MR. AND MRS.
Bab BAB : 61
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3202

Bacaan






DUA buah kotak pizza bersaiz besar diletakkan ke atas meja. Hussein yang sedang menonton filem aksi kegemarannya nampak terganggu dengan aroma pizza yang dibawa Qaish. Dia langsung bangkit dari baringan. Wajah teman serumahnya dipandang sebelum kotak pizza itu dibuka. Lebat hujan di luar rumah membuatkan perutnya berkeroncong minta diisi.

“Poket kau macam penuh jer?” tanya Hussein dengan mulut terisi pizza. Qaish senyum lagi. Dari senyuman itu, Hussein sudah pun mendapat jawapannya.

“Kau tembak siapa pula kali nie?” nada pertanyaan Hussein jadi lebih perlahan. Kunyahannya juga kurang laju bila matanya terpaku pada wajah Qaish yang masih belum sudah dengan senyum.

“Aku tak tembak sapa- sapa pun, aku cuma ditugaskan untuk culik seseorang,” bisik Qaish. Matanya menekap di wajah Hussien yang sudah pun berhenti mengunyah.

“Kau tak percaya?” tanya Qaish pula. Hussein menggeleng. Sesuatu yang bermain di kotak fikirnya segera diselindungkan. Mungkin ini hanyalah satu kebetulan, mereka mendapat tugas yang sama pada waktu serentak. Hatinya mentelah.

“Kau kan ambil kes yang besar- besar jer. Kes culik mana kau nak, bayarannya tak mengaum!” ejek Hussein.

“Kali nie lain. Bayarannya sangat masyuk. Rugi besar kalau aku tolak. Lagi pun setakat culik dan kurung, siapa yang tak nak kan? Kerja senang,” cerita Qaish teruja. Hussein terdiam. Culik dan kurung! Perkataan itu jugalah yang keluar dari mulut En. Iskandar tempoh hari.

“Eh... memang rugi kalau kau tolak! Siapa yang kau culik tu?” tanya Hussein penuh minat. Dia tahu, Qaish tidak akan menyembunyikan apa– apa rahsia darinya. Semua itu perlu diceritakan demi keselamatan diri Qaish juga sekiranya dia terbunuh dalam melakukan sesuatu tugas yang dipegangnya. Hussein juga begitu. Antara mereka, memang tiada rahsia. Qaish membuka beg hitamnya. Majalah Maskulin dibawa keluar dan diletakkan ke atas meja. Mata Hussein tertangkap pada figura yang tertera di hadapan majalah. Wajah Iskandar melata di situ.

“Kau culik dia ker?” tanya Hussein terperanjat. Hasratnya untuk mengambil pizza yang baru jadi terbantut. Qaish menggeleng.

“Tunang dia,” jawab Qaish. Hussein kian tergamam namun perasaan itu segera disembunyikan jauh- jauh agar tidak terlihat di mata Qaish? Tunang dia? Tengku Adelia! Nama itu terpampang semula di mindanya. Kenapa ada orang lain yang nak culik dia pulak? Atau Iskandar sengaja mengupah dua orang penyiasat upahan untuk satu tugas yang sama!

“Berapa dia bayar kau?” tanya Hussein. Nadanya tegang.

“Seratus ribu beb. Lumayan kan?”

Hussein terdiam. Dan dalam diamnya itu, dia mengangguk juga. Takkanlah! Bentak hatinya.

“Kau ada job baru?” tanya Qaish.

“Ada tapi taklah selumayan kau,” nada Hussein berjejeran jatuh ke titik hambar. Qaish menunjukkan reaksi muka yang kosong. Dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan tugasan baru Hussein.

“Aku pun kes culik juga,” cerita Hussein perlahan. Dia mahu kembali pada titik – titik cerita yang merancakkan perbualan mereka tadi. Dia ingin mengetahui lebih lanjut lagi, kenapa Iskandar sanggup mengupah dua orang penyiasat upahan untuk satu tugas yang sama.

“Kau culik siapa pula kali nie?” Qaish seperti berminat untuk meneruskan cerita mereka yang terputus tadi. Hussein pantas menggapai telifonnya. Gambar Tengku Adelia yang terpapar dalam skrin I Phone 6 ditunjukkan kepada Qaish. Jejaka kacukan Cina Melayu itu pantas meraih telifon Hussein sebelum di bawa dekat ke mata.

“Model seksi nie?” tanya Qaish sambil menggaru kepala. Matanya terkalih ke wajah Hussein. Hussein mengangguk. Qaish meletakkan semula telifon itu di atas meja. Pandangannya kembali terpaku di kaca televisyen. Hussein jadi pelik terus. Mereka telah menerima tugasan yang sama. Mangsa mereka juga sama tapi kenapa Qaish masih berlagak tenang seperti itu? Hati kecilnya meronta.

“Kau culik tunang CEO PUTIH?” soal Hussein terus.

“Aku culik Widad,” jawab Qaish dengan lebih jelas. Hussein terdiam.

“Widad?” ulangnya dengan lagak si dungu. Qaish tersenyum. Beg hitamnya digapai lagi. Sampul surat berwarna coklat dibawa keluar. Gambar yang tersimpan di dalam sampul itu ditarik dan diberikan kepada Hussein.

“Cantikkan?” puji Qaish setelah dia melihat Hussein menatap gambar itu tanpa berkedip. Hussein mengangguk. Dia semakin keliru dengan apa yang berlaku. Berapa tunang yang dia ada sekarang nie? Benak fikirnya mengutarakan pertanyaan yang lain pula. Dua- duanya cantik pula tu? Apa yang tak kena dengan mamat nie? Kata bukan gay! Hati Hussein menggerutu dengan kata- kata.

“Habiskan pizza tu. Jangan membazir,” pesan Qaish sebelum langkah yang dipasang menghilang di balik dinding tangga. Hussein masih lagi di situ. Masih lagi termanggu dengan seribu satu rahsia yang masih belum dapat dibongkar kesemuanya. Majalah Maskulin yang masih elok terletak di atas meja digapai dan diselak laju.

Eilmi Zahrin! Nama itu tertera jelas di matanya. Iskandar konon! Tempelak Hussein kemudian. Kau ingat public figure macam kau nie, aku tak boleh nak cam? Marah Hussein pula. Setiap artikel yang berkaitan dengan lelaki itu dibaca satu persatu. Figura gadis tinggi lampai di sebelah jejaka macho itu diperhatikan sejenak. Anak matanya tercari- cari artikel yang berkaitan dengan gadis itu.

Cik Zara Elina Tan Sri Raiz Zainuddin. Tunang kepada CEO PUTIH ini lebih menggemari aktiviti lasak. Kenyataan itu tertulis jelas di mata Hussein. Malah ianya dapat difahamkan dengan mudah oleh otaknya. Aik, perempuan nie pun tunang dia juga? Hebat betul dia nie! Tunang sampai tiga orang... last- last, dah tak tahu nak nikah yang mana satu! Terpaksa pulak upah orang culik tunang- tunang dia yang lain. Macam nie punya manusia pun ada? Dunia... dunia! Bebel Hussein seraya menggaru kepala.

Majalah itu diletakkan semula ke atas meja setelah minatnya pada kepingan pizza yang masih terhidang di hadapan mata tidak dapat ditepis. Hingga ke saat ini, akal fikirnya masih pudat memikirkan lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Iskandar. Hebat! Hebat! Mulutnya masih lagi memuji. Cantik- cantik pulak tunang dia. Kalau macam tu, aku pun nak buka butik pengantin jugalah. Mana tahu boleh dapat gadis- gadis cantik! Suara Hussein penuh minat. Tangannya menggapai kepingan pizza yang baru.

Dalam relung waktu yang merangkak pergi. Dia terkenangkan seseorang yang pernah hadir di dalam hidupnya. Husna! Gadis itu pun tidak kurang cantiknya tapi... nak dapat gadis secantik Husna pun payah... inikan pula gadis secantik Tengku Adelia! Perempuan dalam gambar nie...? Lagilah tak ada harapan! Hussein mula mengejek diri sendiri. Dalam keluhan itu, hatinya mengulit rindu yang jauh. Rindu yang masih sukar untuk dikikis dari kisi- kisi hatinya.

Cantiknya budak nie! Lembut sekali hati lelakinya memuji hingga datang pula satu bayangan yang lain. Apa sebenarnya yang tak kena dengan CEO PUTIH tu? Akal fikir Hussein gagal merentasi sempadan yang lain bila soalan yang kerap kali ditanya kembali menerjah diri. Termenung dia di situ dalam mencari jawapan. Apa- apa pun, mamat tu memang hebat! Akhirnya, Hussein cuba memujuk diri untuk akur pada sebuah kenyataan. Kira- kira begitulah walau di hati, ego lelakinya masih memberat bila dilayut cemburu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku