MR. AND MRS.
BAB : 47
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4297

Bacaan






SUSUNAN Orkid dan Temu dalam taman mini Puan Julia menyegarkan pandangan. Di situ, kelihatan Tatiana sedang membersihkan kolam ikan hiasan. Eilmi Zahrin turut melangkah ke ruangan itu. Dia ingin membantu apa yang patut. Berkebun merupakan salah satu hobinya sejak kecil. Tatiana menguntum senyum. Kerjanya jadi terhenti sekejap.

“Tuan Eilmi tak ikut Ibu Julia?” tanya gadis awal dua puluhan itu seraya menyapu peluh di dahi. Eilmi Zahrin mencantas daun- daun yang sudah layu. Pertanyaan Tatiana itu dijawab dengan gelengan singkat.

“Kalau di tempat saya, calon lelaki bisa ikut dalam acara peminangan gadis biar nanti tidak tersalah orang,” cerita Tatiana. Tangannya mencampak makanan ikan dalam kolam membuatkan ikan Emas, Cupang dan Gupi berebut -rebut menuju ke satu arah. Eilmi Zahrin mencekak pinggang sejenak. Pandangannya tercuri ke wajah Tatiana buat kesekian kalinya.

“Ibu Julia pergi meminang sapa pulak Tati dan untuk siapa?” tanya lelaki itu dengan muka berkeromot. Tatiana senyum lagi. Bahunya terhinggut. Dia duduk di kerusi batu. Eilmi Zahrin turut duduk di situ. Pandangannya masih lagi menujah mata hitam pembantu rumahnya. Dia yakin gadis itu tahu segala – galanya. Puan Julia tidak pernah berahsia dengan Tatiana kerana anak kelahiran Tanah Jawa itu sudah dianggap seperti anak gadisnya sendiri.

“Untuk Tuan Eilmi lah, takkan untuk bapak pula. Kata Ibu Julia semalam, gadis yang dipinang kali ini... pilihan bapak.”

Eilmi Zahrin terpinga. Apatah lagi bila nama Tuan Zakarian terlibat sama dalam hal ini. Anak bujang Puan Julia pantas menanggalkan sarung tangannya. Perkakas untuk berkebun disimpan semula di dalam stor. Langkahnya naik ke tingkat atas. Telifon bimbit digapai dan nombor Puan Julia ditekan laju. Alunan selawat yang berkumandang dari corong telifon itu menamatan penantiannya bila peti simpanan suara memintas talian.

“Aku baru jer putus tunang semalam. Tak sampai pun dua empat jam, mama dah pi pinang anak gadis orang lain pula. Biar betul mama dan papa aku nie!” ngomel Eilmi Zahrin. Nombor Puan Julia ditekan sekali lagi dan hasilnya tetap sama. Dia masuk ke kamar mandi dengan perasaan yang pengap. Pancuran air dipulas habis. Dinginnya rintik- rintik itu dikenakan ke badan. Akal fikirnya sudah sesak dengan pelbagai perkara, kini ditambah lagi dengan kerenah tergesa- gesa orang tuanya itu.

“Tahulah nak cucu tapi janganlah sampai tak boleh nak fikir perasaan aku nie. Aku pun ada hati dan perasaan juga... bukannya tunggul kayu,” keluh Eilmi Zahrin. Wajah Widad bertamu di ingatan. Dia tahu... peluangnya untuk memiliki gadis idamannya sudah menipis malah hampir habis. Apakah waktu yang terlewat atau aku yang terlambat? Kesalnya bergelimpangan. Ternyata, penantian yang bertahun- tahun itu mengurai duka di hujung.

Bunyi pintu kereta yang ditutup dari halaman rumahnya, menguasai ruang telinga. Air pancuran segera dimatikan. Kain sal digapai sebelum dibalutkan ke badan. Riuh rendah suara Tatiana dan kedua- dua orang tuanya berbual mencuri pendengaran. Perbualan yang tidak dapat diintip dengan jelas isi dan bunyinya. Eilmi Zahrin bingkas menyarung pakaian ke badan. Langkahnya dibawa turun ke tingkat bawah.

“Anak dara siapa pulak yang mama pinang kali ni? Anak Dato? Anak Tan Sri ker anak Raja?” sinis Eilmi Zahrin. Puan Julia membias senyum di wajah. Wajah masam Eilmi Zahrin dicelup pandang.

“Tahniah Eilmi. Eilmi dah pun jadi tunangan orang. InshaALLAH... minggu depan mama akan kenalkan Eilmi dengan gadis bertuah tu di PUTIH sempena ulangtahun perkahwinan mama yang ke tiga puluh empat nanti,” ucap Puan Julia. Senyum di bibir masih masih belum lekang.“Again?” ulang Eimi Zahrin dengan memek kurang senang. Tuan Zakarian langsung duduk di sebelah anaknya.

“Eilmi jangan membantah dulu. Pilihan kami kali nie memang terbaik untuk Eilmi. Kalau Eilmi tak setuju juga, Eilmi boleh usulkan bantahan,” pujuk ayahnya. Eilmi Zahrin terdiam. Pandangannya singgah ke wajah itu sebelum anggukan kecil dilepaskan. Puan Julia masih mencari- cari ruang untuk mengatakan sesuatu.

“Mama dengar cerita, Widad dah bertunang?” soalnya. Dia sekadar ingin menduga perasaan anak muda itu. Eilmi Zahrin menyorot pandang ke wajah ibunya. Sebuah Alphard hitam yang singgah di laman teratak Widad tempoh hari berlegar di ingatan. Hatinya melarik luka yang jauh. Siapa lelaki itu? Hatinya menitikkan pertanyaan.

“Mama tak payahlah nak ungkit lagi hal Widad di depan Eilmi!” tegas anak bujang itu. Seketika... muncul Tatiana bersama menu petang. Sepiring kek pandan basah bersama tiga cawan air kopi panas diletakkan di atas meja. Eilmi Zahrin pantas menggapai kek pandan basah di hadapannya bila haruman daun pandan menusuk masuk ke rongga hidung. Kunyahannya nampak laju bila kek yang dijamah enaknya sungguh memikat.

Dia pernah merasai kek yang sama di rumah Widad beberapa hari lepas. Eilmi Zahrin terpana. Dipandangnya wajah Puan Julia yang sedang menghirup air kopi. Dia ingin bertanyakan sesuatu pada wanita itu tetapi mulutnya masih penuh. Perlukah? Bentak hatinya pula.

“Perlahan sikit makan tu Eilmi, tercekik nanti,” tegur Tuan Zakarian. Eilmi Zahrin mengangguk. Kunyahannya nampak lebih sekata. Tuan Zakarian turut sama memuji keenakan kek buatan Widad itu. Sesekali pandangannya dikerlingkan ke wajah anak bujangnya yang dilihat begitu berselera dengan kek yang dibekalkan oleh bakal isterinya.

“Sedapkan bang? Menantu kita tu mesti pandai masak,” puji Puan Julia. Eilmi Zahrin langsung terbatuk. Isi kek yang dijamah hampir saja tersembur keluar. Tuan Zakarian langsung saja menepuk- nepuk belakang anaknya. “Papa dah pesan tadi, makan tu jangan gelojoh sangat,” tegur Puan Julia pula. Eilmi Zahrin pantas meneguk air kopi hingga anak tekaknya terasa lapang.

“Siapa yang buat kek nie mama?”

“Bakal isteri Eilmi. Sedapkan?” ringkas Puan Julia bersama sebuah pertanyaan. Eilmi Zahrin terdiam. Tak mungkin Widad. Tak mungkin! Bisik hatinya menangkis segala perkataan yang mengusut di minda walau hatinya sudah mulai curiga.

“Siapa nama dia?” tanya Eilmi Zahrin lagi. Puan Julia terdiam. Pandangannya berlaga dengan mata hitam Tuan Zakarian. Sunyi mula membelingkar bila diamnya wanita itu bukan hanya sesaat dua. “Siapa tadi ya sayang? Namanya...” Tuan Zakarian berpura- pura lupa. Puan Julia turut sama menggaru kepalanya.

“Ye tak ye lah bang. Saya pun tak ingat. Panjang sangat namanya. Tengku apa tah..” jawab wanita itu dengan muka berkerut. Eilmi Zahrin bingkas dari ruangan itu. Dapat dirasakan ada sesuatu yang tak kena pada kedua –kedua orang tuanya itu. Langkahnya mara ke tingkat atas. Telifon bimbitnya yang kebetulan bergetar saat langkahnya masuk ke dalam kamar, digapai laju. Panggilan yang datang dari Puan Fida dijawab tanpa lagi menunggu.

“En. Eilmi... kita ada satu order dari Cik Misha. Dia nak tempah gaun malam tapi dia nak gaun tu dijahit oleh Widad. Kalau boleh, dia mahu tempahan itu disiapkan dalam masa seminggu. Saya dah maklumkan pada Widad tapi Widad mahu saya meminta izin dari En. Eilmi untuk tugasan tersebut,” suara Puan Fida bersama nafas yang penat sepertinya wanita itu baru selesai menyertai acara larian lompat galah seratus meter.

Eilmi Zahrin masih lagi berfikir- fikir walaupun talian telifonnya bersama Puan Fida sudah mati lewat lima minit yang lalu. Akhirnya nombor telifon Widad ditekan dan hujung telifon bimbitnya ditekap ke telinga. Agak lama deringan itu membingitkan corong telinganya sebelum panggilan itu disambut oleh seseorang. Seseorang yang lain alun suaranya.

“Widad...?” panggil Eilmi Zahrin.

“Maaf, saya Aini kawan baik Widad. Widad dah guna nombor lain. Nanti saya sms kan pada encik nombornya,” jawab Aini mewakili Wafa.

“Terima kasih,” ucap Eilmi Zahrin. Dia menunggu- nunggu nombor telifon Widad yang baru. Saat mesej diterima, tangannya laju menyimpan nombor itu ke dalam buku telifonnya sebelum nombor itu ditekan terus. Talian langsung bersambung malah sudah pun disambut oleh suara- suara bisu.

“Widad...?” panggil Eilmi Zahrin. Sunyi mula mencelah bila panggilannya itu tidak disahut. “En. Eilmi dapat nombor saya dari mana?” tanya Widad penuh debar. Dia tidak menyangka yang dia akan menerima panggilan dari lelaki yang kini sudah pun menjadi tunangannya.

“Jangan risau. Saya tahu batas saya untuk bercakap dengan tunang orang. Awak tak perlu tukar nombor dan sebagainya. Saya takkan ganggu awak lagi. Kalau saya telifon pun atas dasar kerja bukannya sebab nak menggatal!” tegas Eilmi Zahrin dengan hati yang bengkak. Widad terdiam bila disindir- sindir begitu. Kalau bukan kerana permintaaan Puan Julia yang inginkan pertunangan ini dirahsiakan... ah! Widad jadi senyum sendiri.

“Saya nak awak ambil job tu. Order dari Cik Misha,” tutur Eilmi Zahrin kemudian. Nada itu melengkung dalam satu arahan yang harus dipatuhi. “En. Eilmi rindu kat saya tak?” tanya Widad bersahaja. Eilmi Zahrin terdiam. Talian segera diputuskan bila debar di dada menguasai segenap rasa di jiwa. Gila tak rindu? Desisnya sendiri seraya terduduk di kaki katil.

Mama tak pernah sebahagia itu... menurut cerita mama pada Tati tadi, bulan depan majlis nikah akan diadakan. Majlis nikah? Biar betul mama nie. Nikah dan kahwin nie bukannya perkara main- main. Bagaimana kalau di antara kami nanti tiada keserasian? Bagaimana pula kalau hati aku tetap dingin saat majlis nikah ingin dilangsungkan? Nak lari dari rumah? Itu kerja pengantin perempuan, takkan aku nak buat macam tu pulak! Eilmi Zahrin menggisai helaian rambut depannya.

Tiba- tiba, muncul satu idea yang dikira bernas. Aku mesti upah seseorang untuk menculik gadis pilihan papa dan kurungkan dia beberapa hari supaya majlis ini dibatalkan mahupun ditunda pada tarikh yang lain. Dan masa itulah, aku akan memberontak habis- habisan hingga rencana perkahwinan ini hanya akan menjadi mimpi yang paling ngeri buat Puan Julia. Tapi siapa pula yang aku nak upah? Daniel? Persoalan itu mengetuk fikiran hingga terhempas sebuah keluhan berat di mulutnya.

Eilmi Zahrin masih lagi berfikir- fikir hingga terasa ketat mindanya akibat dipudatkan dengan pelbagai soalan dan kisah. Dia rebah di atas permaidani biru bersama bayangan wajah yang amat dirindui. Kenapa semudah ini En. Eilmi nak mengalah? Kenapa mesti menyerah kepada takdir sebelum berjuang? Kata– kata terakhir Widad lewat pertemuan dulu mengusik suasana. Aku ingat bila Zara putuskan pertunangan kami, aku masih punya peluang untuk hidup bersama Widad tapi papa dah rancangkan sesuatu yang lain pula! Keluh anak muda itu penuh hampa.

Nasiblah Widad tu, tunangan orang! Kalau tak, memang aku dah bawa lari ke Siam. Nikah paksa kat sana! Saat keluhan itu dilafazkan... Eilmi Zahrin semakin sedar bahawa cinta yang jauh terperam di lubuk hati lelakinya, bukan alang- alang permainan. Rindu yang membebat ini, laranya memakan jiwa. Kalau itu saja cara yang aku ada untuk mendapatkan dia, mengapa aku perlu takut untuk merealitikannya supaya aku tidak terus hidup dengan hanya memburu mimpi?



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku