MR. AND MRS.
BAB : 50
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4941

Bacaan






SENYUM nakal di bibir Katrina bertambah panjang. Senyum yang menjalar naik ke satu wajah. Ungku Aaron pantas saja keluar dari ruang memandu. Langkahnya menapak di sisi teman sepengajiannya sewaktu di UK dulu. Setelah menerima panggilan telifon dari gadis itu awal petang tadi, hatinya jadi tidak sabar untuk mendengar cerita tentang buah hatinya.

Katrina masih lagi bermain tarik tali. Berkali - kali Ungku Aaron mendesaknya untuk memulakan cerita namun hanya senyum yang terukir di bibir itu. Mungkin saja, dia tidak mahu pertemuan itu berlangsung dalam serba tergesa- gesa. Tangan anak bongsu Datuk Ungku Ismail itu dirangkul mesra membuatkan dua langkah mereka jadi selari menuju ke kediaman mewah Puan Sri Faridah.

“Any news?” tanya Ungku Aaron dengan wajah bercahaya. Dia dapat merasakan ada pepes- pepes gembira yang bertapak di dalam pertemuan itu.

“You patut tenguk muka musuh you tu bila I cakap yang Haryati pernah mengandungkan anak you!” lonjak suara Katrina lebih terarah kepada perasaan hasad. Ungku Aaron ketawa terus. Tangan Katrina diraih dan dibawa dekat ke wajahnya sebelum dikucup lembut.

“Good job babe!”ucap lelaki itu bahgia. Senyum di bibirnya makin bertali. Tiba-tiba, Katrina bingkas dari duduknya. Kini dia berdiri di depan Aaron dengan muka yang mencebik. Ada yang masih dipendamnya sejak kelmarin.

“Abang you dengan Zara tu betul -betul serius ker? I dengar cerita, keluarga you nak meminang dia sebaik sahaja dia putus tunang dengan Eilmi Zahrin!” soal Katrina dengan nada yang sudah berubah. Ungku Aaron terpana. Dia hampir kehilangan suara bila Katrina membangkitkan soal itu.

“I tak cantik ker Aaron? I rasa, kalau nak dibandingkan Zara dengan I, I jauh lebih cantik dan seksi dari dia. Mungkin harta kekayaan bapak I tak setanding dengan harta bapak dia kut! Sebab tu, abang you duk terkejar- kejarkan dia sangat,” ujar Katrina dalam muncung itiknya. Ungku Aaron bingkas. Tangan gadis itu diraih lagi sebelum tubuh itu dipusingkan demi menghadap figuranya yang sedang berdiri.

“I janji, kalau you dapat pisahkan Haryati dengan budak Italy tu dan buat dia kembali semula dengan I. I akan berusaha untuk dapatkan gelaran menantu sulung Datuk Ungku Ismail buat you walau dengan apa cara sekali pun,” bisik Ungku Aaron. Wajah Katrina berbunga semula. Kalau setakat pisahkan Haryati dengan Eilmi Zahrin, tidaklah sesukar mana cuma...

“Aaron... boleh I tanya you, satu soalan?” tanya Katrina. Dia menarik Ungku Aaron supaya mereka duduk semula di sofa. Sepertinya ada sesuatu yang lebih serius untuk dibicarakan. Lelaki itu hanya mengangguk. Wajah Katrina direnungnya lagi.

“Kenapa you batalkan pernikahan you dengan Haryati hari tu? Dan sekarang, you tergila- gilakan dia pula? Ramai lagi gadis yang jauh lebih cantik dari dia like Tengku Adellia ataupun Zureen, anak bongsu Dato’ Azhan...” Ungku Aaron terdiam sekejapan. Dua figura itu saling merenung malah saling pula memandang dengan seribu satu kemusykilan.

“Kath, I tak boleh beritahu you, kenapa pernikahan kami terpaksa dibatalkan. I am so sorry... alasannya sangat peribadi bagi Haryati. Memang i masih tergila- gilakan dia seperti selalunya. Bertahun- tahun kami bercinta tapi tak pernah sekali pun dia bagi i peluang untuk...” kata- kata Ungku Aaron terhenti di situ. Dipandangnya lagi wajah Katrina yang mulus itu. Tangan Kathrina yang meremas tangan kanannya turut dibiarkan.

“Untuk?” soal Katrina bila Aaron terdiam dalam waktu yang lama.

“Kalau I cerita... tentu you ketawakan I!” keluh Ungku Aaron pula. Tangannya dibawa lari dari terus digenggam Kathrina. Anak sulung Puan Sri Faridah itu menggumpal senyum. Gelengan kepalanya bagai memaksa anak muda itu untuk terus bercerita.

“I tak pernah nak dapat peluang untuk sentuh dia...” Ungku Aaron menghabiskan kata- kata yang terhenti tadi. Sepi pun membelingkar dua pandangan sebelum tawaan Katrina memburai kuat. Ungku Aaron berpaling ke sudut lain bila dia ditertawakan begitu. Ejekan yang paling menyakitkan.

“Jadinya, khabar yang dia pernah mengandungkan anak you tu, tak betullah?” tanya Katrina dengan mata terbeliak. Ungku Aaron menggeleng lemah. Pandangannya jatuh ke bawah.

You nie kan Aaron. You dengan dia bukan setahun dua tau. Almost ten years babe! Takkanlah dalam tempoh yang begitu panjang, you tak boleh nak buat nafsu dia tewas di tangan you? Lelaki apa you nie?” ejek Katrina selamba. Tawanya bersambung lagi. Ungku Aaron menghela nafas sesak. Kalau ikutkan hatinya yang panas, memang sampai tumbukannya ke muka Kathrina tapi... Damn you Kath! Hati kecilnya menyumpah.

Ungku Aaron langsung bingkas. Dia keluar dari kediaman itu dengan muka merah padam. Katrina cuba mengejar jejak itu. Tangan Aaron diraih lembut namun jejaka itu pantas merentapnya. Gerakan kakinya masuk ke dalam Ferrari hitam. Dan dengan pantas, Katrina memegang pintu kereta itu agar masih ada ruang untuk mereka bercakap.

“Janganlah marah. I tak dapat menahan tawa i tadi. I am so sorry babe. Lepas nie, kalau Haryati kembali dengan you lagi. Pastikan you dapat ambil permata yang paling berharga sekali dalam hidup dia. Bila youdah ambil permata tu, barulah dia akan ikut you sampai ke lubang ular walaupun you layan dia macam anjing! Faham tak sayang?” bisik Kathrina lembut. Jari telunjuknya melingkari bibir Ungku Aaron. Lelaki itu langsung berpaling.

You tahu dia tinggal kat mana?” tanya Ungku Aaron.

“Apalah yang susah sangat nie... you tahukan dia kerja kat PUTIH. You ikutlah dia...”

I dah pernah cuba tapi dia tahu, I ikut dia. She’s really smart!”

“Kalau begitu, biar i saja yang ikut dia. Nanti i maklumkan pada you alamat rumah dia,” usul Katrina. Ungku Aaron mengangguk. Senyumnya berpuput semula tika pandangan matanya sudah pun lurus ke hadapan bila Kathrina merapatkan pintu Ferrari. Enjin kereta dihidupkan. Dia tidak lagi menunggu, pedal minyak ditekan lembut dan kenderaan mewah itu meluncur pergi dari halaman banglo tiga tingkat.

“Aku nak buat cara baik tapi kau tak nak bagi aku peluang. Kau yang paksa aku buat cara jahat! Masa tu nanti, barulah kau nak melutut depan aku! Merayu macam mana yang aku buat sekarang nie! Sayang, kalau abang tak dapat sayang. Jangan harap lelaki lain pun akan dapat!” ikrar Ungku Aaron. Terkebil- kebil matanya, memikirkan ajaran jahat Kathrina tadi dalam mencari satu wajah yang amat dirindui. Oh Kuala Lumpur, di manakah dia?



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku