MR. AND MRS.
BAB : 53
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
5431

Bacaan






MINGGU ini merupakan minggu yang paling sibuk untuk Widad. Pelbagai persiapan sedang diusahakan untuk majlis pernikahannya yang akan berlangsung dalam beberapa hari saja lagi. Widad merenung inai merah yang masih berbaki di jarinya. Inai yang dipakai bersama kasih dan impian yang menggunung tapi akhirnya dimusnahkan. Widad pasrah dengan ketentuan.

“Menung apa pulak nie, sayang?” sapa Eilmi Zahrin. Widad bangkit dari lamunan. Wajah lelaki kacuk di hadapannya itu, dibawa masuk ke dalam pandangan. Eilmi Zahrin duduk melandai di sudut meja. Meja yang menjadi tempat Widad mengukur dan memotong kain dalam sesuatu tugasan.Gadis itu meletakkan semula gunting yang ada dalam pegangannya ke dalam bekas berbentuk silinder.

“Saya memang dah lama idamkan seorang suri hati yang pandai menjahit. Bila kami mempunyai minat yang sama, kami boleh berkongsi idea dan bertukar- tukar fikiran untuk setiap rekaan,” luah Eilmi Zahrin. Widad memanjangkan senyum di bibir. Ternyata, mereka menanam impian yang serupa.

“Widad,” panggil suara itu. Widad mengangkat muka.

“Dua tiga hari nie awak macam mengelak dari saya. Kenapa?” persoalan yang membeduk akal fikir Eilmi Zahrin dilepas keluar. Pandangan Widad menuju ke sudut lain bila sesuatu yang dia cuba disembunyikan, dipersoalkan dengan kata- kata.

“Saya cuma segan dengan mata- mata yang memandang. Bila semut berdiri di sebelah gajah, semua orang akan memandang dengan rasa yang pelikkan? Entah apa yang bermain dalam fikiran mereka, saya tidak tahu,” ungkap Widad berkias. Eilmi Zahrin turun dari duduknya. Mata hitamnya memujuk sebuah renungan.

“Pedulikan apa orang nak kata. Ini soal hati dan perasaan kita. Soal masa hadapan dan soal kehidupan kita. Kita yang tahu apa yang terbaik untuk hidup kita. Saya tak pernah menilai seseorang itu dari sudut taraf apatah lagi mahu membeza- bezakan. Kita berasal dari tanah yang sama dan yang membezakannya bukan harta, pangkat dan kedudukan tetapi iman,” tegas Eilmi Zahrin. Widad jadi terharu.

“Kenapa saya yang menjadi pilihan hati En. Eilmi? Ramai lagi gadis di luar sana yang sepadan dan secocok dengan awak.”

“Malam nanti, selepas acara makan malam kita selesai, saya akan beritahu awak sebabnya,” bisik suara itu. Widad mengangguk. Hatinya berdebar pula.

“Nanti sayang jumpa Puan Insyirah,” tambah Eilmi Zahrin.

“Untuk apa?” tanya Widad. Eilmi Zahrin mendakap senyum bahgia.

“Saya minta dia ambil ukuran badan awak. Baju nikah kita nanti, biar saya yang jahit,” ulas Eilmi Zahrin. Widad mengangguk faham.

“Atau sayang nak... abang ukur sendiri?” bisikan itu membuahkan nada- nada manja. Widad menggeleng. Gelengan yang membuatkan Eilmi Zahrin tersenyum sendiri.

“Jom keluar makan,” ajak lelaki itu. Widad menggeleng lagi.

“Amboiii... mata tu kalau menengok anak dara orang, bukan main galak lagi,” sapa Puan Julia yang tidak pasti bila munculnya. Eilmi Zahrin nampak tersipu. Puan Julia menekun senyum yang lebih panjang. Langkah kaki Widad dilepaskan dari pandangan. Kini, perhatiannya lebih tertumpu ke arah Eilmi Zahrin.

“Bila nak cari baju nikah?” tanya Puan Julia, nadanya bertukar serius.

“Baju nikah kami, Eilmi jahit sendiri mama.”

“Sempat ker?” soal Puan Julia. Hatinya dilanda kebimbangan pula. Eilmi Zahrin mengangguk. Langkah Amir Bakri yang sedang menuju ke arahnya diperhatikan penuh makna. Dari senyumannya yang terbias, dia tahu Amir Bakri dalam perancangan untuk mengusiknya.

“Eiii... Eilmi. Banyaknya semut kat badan kau,” bicara anak muda itu dengan nada terperanjat. Puan Julia pantas memandang anak lelakinya dari atas hingga ke bawah. Semut apa pulak nih! Gerutunya bila dia gagal menemui makhlus halus Nabi Sulaiman a.s itu di badan anaknya walaupun seekor.

“Semut apa nya Bakri?” tanya Puan Julia.

“Puan Julia tak nampak ker? Ish... ish... banyak betul semutnya saya tenguk,” ujar Amir Bakri dengan kepala yang tergeleng- geleng.

“Mama, Bakri nie saja nak perli Eilmi. Orang bertunang kan selalu dipanggil darah manis. Itu yang Bakri duk kata banyak semut hinggap kat badan Eilmi,” jelas Eilmi Zahrin. Puan Julia seperti mahu tersenyum walau matanya mengerling ke wajah anak buahnya.

“Kau dah hafal skrip yang aku bagi semalam?” pertanyaan Amir Bakri masih lagi mengejar pendengarannya.

“Skrip apa pula?” tanya Eilmi Zahrin keliru.

“Skrip untuk kau lah. Watak utama tu... kau seorang jer yang pegang tau! Orang lain tak boleh ganti. Kau jangan tak hafal pula skrip tu. Nanti menyesal tak sudah,” tegas Amir Bakri. Puan Julia terpana lagi. Sungguh dia tidak mengerti dengan maksud yang tersurat di balik kata –kata anak muda itu.

“Skrip apa Bakri?” akhirnya Puan Julia bertanya. Amir Bakri senyum lagi. Langkahnya kulang – kalik di hadapan Eilmi Zahrin.

“Skrip tu begini bunyinya Puan Julia, aku terima nikahnya Widad Binti Daim dengan mas kahwin sebanyak satu ribu satu ringgit... tunaaaaiii!” jawab Amir Bakri selang beberapa saat kemudian. Puan Julia menggeleng kepala dengan gelagat selamba Amir Bakri. Sungguh... dia terkena lagi. Eilmi Zahrin hanya mengungkap senyum di hujung bibir. Bakri... Bakri... panggil Puan Julia perlahan saat langkahnya menyisih pergi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku