolak pinangan seorang imam, Widad!” nada dalam kata- kata itu nampak tegas.

Widad terdiam. Dia mengeluh lagi setiap kali kata- kata yang keluar dari bibir mesra Puan Hajjah Basra siang hari tadi, teriang- iang di cuping telinga. Getaran telifon di kepala katil membuatkan pandangannya sedikit berpaling. Widad bingkas. Jauh di sudut hati, dia berharap panggilan itu datang dari Eilmi Zahrin. Nama Wafa berjoget- joget di ruangan mata.

“Kak, si tokek tu ada dengan akak tak atau dia dah balik ke KL?” tanya Wafa sebaik saja talian bersambung.

“Wafa. Nama dia Eilmi Zahrin!” tegas Widad. Dia tidak suka dengan panggilan itu. Wafa ketawa mengekek.

“Bukan apa kak, Puan Julia baru saja telifon Wafa, bertanyakan hal anak kesayangan dia tu. Naik menanah telinga Wafa nie mendengar dia membebel pasal si tokek tu, telifon tak berangkat, sms tak berbalas, whatsaap pun tak dibuka. Apa yang dah jadi nie kak?” pertanyaan Wafa lebih kepada menyibuk.

“Dia dah balik Kuala Lumpur petang tadi selepas kami menempah Tekad,” jelas Widad. Rasa bimbang terpaut sama dalam penjelasan itu.

“Tapi Puan Julia kata, anak bujangnya masih belum pulang ke rumah. Perak dengan Kuala Lumpur taklah jauh mana tapi kenapa masih tak sampai- sampai?” keluhan Wafa itu membuatkan resah di dada Widad berombak. Talian itu langsung dimatikan tanpa ucapan salam mahupun selamat tinggal.

Ish! Mana pulak dia nie pergi? Suka buat orang risau! Gerutu Widad. Dia ingin menghubungi telifon bimbit Eilmi Zahrin tetapi dia tidak punya nombornya. Minta pada Wafa tapi... pelbagai kemungkinan mula bermain di benak hati Widad. Dia mengeluh lagi... lagi dan lagi hingga rasa hampa membelit jiwa dan raganya.

Bantal panjang dibawa rapat ke dada. Ingatannya sudah mula membayangkan perkara yang bukan- bukan. Astaghfirullah.. Widad segera beristighfar. Dia menadah tangan demi bait- bait doa yang terucap keluar dari bibirnya. Sepi merayap naik ke dada waktu. Malam sudah jauh ke tengah! Bisik hati Widad tika jam di dinding berdeting memecah sunyi.

Widad masih lagi tidak mengantuk. Fikirannya tetap memaparkan satu wajah. Telifon tangannya digapai lagi. Nombor telifon Wafa ditekan. Ah! Tak angkat pula. Takkan dah tidur! Widad kian memarahi keadaan. Dia tidak dapat lari dari resah yang bertaut. Gelisahnya bergumpal tebal malah semakin sukar untuk dileraikan!

Tanpa dipinta, air matanya jatuh bergenang. Aku sayang dia. Aku rasa selamat dengan dia. Aku rasa tenang dan bahagia. Peliharalah dia dari sebarang musibah ya ALLAH! Doa itu berulang –ulang kali terucap di bibir Widad bersama juraian air mata yang tidak dapat dibendung. Cincin emas pemberian Puan Hajjah Basra direnung tanpa minat.

Kenapa opah terima? Kenapa opah tak tanya Widad dulu? Bicara Widad dengan tangis yang menjuru. Dia jadi teresak –esak sendiri. Dikumpulnya segala harap dan kekuatan. Esok, dia akan berdepan dengan Yong Lijah demi sebuah penjelasan. Apatah lagi pada ketika itu, kenangan manisnya bersama Eilmi Zahrin kembali mengusik ingatan.

Getaran telifon bimbitnya membuatkan Widad separa bingkas. Skrin telifon dijengah. Aaron! Nama itu tertera jelas di ruang mata. Hati Widad luluh semula bila harapannya jatuh berderai. Telifon itu dibiarkan menjerit hingga ianya disenyap oleh mesin peti simpanan suara.

Beberapa minit kemudian, satu pesanan ringkas hadir tanpa dipinta. Widad sekadar menjeling alat telekomunikasi itu kerana dia sudah dapat mengagak siapa yang menghantar sms itu. Aksara- aksara hati berteleku di mata. Ucapannya ringkas tetapi padat dengan luahan. Sayangku Haryati, Abang rindu! Maafkan abang…

Kata-kata itu disambut dengan rasa menyampah. Hatinya mencerap benci yang kuat! Apalagi yang diharapkan bila hatinya sudah pecah seribu? Pipih serpihannya dikutip oleh lelaki lain lalu dirawat dengan tulus hingga aku terlupa pada derita yang kau hadiahkan pada hari bahgia kita. Dia mengajar aku bagaimana untuk senyum semula tapi kenapa air mata selalu saja membunuhnya?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku