MR. AND MRS.
BAB : 49
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5329

Bacaan






SUASANAdi Coffee House,Holiday VillaSubang Jaya, tetap romantik seperti biasa. Eilmi Zahrin memilih untuk duduk di tepi dinding berkaca demi melihat keindahan alam maya. Sesekali, mata hitamnya terkalih ke pintu masuk. Fikirannya jadi tertanya- tanya terus dengan penampilan bekas tunang Husna itu kerana mereka belum pernah bertemu wajah.

“Encik Iskandar?” sapa satu suara. Eilmi Zahrin mengangkat muka.

“Hussain!” sambungnya lagi. Dari gelapnya kaca mata Oakley X-metal Mars itu, Eilmi dapat melihat seorang lelaki berketinggian dalam seratus lapan puluh sentimeter berdiri di hadapannya dengan muka serius. Dia pantas mengangguk bila nama Iskandar diulang sekali lagi. Topi di kepala makin diperkemaskan bila renungan itu singgah lama di mukanya.

“You look familiar,” ucap lelaki itu saat punggungnya dihenyak ke atas kerusi. Seketika, muncul seorang pelayan lelaki bertanyakan menu yang ingin dinikmati oleh Hussain. Setelah pesanan diambil, dia membawa diri ke bahagian lain. Mata Hussain melekat lagi ke wajah Eilmi Zahrin. Sepertinya, ada sesuatu yang ingin ditanya tapi teragak- agak.

“Kau nie siapa dengan Husna?” pertanyaan itu terluah juga akhirnya. Eilmi Zahrin yang sedang merenung hasil seni pada ukiran tatu berbentuk ular di lengan kiri Hussain pantas mengalihkan pandangannya ke wajah itu sebelum mata hitamnya tertumpu semula pada ukiran tatu yang menarik perhatiannya tadi.

"Aku orang Sarawak, baru dua tahun masuk Islam. Sarawakian macam aku nie, memang payah nak dapat gadis melayu semenanjung macam Husna tu,” penjelasan itu mengulit kecewa di hujung. Eilmi Zahrin terpana. Renungannya terbuang ke luar. Cukup gelap dah cermin mata aku nie, pun dia boleh nampak lagi mata aku kat tatu dia? Patutlah orang selalu kata, perisik nie mata dia ada empat! Gerutu Eilmi Zahrin.

“Aku hanya kawan kepada Husna,” jelas Eilmi Zahrin kemudian dalam menjawab pertanyaan Hussain yang terbiar tadi. Jejaka berkulit sawo matang itu mengangguk. Telapak tangannya menggisai sesama sendiri. “Kau benar- benar perlukan khidmat aku?” soal Hussain setelah sunyi mula bertapak. Telifon bimbitnya diletakkan di hadapan Eilmi Zahrin. Jantina/ Kaedah/ Tarikh / Waktu/ Bayaran/ Imej.

Eilmi Zahrin mengangguk. “Perempuan. Culik dan kurung SAHAJA. Tarikhnya 5hb, pukul 9 pagi. Bayaran paling tinggi yang aku boleh bagi dua puluh lima ribu ringgit dan ini imej dia,” tutur Eilmi Zahrin jauh lebih perlahan.

“She’s a public figure! Are you sure?” ujar Husain terkejut. Eilmi Zahrin mengangguk.

“Boleh aku tahu kenapa?” pertanyaan itu terlalu ringkas untuk diungkap tetapi jawapannya sangatlah panjang bagi Eilmi Zahrin. Dia ingin membuka mulut demi menceritakan masalah yang sedang dihadapinya namun segera pula dihalang oleh Hussain. Bibir merah itu terkatup semula. Pandangannya terpaku pada jejak langkah seorang gadis yang sedang mara ke arah mereka bersama dulang yang ditatang.

Setelah menghidangkan setiap menu yang dipesan oleh Hussain tadi, langkahnya kembali bersambung. “Kami baru saja ditunangkan atas pilihan keluarga dan akan dinikahkan pula pada awal bulan hadapan. Aku tak mahu pernikahan itu berlangsung. Aku mahu rencana pernikahan itu terkendala,” jelas Eilmi Zahrin. Penjelasan yang merubah riak di wajah Hussain seratus peratus.

“What strong with you? She’s damn hot man! Don't tell me that you're...”

“Gay? Nope! I’m not!” celah Eilmi Zahrin.

“Of course not!” akui Hussain pula setelah mata hitam Eilmi Zahrin merayap ke matanya dengan muka berang. CEO PUTIH itu langsung saja menggeleng saat tawaan Hussain berhamburan di mana- mana. Entah apa yang lucu, dia juga tidak tahu. Keadaan bertukar riuh dengan serta merta dan kembali sunyi bila Hussain mula menjamah sarapan paginya dengan penuh selera.

Ingatannya penuh dengan gaya- gaya seksi seorang model yang lebih dikenali sebagai Ku Adell. Damn... she’s really hot! Hatinya menyumpah. Eilmi Zahrin meletakkan sampul surat biru gelap pada sisi kiri lelaki di hadapannya. Perbincangan mereka sudah pun dikira selesai. Dia langsung bingkas untuk melunaskan bil sarapan paginya bersama Hussain. Setelah itu, mereka pun berpisah.

Telifonnya bergetar lembut. Pesanan whatsapp dari Widad dibaca tetapi tidak mahu dibalas. Langkahnya lebih laju menuju ke satu arah. Dia masuk ke dalam Skyline. Dari cermin sisinya dapat dilihat figura Hussain yang sudah pun berada di atas Ducati Diavel.

Melihat kepada jenis superbike itu, Eilmi Zahrin yakin penyiasat persendirian itu pernah memegang tugasan besar yang menjanjikan upah yang cukup lumayan! Tiba- tiba, dia teringatkan Husna. Segodang- godang manusia pun boleh lemah dengan cinta. Inikan pulak aku yang tak berapa nak godang nie! Hati kecilnya mencuit kata saat kenderaan yang dipandu menuruni bukit menuju ke jalan utama.

Destinasi berikutnya adalah PUTIH. Dia perlu kembali semula ke butik untuk mengambil Widad dan membawanya ke Royale Chulan. Memang saja nak kenakan aku, minah nie! Nak berambil bagai... bawalah kereta sendiri! Tak faham betul aku dengan perempuan nie! Kau ingat, aku tak boleh nak kawal diri aku? Kau ingat, aku tak boleh nak bersikap professional dengan kau? Huh! Ini Eilmi lah, cemuhnya dengan muka serius.

Di hadapan butik, Widad sudah pun menanti di luar lobi. Langkahnya dipacu masuk ke dalam Skyline bersama senyuman. Eilmi Zahrin tetap juga serius. Pandangannya lurus memandang jalan besar. Widad meraih telifonnya bila nyanyian merdu Salley Bassy memecah sunyi.

Eilmi Zahrin dicekam cemburu bila gelak tawa Widad menembusi telinganya. Kemudian, telifonnya pula yang bergetar minta dijawab. Eilmi Zahrin langsung saja memasang peralatan hands free di telinganya sebelum panggilan yang datang dari Husna itu diterima. Maka, dua orang manusia itu bercakap di telifon dengan reaksi masing- masing.

“Apa dia? Tak dengarlah beb!” tekan Widad saat tawaan Eilmi Zahrin memecah ruang.

“See you to nite darling and we will talk about it. I miss you,”ucap Eilmi Zahrin tika Widad sudah mengalah. Telifonnya dimasukkan ke dalam tas tangan. Wajahnya yang manis tadi kini mula mencuka. Perempuan mana pula yang dia nak jumpa malam nie? Siap rindu bagai! Getus hati Widad. Matanya tercampak keluar tingkap. Hatinya digigit cemburu yang berdikit!

Royale Chulan. Widad masuk ke dalam hotel bertaraf lima bintang itu dengan hati yang masih berteka –teki. Dia ingin bertanya kepada Eilmi Zahrin tentang rencana pertemuannya bersama gadis yang menelefonnya tadi tetapi lidahnya jadi terkunci. Langkah kaki pemuda itu dijejak juga satu persatu hingga ia terhenti di hadapan pintu bilik 2205.

“Kita nak buat apa kat sini?”.

“Buat kerjalah! Habis, awak ingat saya nak apa- apakan awak? Saya bukan lelaki macam tulah!” pedas sekali sindiran Eilmi Zahrin. Widad terkujat terus dengan pandangan yang menunduk. Pintu yang terkatup rapat itu kini dibuka luas oleh seseorang. Seseorang yang tidak asing namanya bagi Widad.

“Puan Sri...” hanya itu yang terluah dari bibir kecilnya kala wajah Puan Sri Faridah menyinggah masuk ke mata hitam. Eilmi Zahrin turut melangkah ke dalam bilik itu. Mereka duduk di sofa panjang berdekatan dengan ruang makan. Rancangan masakan di kaca televisyen dari saluran astro 703 terhidang di depan mata.

“Baby, they’re here!” laung Puan Sri Faridah nyaring. Sinis matanya masih membungkam pada wajah Widad.

“Haryati,” teguran itu nampak mesra benar di bibir Katrina tika gadis itu membawa langkahnya ke hadapan Eilmi Zahrin. Widad cuba untuk senyum. Hatinya jadi tidak sedap pula. Sepanjang pengenalannya dengan Ungku Aaron, hubungan kemanusiaannya dengan dua orang anak beranak itu memang tidak pernah baik.

I nak you siapkan baju dinner I yang kita dah bincangkan tiga bulan lepas waktu you masih lagi dengan Emeralds. Bolehkan Haryati? You dah janjikan dengan I. Last time, youcakap hujung bulan Jun baru you boleh siapkan iaitu selepas you balik dari honeymoon. Tup... tup... pernikahan you dengan Aaron tak jadi. And then, you menyepikan diri macam tu jer...”

“Kedatangan kami hari ini, tak ada kena – mengena dengan tempahan baju you di Emerald, Katrina!” tegas Eilmi Zahrin. Puan Sri Faridah yang asyik menonton rancangan masakan kegemarannya nampak terganggu dengan suara keras itu.

“Raja Kathrina!” ujar gadis itu. Eilmi Zahrin mencemek. Widad jadi terkemam dengan situasi yang berlaku. Dia rasa serba salah untuk bersuara.

“Haryati, Aaron masih mengharapkan you. Dia menyesal dengan apa yang berlaku. Youdengandia, kan dah lama bersama. Bukan setahun dua, bagilah dia satu lagi peluang. I kasihan betul tenguk dia,” tutur Katrina. Nadanya kembali lembut. Kerdipan matanya memanah mata Widad.

“You pernah mengandungkan anak dia kan, Haryati? Walaupun anak yang tak berdosa itu you dah gugurkan tapi...”

“No! You cakap apa nie, Katrina?” pintas Widad dengan renungan menerkam.

“Haryati, you tak payah nak malulah dengan budak Italy nie. Jujur saja,” sela Kathrina. Widad bingkas. Langkahnya menuju ke muka pintu. Eilmi Zahrin juga. Hatinya bertambah bengkak dengan kata- kata yang keluar dari bibir anak perempuan Puan Sri Faridah. Widad langsung masuk ke dalam lif. Eilmi Zahrin yang ikut serta hanya diam tanpa sebarang bicara. Mereka terus masuk ke dalam kereta. Dan di situlah... tangisan Widad tidak dapat ditahan lagi.

“En. Eilmi percaya dengan kata- kata Katrina tadi?” soal Widad setelah kenderaan yang dipandu lelaki itu berada di perhentian lampu isyarat. Eilmi Zahrin masih juga diam. “Saya cuma seorang boss, Widad. Bukannya tunang ataupun bakal suami awak. Teman lelaki? Huh... lagilah jauh! Apa yang terucap di bibir Katrina tadi, saya tak ada hak nak ambil pusing!” hujah Eilmi Zahrin padat.

Widad kembali diam. Apakah kata- kata itu datangnya dari hati yang curiga atau hati yang sudah tercalar? Persoalan itu terduduk di sudut jiwa gadisnya yang paling dalam demi sebuah lagi penjelasan. Ya ALLAH, KAU Peganglah hatiku ini kuat- kuat supaya maruah aku tidak rebah di kaki perempuan itu dalam merayu secangkir kebenaran. Hanya itu yang terucap bila hatinya merengkuh pasrah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku