MR. AND MRS.
Special Teaser - 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2262

Bacaan






INAI di jari masih merah. Ucapan selamat pengantin baru masih lagi bertubi -tubi masuk ke corong telinga Eilmi Zahrin. Dia bingkas dari katil, pandangannya meluru ke lantai. Wafa masih nyenyak dibuai mimpi biarpun matahari sudah mula menampakkan diri.

Langkahnya masuk ke kamar mandi. Air pancuran dibuka luas. Mulutnya menyanyi- nyanyi kecil. Setelah itu, dia melangkah keluar. Almari baju dibuka, t shirt putih ditarik keluar dan disarukkan ke badan. Tika itu, pandangannya terbuang ke arah Wafa yang menggeliat kemalasan.

“Dah pagi ker? Rasa baru sekejap tadi kita solat subuh,” keluh gadis itu dengan mata yang masih tertutup. Eilmi Zahrin tidak menjawab pertanyaan itu. Dia turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama ibubapanya. Rutin pagi itu tidak akan berubah walaupun dia sudah beristeri.

“Puan Widad mana?” tanya gadis Sunda itu dengan muka hairan.

“Dia masih mengantuk,” jawab Eilmi Zahrin saat dia duduk di kerusi. Puan Julia memandang anak lelakinya dengan senyum separuh.

“Tidur lambat ya malam tadi?” usik Tatiana.

“Nama pun pengantin baru Tati,” sela Puan Julia. Tatiana senyum lagi.

“Biar cepat dapat cucu ya Ibu,” Tatiana masih tidak mahu diam. Tuan Zakarian ketawa kecil mendengarnya.

“Eilmi dah siap packing apa yang nak dibawa? Petang nanti kita nak bertolak dah...” Puan Julia menukar tajuk perbualan.

“Eilmi terlupa nak beritahu mama yang kami tak dapat ikut mama dan papa ke Italy. Widad fobia dengan kapal terbang. Last time dia balik dari UK, kapal terbang tu ada masalah enjin. So dia nak kami berbulan madu di sini. Jadinya, mama dan papa sajalah yang pergi. Tati ikut sekali ya,” jawab Eilmi Zahrin.

Puan Julia terpana. Ketika itu, Wafa menampakkan diri. Bau nasi goreng kampung membuatkan matanya tidak mahu pejam. Kerusi kosong di sebelah suaminya ditarik sebelum pinggulnya dihenyak.

“Eilmi kata, Widad fobia dengan kapal terbang?” tanya Puan Julia untuk kepastian. Anak gadis itu terpinga sejenak bila dia gagal mengikuti hujung pangkal cerita dua beranak itu.

“Maksud mama?”

“Kami dah lama merancang nak bawa Widad berbulan madu di Italy tapi kami tak tahu pula yang Widad fobia dengan kapal terbang,” jelas Puan Julia dengan muka berkerut. Wafa pantas mengukir senyum di bibir. Bulan madu? Italy? Kenapalah si tokek nie tak nak bincang dulu dengan aku? Nie mesti dia tak mau bawa aku pi Italy! Wafa mengomel dalam hati.

“Semalam kan sayang cerita kat abang yang last time kapal terbang yang sayang naik tu ada masalah enjin,” sampuk Eilmi Zahrin. Renungannya menekan.

“Begini kisahnya mama, masa saya naik kapal terbang tu, tiba- tiba ada penumpang menjerit api! Api! Rupanya sayap kanan pesawat terbakar lepas tu kami semua terdengar bunyi letupan yang sangat kuat. Beberapa saat kemudian, kapal terbang tu menjunam laju ke laut. Masa tu saya rasa panik sangat mama…” cerita Wafa tergantung di situ.

Kerut di wajah Puan Julia dan Tuan Zakarian bukan lagi sesuatu yang dibuat- buat bila cerita Wafa kedengaran sangat tragik. Eilmi Zahrin turut terpana apabila kisah dari mulut Wafa dikira sesuatu yang berada di luar logika. Agak- agaklah pun kalau nak membuat cerita! Detik hatinya geram.

“Kemudian, apa jadi?” tanya Tatiana yang dari tadi melopong.

“Kemudian saya pun tersedar. Rupa- rupanya semua tu hanyalah mimpi semata – mata tapi perasaannya seperti betul- betul sampai saya rasa fobia nak naik kapal terbang lagi,” sambung gadis itu dengan muka selamba badak. Tatiana memandang muka Puan Julia dan Tuan Zakarian.

“Oh mimpi rupanya,” ujar hati Eilmi Zahrin lega bila pengakhiran cerita sadis Wafa berakhir dalam kotak logika.

“Jadinya sebab mimpi tulah, Widad tak mahu ikut mama dan papa ke Italy?” tanya Puan Julia sekali lagi. Menantunya pantas mengangguk. Puan Julia melepaskan keluhan hampa. Wajah- wajah kecewa jelas bertaburan di mata Wafa.

“Kalau begitu, Eilmi bawalah Widad bulan madu di sini dan pastikan ianya bulan madu yang terindah buat kamu berdua,” pinta Tuan Zakarian setelah sunyi melitupi pertemuan. Eilmi Zahrin cuma mengangguk. Kata- kata yang keluar dari mulut ayahnya itu tidak mendiam lama di benak fikirnya. Dia bingkas setelah nasi goreng kampungnya sudah habis dijamah. Dan Wafa masih lagi di situ. Suapan nasinya nampak begitu menyelerakan.

“Tambah lagi Widad,” pinta Puan Julia. Wafa menggeleng. Dia tidak mahu perutnya jadi terlalu kenyang. Kelak nanti, dia akan membuta sampai ke tengahari. Setelah itu, Wafa meminta diri. Langkahnya maju ke tingkat atas. Di anak tangga terakhir, dia berselisih pula dengan Eilmi Zahrin.

“Awak nak ke mana?”

“Nak ikut? Jomlah...” pelawa lelaki itu. Wafa mencebik. Dia berfikir- fikir bersama langkah yang teragak- agak. Dan sudahnya, dia turun semula ke tingkat bawah. Jejak langkah Eilmi Zahrin dicari hingga dia menemui figura itu di taman Orkid Puan Julia.

”Berkebun rupanya. Ingatkan ke mana tadi,” ngomel Wafa sendirian. Dia duduk di bangku batu. Ikan- ikan Gupi dan Koi menarik perhatiannya.

“Kenapa awak tak mahu bawa saya ke Italy?” soal Wafa tiba- tiba.

“Sebab nama yang ada pada tiket kapal terbang tu nama Widad bukan nama awak, Wafa!” tegas Eilmi Zahrin. Dari riak mukanya, dia seperti tidak suka dengan soalan itu. Soalan bodoh mungkin! Wafa mencemek.

‘Macam mana? Awak dah buat keputusan?”

“Keputusan apa?”

“Tentang tawaran saya semalam.”

“Maaf, tawaran awak terpaksa saya tolak. Saya tetap nak bekerja. Saya cepat bosan kalau duduk terperap kat rumah,” Wafa mengemukakan alasan. Tangannya mengelus lembut kelopak orkid merah. Eilmi Zahrin mengangguk. Dia sudah mengagak jawapan itu dari awal lagi.

“Saya nak pergi ke balai polis hari nie untuk buat laporan kehilangan Widad.”

“Salah besar kalau awak buat laporan palsu. Lagipun Widad bukan budak sekolah lagi. Dia dah cukup matang untuk menjaga diri sendiri.”

“Saya bukan nak buat laporan palsu.”

“Saya tak izinkan awak pergi sebab saya yakin dia tak hilang tapi dia sengaja menyembunyikan diri dia dari saya seperti mana yang dia pernah buat pada Aaron dulu.”

Wafa terdiam terus apatah lagi saat itu sebuah Mercedes Benz muncul di laman banglo sebelum seorang pemuda bertubuh sasa menampakkan diri. Eilmi Zahrin pantas menggamit kehadiran itu.

“Kenalkan isteri saya, Puan Widad,” dia memulakan perbualan tiga mata.

“Sayang, mulai hari ini, Daniel abang gajikan sebagai pengawal peribadi merangkap pemandu sayang,” tambahnya saat Daniel duduk di hadapan Wafa. Gadis itu terpana, keningnya yang lebat mula bercantum. Pandangannya tercampak ke wajah Daniel.

“Saya tak perlukan pengawal peribadi apatah lagi pemandu! Saya bukan musuh sesiapa hingga awak perlu kawal setiap pergerakan saya! Saya tak pernah cari pasal dengan orang lain pun!” bantah Wafa terang- terangan. Daniel terpinga bila layanan Wafa dilihat agak kasar.

“Yes, you need it babe. Believe me…”

Wafa bingkas. Dia benci sikap pura- pura cinta lelaki itu di hadapan lelaki upahannya. Kakinya naik terus ke tingkat atas. Pintu bilik dikatup rapat tetapi tidak mahu dikunci. Dalam gerak perlahan, dia melangkah ke tingkap. Kain bidai diselak sedikit.

Gelagat dua orang lelaki di bawah pokok temu membayangi ruang mata. Biar betul si tokek nih! Siap carikan aku pengawal peribadi merangkap pemandu lagi. Hensem pulak tu. Dahlah hensem... sado jenis tak ingat. Ish... silap haribulan boleh jadi skandal atau dia sengaja nak menguji aku? Huh! Silap besarlah kau tokek ooii...! Wafa masih lagi mengomel di sudut itu biarpun kain bidai sudah lama dilepaskan.

“Dah puas skodeng?” tegur satu suara. Wafa berpusing seratus lapan puluh darjah. Terkebil- kebil matanya melihat figura Eilmi Zahrin yang entah bila munculnya.

“Tak payah nak sarkastik sangatlah. Kalau suka tu cakaplah suka!” sinis anak muda itu saat langkahnya ingin masuk ke kamar mandi. Bunyi pancuran air membuatkan Wafa mula menghentak- hentakkan kakinya ke lantai. Malu yang berpugut tidak dapat dibuang. Sarkastik? Dia kata aku sarkastik? Bahasa apa tu? Atau ianya singkatan dari sarkas palstik! Mulutnya membebel tanya bila waktu seakan mentertawakan sikap egonya tadi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku