MR. AND MRS.
BAB : 43
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
4358

Bacaan






EILMI sedikit berpaling bila namanya dipanggil seseorang. Dia cukup kenal dengan suara itu. Figura Amir Bakri yang semakin dekat dengan tempatnya, dipandang acuh tak acuh. Sisa- sisa air coke yang berbaki separuh gelas diteguk hingga habis. Tangannya memberi isyarat pada seorang pelayan bar yang kebetulan lalu di mejanya.

“Kau apahal senyapkan diri macam ni? Mama kau telifon aku sampai nangis- nangis punya risaukan kau. Kau pula boleh selamba badak duduk melepak kat sini tanpa rasa bersalah! Dah berapa hari kau tak balik rumah?” soal Amir Bakri bertalu- talu.

“Aku tak pergi mana pun. Ada hal kerja sikit,” balas Eilmi Zahrin.

“Hal kerja? Apa yang sibuk sangat nie, boss? Aku tak nampak pun kelibat kau di butik dua tiga hari nie!” bancuh Amir Bakri. Eilmi Zahrin terdiam. Wajah wanita yang digamit tadi muncul lagi bersama tin coke yang baru.

“Kau ada masalah? Serabut semacam jer aku tenguk. Kongsilah... tak rocklah babe kalau simpan sorang- sorang. Puan Julia kata, kau pergi kampung Widad. Betul ker?” Amir Bakri membuka tajuk lain. Kerlingan Eilmi Zahrin singgah juga di muka itu. “Kenapa? Keluarga dia tak suka kau? Keluarga dia tolak kau? Atau Widad yang tolak kau?” sambungnya lagi. Eilmi Zahrin memandang ke sudut lain bila nama Widad dibawa masuk ke dalam perbualan itu.

“Aku malaslah nak cakap pasal dia lagi!” dengus Eilmi Zahrin dengan wajah yang berkocak. Amir Bakri terdiam. Kini, dia dapat mengagak punca sebenar lelaki itu berkeadaan dingin. “Perkara nie boleh dibawa berbincang. Kau tak boleh terus bersikap begini. Kau sedar tak yang kau nie, dalam mainan kecewa. Bahananya sangat buruk kalau kau membiarkan perasaan kecewa tu memonopoli hati kau... boleh makan dalam, kau tahu tak?”

“Apa lagi yang dia nak? Apa kurangnya aku? Kenapa dia tak beritahu aku dari awal lagi yang dia sudah ada pengganti Aaron? Kan senang! Aku pun tak payah sibuk- sibuk nak meluah perasaan bagai. Malu kau tahu tak!” rungut Eilmi Zahrin. Amir Bakri mengangguk faham.

“Bunga bukan sekuntum. Kalau bunga yang itu dah ada kumbang yang hinggap... kau carilah bunga yang lain. Lagipun, orang cantik macam dia tu memang senang nak dapat pengganti.”

“Cari lain? Kau ingat hati aku nie apa? Hari nie kecewa, esok boleh terus baik, macam tu?” bentak Eilmi Zahrin.

“Itulah kau! Lambat sangat masuk jarum. Dari hari tu lagi aku duk cakap kat kau, kalau kau betul- betul kau suka kat dia, jangan tunggu lama- lama nanti dikebas orang. Nie duk terkial- kial macam labah- labah tak der tangan nak buat sarang. Bila dah jadi macam nie, barulah nak menyesal! Kecewa bagai nak rak!”

“Lain kali, kau menuntut dari aku dulu, macam mana cara- caranya nak pikat hati gadis yang cantik macam Widad tu. Ini tak, main boh jer. Kan dah kena tolak? Siapa yang susah? Aku juga! Duk keluar tengah- tengah malam begini pi cari kau! Pakallah mak kau tu mak saudara kesayangan aku. Kalau tak... aku tidur jer kat rumah.”

“Apa power sangat ker ilmu kau tu?” tempelak Eilmi Zahrin.

“Eh… kalau tak power, aku tak dapat Husna! Kalau kau nak tahu, untuk jadi lelaki sejati, kau kena penuhkan ilmu di dada. Bila dah penuh ilmu di dada, lautan api pun, sanggup aku renangi untuk buktikan cinta aku tu. Kau berani?” tukas Amir Bakri. Eilmi Zahrin mencebik.

“Lautan api sanggup ku renangi, konon. Goreng pisang panas pun kau tunggu sejuk baru kau ngap!” tempelak lelaki itu. Amir Bakri terdiam bila diperli begitu. Wajahnya melampirkan rasa geram yang membuak bila kebolehan memikat hati wanita diperlecehkan.

“Dahlah! Aku nak balik. Kau bayarkan bil aku!” arah Eilmi Zahrin. Kelibatnya bingkas sebelum langkah diarah keluar. Di pintu masuk, matanya bertembung dengan seseorang. Serta merta pelukan mereka menjadi renggang dan jauh. Malah kemesraan dan kemanjaan yang dipamerkan juga hilang secara tiba- tiba.

“Eilmi? Buat apa kat sini?” suara Zara dengan muka terperanjat.

Do i know you madam?” sinis Eilmi Zahrin sebelum menyambung langkahnya yang terhenti tadi. Zara tidak pula mengejar. Dia masuk ke dalam bar dengan muka bersalah. Pandangannya bertemu pula dengan Amir Bakri. Dapat dilihat dengan jelas, figura itu sedikit berlari mendapatkan Eilmi Zahrin yang sudah pun menghilang di dalam kereta BMW Z4.

“Jangan pergi mana- mana lagi Eilmi. Kesian aku tenguk mama kau tu. Baliklah… jangan buat orang tua kau risau,” pujuk Amir Bakri. Eilmi Zahrin tetap diam. Enjin kereta yang mengaum deras membuatkan kenderaan itu meluncur laju meninggalkan Jalan Telawi. Keadaan jalan raya yang lengang membuatkan dia menekan pedal minyak sehabis hati.

Jam di tangan sudah menjangkau angka dua pagi. Matanya masih belum mengantuk. Hatinya masih pudat dengan segala rasa. Kecewakah ini? Bibirnya bertanya sendiri. Cahaya hijau pada lampu isyarat di hadapan membuatkan dia tidak mahu menekan brek. Dibiarkan kelajuan yang luar biasa itu membolosi jalan yang sunyi.

Pandangannya melihat ke cermin belakang. Sebuah kereta BMW X5 dilihat mengekorinya tanpa diketahui sebab dan tujuannya. Eilmi Zahrin menambahkan kelajuan. Ternyata BMW X5 turut melakukan hal yang sama. Masing- masing ingin menunjukkan kehebatan masing- masing. Lagaknya, tidak ubah seperti melakonkan adegan kejar- mengejar di dalam filem aksi.

Lebuhraya DUKE yang sememangnya lengang membuatkan dua biji kereta itu saling tidak mahu mengalah. Eilmi Zahrin ketawa besar bila kereta yang mengejarnya tadi nampak sedikit ketinggalan. Wajah kecewa Ungku Aaron bergolek di ruang matanya. Eilmi Zahrin memperlahankan keretanya saat kereta yang dipandunya memasuki lorong smart tag.

Pandangannya segera terkalih ke cermin sisi. Dari sudut kanannya, dia dapat melihat kereta BMW X5 sedang menghampiri plaza tol yang sama cuma lorongnya saja yang berbeza. Tika palang di hadapan mula terangkat, Eilmi Zahrin kembali memecut. Pecutan yang sama turut dilakukan oleh kereta di sebelah kanannya. Debar di hati mula bersorak bila lorong susur keluar di hadapan mereka dilihat tidaklah sebesar mana.

BMW X5 yang berada disebelahnya pantas saja menghimpit kenderaan yang dipandu Eilmi Zahrin membuatkan CEO PUTIH itu gagal meluruskan halatujunya hingga kereta itu berpusing beberapa kali sebelum ia terbabas ke bahu jalan. Sebuah kenderaan yang melihat kejadian itu turut sama berhenti sedang kereta yang menghimpitnya tadi sudah hilang dari pandangan.

Eilmi Zahrin tergamam. Lututnya terasa sejuk. Darah yang menitik keluar dari bibirnya yang pecah digesek dengan hujung tangan. Dua orang lelaki dilihat menghampiri keretanya. Salah seorang dari mereka mengetuk- ngetuk cermin keretanya dengan muka cemas. Eilmi bingkas dari keretanya yang remuk di bahagian depan. Tangannya meraba- raba kocek seluar dan telifon bimbitnya dibawa keluar.

Matanya mencari- cari nombor telifon milik Puan Julia sebelum punat hijau ditekan. I Phone 6 itu dibawa ke tepi telinga dengan tangan yang masih menggigil. Alunan- alunan selawat yang bergema di hujung telingan, dibiarkan berlarutan hingga muncul satu suara yang sudah dijangka nadanya. “Mama, Eilmi kemalangan,” hanya itu yang diungkap keluar tika wajah senyum Ungku Aaron melambai jauh dari cermin belakang BMW X5.

Damn it! Mulutnya kian menyumpah sebelum tumbukan dilepaskan pada bumbung kereta. Ceritanya, dua orang lelaki itu sudah lama hidup bermusuhan tapi tiada siapa yang maklum akan punca sebenar mereka tidak boleh bertemu roma. Bagi Eilmi Zahrin, menakluki hati Haryati adalah cara yang paling sempurna untuk dia melupuskan kesumatnya pada Ungku Aaron Ungku Ismail!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku