MR. AND MRS.
BAB : 44
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5425

Bacaan






ANAK bujang Puan Julia masuk ke rumahnya dengan langkah lesu. Telifon bimbit dan kunci kereta diletakkan ke atas meja sudut sebelum dia duduk menyandar di sofa panjang. Perasaan penat mula menjalar di dalam diri malah semakin tegar menguasai urat- urat sarafnya. Paling tenat sekali adalah hatinya yang nazak menanggung bebat- bebat rindu di pundak kalbu.

“Eilmi mabuk ya pagi tadi?!” tanya Puan Julia agak meninggi. Anak mudanya yang hampir saja terlelap itu kembali terjaga. Renungannya membidik muncung di mulut Puan Julia. “Eilmi tak mabuklah mama,” jawab lelaki itu lemah. Tangannya menopang di ruas dahi.

“Dah tu... Zara mengadu dengan mama! Dia jumpa Eilmi keluar dari pub di bangsar sebelum kejadian pagi semalam!” tingkah Puan Julia. Zara langsung menampakkan diri setelah amanya disebut- sebut. Penampilannya jauh berbeza dengan apa yang dilihatnya kira- kira lima jam lepas. Sopan dengan baju kurung polos berwarna putih susu.

“Answer me!” tengking Puan Julia seraya menggoncang kasar bahu anak bujangnya yang hampir saja ketiduran. “Dalam situasi begini pun, mama lebih percayakan orang luar dari anak kandung mama sendiri?” suara Eilmi Zahrin memuput kecewa sebelum kelibatnya bingkas dari sofa itu. Langkahnya menyusun terus ke anak- anak tangga.

“Habis tu, kenapa bila Zara tegur Eilmi, Eilmi boleh tak kenal dia?” Puan Julia masih ingin bertekak. Eilmi Zahrin menggisai rambut di kepala. Soalan demi soalan yang diajukan oleh Puan Julia membuatkan fikirannya jadi tertumpu terus pada peristiwa semalam.

“Saya ingat saya salah orang. Saya kira perempuan yang saya lihat semalam pelanduk dua serupa. Bukan main mesra lagi, berpelukan macam suami isteri tapi saya kenal sangat dengan lelaki tu. Anak sulung Datuk Ungku Ismail! CEO Emerald Butique! Dan yang perempuan tu pula, anak gadis kesayangan Datin Nora. Rasa- rasanya, mama kenalkan mereka tu?” tanya Eilmi Zahrin sinis. Pandangan matanya mencerlung ke wajah Zara.

“Jangan fikir saya cemburu, Zara. Sekelumit rasa pun tak ada. Awak nak berpeluk sampai berguling atas lantai pun, itu hal awak cuma saya minta awak putuskan pertunangan kita secara rasminya!” sambung Eilmi Zahrin lagi. Kali ini renungannya berpindah ke muka Puan Julia.

“Saya dah jawab kesemua soalan dengan jelas dan terang. Puas hati Puan Julia?” soal Eilmi Zahrin sebelum kakinya melangkah naik ke tingkat atas. Puan Julia tergamam. Pandangannya singgah tepat ke muka Zara.

“Betul ker nie Zara? Kenapa Zara sanggup buat macam nie? Kenapa Zara tak berterus terang saja dengan mama? Mama tak pernah nak paksa Zara kahwin dengan anak mama. Kalau Zara dah ada pilihan yang lebih baik dari Eilmi, Zara patut beritahu mama. Jangan sembunyi- sembunyi macam nie,” suara Puan Julia bersama sebak di dada.

“Maafkan Zara, mama. Zara tahu dalam hal nie, Zara yang bersalah. Zara janji akan pulangkan cincin pertunangan kami secepat mungkin,” jawab gadis itu lalu beredar keluar dari kediaman Puan Julia dengan langkah yang tergesa- gesa. Puan Julia terduduk di sofa panjang. Kepalanya bertambah pusing. “Lepas satu, satu masalah yang menimpa ya ALLAH!” rintih Wanita itu. Air matanya menitis jatuh. Kasihan Eilmi... bisik hatinya berkali- kali.

“Dari dulu lagi saya dah cakap dengan awak. Hubungan mereka tu memang dingin tapi awak nak juga mereka mencuba hingga berhasil. Sudahnya, beginilah...” syarahan yang keluar dari mulut Tuan Zakarian mengembalikan suasana yang tidak sunyi. Puan Julia tidak berupaya lagi untuk membahaskan perkara yang sama.

“Dah cukup pening saya nie, bang. Janganlah abang tambahkan lagi,” rayu wanita itu dalam tangis sendunya. Tuan Zakarian meletakkan punggungnya di sebelah isteri kesayangannya. Bahu itu dipaut erat bila simpatinya sudah mula melurut jatuh.

“Abang cuma meluahkan apa yang abang perhatikan selama ini bukannya abang suka- suka nak membebel. Sayang pergilah berehat. Nanti naik pulak darah tinggi sayang tu,” nasihat Tuan Zakarian penuh perhatian dan cinta. Puan Julia tidak berdaya untuk bangun. Dia langsung baring di pangkuan suaminya. Sedu sedan rasa di jiwa turut sama terperuk di situ.

“Sayang cuma nak tenguk anak kita bahagia bang, sebelum mata sayang nie tertutup,” luah Puan Julia. Tuan Zakarian terkesima. Dia tidak suka hal- hal yang berkaitan dengan kematian dibangkit. Dia pernah merasai kehilangan yang besar tika kedua- dua orang tuanya pergi menemui ILAHI. Dan untuk merasai kehilangan yang sebegitu berat buat kesekian kali, dia masih belum bersedia!

Julia adalah satu- satunya wanita yang dimilikinya hingga ke saat ini. Tempat untuk dia bergantung kasih selagi usianya ada. Suka duka yang mereka tempuh hampir tiga puluh empat tahun bersama dalam mendirikan mahligai rumahtangga merupakan kenangan terindah yang tak bisa diluputkan dari ingatan. Biarpun sepanjang usia dan kerjayanya, dia acapkali digoda oleh perempuan yang jauh lebih muda namun cintanya tidak pernah tercalar.

“Eilmi tu macam suka dengan Widad lah bang. Saya boleh nampak perasaan dia pada Widad. Kita pinang sajalah si Widad tu untuk dia, ya bang,” usul Puan Julia tiba- tiba. Tuan Zakarian nampak mengangguk walau lamunannya tadi masih belum berkesudahan.“Secepat mungkin tau bang. Kalau boleh minggu nie juga,” sambung wanita itu.

Tuan Zakarian mengangguk lagi walau hatinya berasa kurang setuju dengan tindakan terburu- buru isterinya. Putus tunang pun belum lagi secara rasmi, baru cakap di mulut, dah nak pinang anak dara orang lain pulak. Julia... Julia... keluh hatinya sendiri tanpa dapat diperangi, takdir yang melingkari hidup anak bujangnya. Siapa lagi kalau bukan si bertuah tu, Tuan Eilmi Zahrin!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku