MR. AND MRS.
BAB : 56
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5310

Bacaan






KEPERGIAN Widad petang tadi meninggalkan sunyi yang bukan sedikit. Sunyi yang mengintai sayu di hati Wafa. Tak lama lagi, Widad akan menjadi milik si tokek. Dapatkah aku menumpang kasih di bawah lembayung cinta mereka kelak? Atau aku akan dibiarkan keseorangan dalam meniti hari- hari mendatang? Aku sudah terlalu lama hidup bersendirian. Nafas- nafas sepi yang menghunjam takdir hidup aku telah berubah menjadi lelah yang amat menyakitkan. Wafa bermonolog sendiri.

Dari sudut lain, riak muka Wafa nampak terpinga bila nyanyian Shirley Bassey memanggil – manggil langkahnya. Wafa pergi ke bilik depan yang tidak lagi berpenghuni. Telifon Widad yang mengeluarkan cahaya terang mencuri daya penglihatannya. Eilmi Zahrin? Wafa menggigit hujung bibir bila kenakalan semulajadinya dilihat melayut- layut pada otak yang masih kukuh komposisinya.

“Sesekali, kenakan tokek... seronok juga nie. Esok- esok, bila dia dah jadi abang ipar aku, aku dah tak boleh nak cari pasal lagi dengan dia. Nanti Widad marah pula. Inilah satu- satunya peluang keemasan yang aku ada,” desis Wafa sendiri. Telifon bimbit Widad digapai. Liang liuk tubuhnya dihayun dan dihenyakkan ke tilam. Alat kawalan penghawa dingin yang terletak di meja sudut, digapai dan ditekan sebelum panggilan itu dijawab dengan penuh nada.

“Hai sayan.”

“Hurm...” Bibir Wafa mencemek rasa meluat. Alamak... dia dah mula panggil Widad, sayang! Huh... geli telinga mak dengar!

“Sayang buat apa tu?” nada itu masih membaitkan ungkapan yang paling mesra.

“Tengah bercakap dalam telifon. Siapa yang telifon... ntah? Orang nak rehat pun tak senang,” bicara itu menyelongkar gurauan kasar. Eilmi Zahrin terkedu. Matanya terpana pada deretan huruf dan nombor yang tertera di sudut atas telifonnya. Betul dah, My Lady! Detik hatinya keliru.

“Habis tu, orang dah rindu. Tu yang telifon tapi kalau orang tu tak sudi nak cakap dengan kita, tak apalah...” balas lelaki itu kemudian. Wafa mencebik. Dia seperti menahan sesuatu di kerongkong apabila isi perutnya terasa bagai mahu dimuntahkan keluar. Rindulah sangat! Baru usik sikit, dah merajuk. Tokek... tokek... romantik juga kau nie.

“Sayang buat apa? Kita keluar makan nak?” ajak Eilmi Zahrin bersungguh. Wafa kembali membuat muka. Nasiblah lelaki itu tiada di hadapannya. Kalau tidak... tak tahulah apa akan terjadi. Perang dunia keempat gamaknya!

“Saya tak ada kat rumah. Saya keluar beli barang,” jawab Wafa teragak- agak.

“Sayang nie kan, belum jadi isteri lagi, dah pandai nak menipu! Tak baik tau! Saya tahu sayang ada kat umah. Saya nampak lampu bilik sayang terbuka. Air cond pun terpasang. Cepat siap! Saya tunggu nie!” arah Eilmi Zahrin. Wafa terkemam. Alamak! Betul ker? Dia melompat bangun menuju ke sisi tingkap. Kain langsir diselak sedikit. Kereta Skyline putih yang selalu hadir di matanya dulu, kini... muncul lagi.

Aduh... apa aku nak buat sekarang nie? Wafa ditelan gelabah. Langkahnya berlari masuk ke dalam bilik mandi. Segala pakaian di badan ditanggal sebelum tubuh itu disirami air dingin. Mulutnya masih sempat menyanyi. Setelah usai membersihkan diri, Wafa menggapai baju kurung berwarna putih bersulam kerawang dari benang merah jambu. Baju itu disarukkan ke badan. Langkahnya berlari menuju ke meja solek. Wangian kegemaran Widad disemburkan ke badan. Tangannya menggapai tas kecil sebelum langkah disusun. Kasut tumit tinggi disarukkan ke kakinya yang kecil dan comel.

Pintu Skyline sudah pun terbuka demi menanti kedatangannya. Eilmi Zahrin pantas menutup pintu itu sebelum langkahnya dibawa ke ruangan pemandu. Wangian Paco Rabbane menguasai rongga –rongga hidung Eilmi Zahrin senyum lagi. Pandangannya terbuang ke wajah Wafa saat pedal minyak ditekan lembut.

“Tenguk depan boleh tak?”

“Orang perempuan kalau bersiap memang lama ye?” Eilmi Zahrin membuka bicara. Wafa mencebik. Perli akulah tu!

“Tenguk keadaan juga. Kalau dia jenis yang sangat simple, baju kelawar pun boleh dibawa ke majlis hari jadi, maknanya awak tak perlu nak tunggu lama sangat. Tapi kalau jenis yang suka bergaya macam saya nie, paling cepat pun setengah jam,” jujur Wafa. Eilmi Zahrin mengangkat kening.

“Kita nak ke mana nie?”

“Adalah...”

Wafa terdiam. Pandangannya lurus ke hadapan sebelum kereta yang dipandu anak muda itu membelok ke satu simpang. Deretan rumah- rumah banglo dua tingkat mula menguasai mata. Mesti dia nak bawa aku pi rumah mak dia. Matilah aku! Apa aku nak buat nie? Itulah kau Wafa, tadi nak sangat kenakan si tokek! Tenguk sekarang... siapa yang dah terkena?! Bebelnya.

Deretan kereta- kereta mewah membanjiri laman banglo milik Tuan Zakarian. Eilmi Zahrin memberhentikan keretanya di luar pintu pagar. Pintu kereta Wafa dibuka dan gadis itu mula meletakkan tumit kasutnya ke tanah. Langkahnya seiring dengan langkah Eilmi Zahrin. Di tengah halaman banglo itu, puluhan mata yang memandang tidak dapat ditepis.

“Welcome to our family, sweetie,ucap satu suara dari bibir yang sudah kecut dimamah usia. Tubuhnya yang kurus melidi itu dipapah oleh dua orang anak gadis yang sebaya dengannya. Eilmi Zahrin pantas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita itu. “Inilah nenda saya,” bisik Eilmi Zahrin ke telinga Wafa. Wafa langsung mengangguk. Huluran tangan yang sudah nampak berkedut itu disambut dan dicium hormat.

Dari satu wajah ke wajah lain. Auntie Su dan Uncle Am. Auntie Misa dan Uncle Aim. Mak Chu dan Pak Chu. Ibu Maria dan Ayah Dom. Ibu Kathy dan Uncle Razif. Pelbagai nama singgah di telinga Wafa. Begitu juga dengan nama sepupu sepapat Eilmi Zahrin. Indah, Zehra, Medina, Zachary, Tiara, Amir Al Bakri dan beberapa nama yang lain. Wafa berasa bahagia berada dalam kelompok besar itu.

Pandangannya terhenti di wajah Puan Julia. Ibu kepada Eilmi Zahrin itu pantas memeluknya dengan erat. Mana cincin tunangnya? Kedengaran pula suara- suara yang bertanya. Wafa terpana. Cincin pemberian Puan Hajjah Basra yang masih tersarung ditanggalkan dari celahan jari manisnya. Cincin itu dimasukkan ke dalam poket baju kurung. Suara- suara yang bertanya tadi kedengaran semakin mendekat. Wafa diinjit gementar.

“Mana cincinnya? Kenapa tak pakai?” nada itu menghampar jatuh.

“Widad tanggalkan tadi sebab nak ambil wudhu. Lepas tu... terlupa pula nak pakai.”

Puan Julia adalah orang pertama yang meraut senyum di bibir. Diikuti dengan wajah nenda Eilmi Zahrin dan Pak Chu nya. Wafa masih terkemam dengan situasi itu. Namun riuh rendah suara Tuan Zakarian mengajak tetamunya untuk menjamu hidangan malam telah melenyapkan sebuah kisah. Kelihatan, suara- suara yang bertanya tadi sudah mula mengubah langkah dan haluan.

“Jom sayang, kita makan bersuap,” bisik Eilmi Zahrin. Wafa mencebik.

“Lepas makan nanti, saya nak awak cuba baju nikah yang saya jahit sendiri khas untuk awak.” Wafa tergamam. Butir- butir nasi yang disuap masuk ke dalam mulut hanya dikemam bila nasi kabsah yang enak dengan pelbagai ramuan aslinya terasa tawar di lidah. Manakan tidak, walaupun wajahnya dan Widad serupa tetapi ukuran badan mereka belum tentu sama! Matilah mak!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku