MR. AND MRS.
Special Teaser - 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3822

Bacaan






GELAK tawa Puan Khalida dan teman- temannya menemui titik mati bila langkah seorang CEO bertaut di mata mereka. Masing- masing terdiam seribu bahasa. “Akak kata semalam, bos kita pergi bulan madu kat Italy. Tu yang tercongok keluar dari pintu lif tu sapa pulak?” suara Che Norazlina perlahan. Puan Fida tidak mampu bersuara. Tangannya memegang lengan Puan Khalida.

Morning guys...kenapa muka awak semua macam nampak hantu?”

“Boss bukan pergi honeymoon ker? Apa boss buat kat sini?” Mukhlis memberanikan diri bertanya. Kerut di muka Eilmi Zahrin sedikit menjadi. Langkahnya terhenti di kerusi makan yang menempatkan Puan Khalida dan rakan - rakan.

Honeymoon? Mana awak dapat perkataan tu?” tanya Eilmi Zahrin selamba dalam nada bingung. Mug bersih digapai. Air kopi yang sudah suam- suam kuku dituang ke dalam mug itu hingga penuh.

“Puan Widad tak datang sekali?” tanya Puan Khalida pula. Sekalian yang ada terjenguk- jenguk ke muka pintu yang tidak lagi berpenghuni.

“Puan Widad tak bekerja lagi dengan kita. Dia nak buka syarikat sendiri,” jawab Tuan CEO sebelum air kopi dihirup. Puan Khalida and the gengs terdiam sejenak.

“PA baru Tuan Eilmi ada di pejabatnya. Nanti saya minta dia datang ke bilik Tuan Eilmi untuk seisi suai kenal,” suara Puan Fida setelah keadaan semakin hening. Eilmi Zahrin mengangguk. Air kopi yang masih berbaki tidak dihirup hingga habis. Dia bingkas dari kerusi itu.

“Maaf ganggu,” ringkas anak muda itu sebelum langkahnya disusun pergi. Dan keadaan kembali riuh dengan segala macam soalan. Puan Khalida kini bagaikan sebuah kaunter pertanyaan.

“Nanti saya siasat hal nie!” suara Puan Khalida nampak tertekan. Dan masing- masing mengangguk. Seorang demi seorang bingkas dari ruangan itu. Dan yang tinggal hanyalah Puan Khalida dan Puan Fida. Dua orang manusia itu masih lagi berbisik- bisik sesama sendiri. Seperti ada rahsia– rahsia baru yang harus dibongkar isinya.

“Ada yang tak kena nie Fida,” bebel Puan Khalida. Puan Fida mengangguk tanda setuju. Kerut di mukanya tidak ubah seperti kertas yang sudah direnyuk- renyuk.

“Tak apa. Nanti saya telifon Widad dan tanyakan hal yang sebenar,” Puan Fida memberi jaminan. Kali ini, Puan Khalida pula yang mengangguk. Melihat detik jam di tangan, Puan Khalida bingkas. Langkahnya tergesa- gesa menuju ke bahagian Heads Fashion Designer sedang Puan Fida pula bergegas mendapatkan adik lelakinya, Jauhari.

“Boss dah masuk tu. Pergilah jumpa dia. Bawa sekali resume nie… kut- kut dia nak baca,” pinta Puan Fida. Jauhari terpinga.

“Tapi akak cakap tadi, boss kita tak masuk butik dua minggu?”

“Itu tadi tapi sekarang dia dah masuk. Dah! Jangan banyak tanya. Pergi jumpa dia cepat. Kenalkan diri kau tu. Dengar jer apa yang dia nak cakap. Ingat, jangan sesekali melawan. Boss akak tu kadang- kadang ada sengetnya,” nasihat Puan Fida. Hatinya dicalit bimbang. Jauhari tersenyum sendiri. Langkahnya segera dihayun menuju ke pintu bilik CEO.

“Awak Jauhari? Adik Puan Fida?” tanya Eilmi Zahrin mendahului perbualan. Jauhari mengangguk. Dia duduk di hadapan lelaki yang hampir sebaya dengan umurnya.

“Saya terima awak bekerja di sini sebagai PA saya kerana jasa dan ketekunan kakak awak bekerja di butik nie. Jadi saya minta, awak buat kerja dengan bagus dan jagalah nama baik kakak awak tu.” Jauhari mengangguk lagi.

“Awak geli tak dengan cicak?” tanya Eilmi Zahrin pada saat berikutnya. Pertanyaan yang jauh menyimpang dari perbualan asal. Jauhari terkedu. Wajahnya dititik rasa hairan.

“Saya ok jer dengan reptilia tu. Kenapa boss?” soal Jauhari ingin tahu. Eilmi Zahrin mengukir senyum gembira. Dengan pengakuan yang penuh berani itu, kini misinya untuk mengenakan Wafa dikira sudah pun bermula.

“Tugas pertama awak sebagai PA saya, saya mahu awak dapatkan saya anak cicak yang sedang- sedang besarnya, kira macam remajalah. Kalau boleh saya nak awak cari anak cicak yang jenis licin badannya dan seakan- akan telus tulang belakangnya... boleh?” pinta Eilmi Zahrin. Jauhari makin terkemam. Terkebil- kebil matanya melihat wajah boss yang dikatakan senget otaknya oleh Puan Fida tadi.

“Boss nak saya cari cicak ker tokek? Kalau cicak, orang tak bela boss tapi kalau tokek ramai yang suka,” ujar Jauhari cukup spontan. Eilmi Zahrin terdiam. Tokek? Ulangnya sendiri. Jangan- jangan dia perli aku!

“Boss?” 

“Saya nak cicak! C.I.C.A.K, cicak! Bukannya tokek!” tegas Eilmi Zahrin. Jauhari pantas mengangguk.

“Ambil duit nie, buat belanja awak untuk cari cicak yang bertuah tu. Kalau boleh saya nak cicak tu hari nie juga. Awak pergilah cari kat mana saja yang awak nak. Tepat jam 4.59 petang nanti, cicak tu mesti berada di bilik nie sebab minit yang berikutnya, saya nak balik rumah. Dan pastikan cicak tu cicak yang sihat walafiat. Jauh dari segala macam virus dan penyakit. Paling penting sekali, saya nak cicak tu hidup- hidup,” sambung Eilmi Zahrin. Jauhari menggaru kepala. Not seratus diraihnya juga namun majikannya masih belum mahu melepaskan kepingan kertas itu sepenuhnya.

“Tolong jangan sebut perkataan tokek di depan saya lagi. Saya tak suka! Faham!” tegasnya dengan renungan yang melekat. Jauhari pantas mengangguk. Sekeping not ungu dimasukkan terus ke dalam kocek seluar. Langkahnya laju meninggalkan bilik itu. Matanya tercari- cari di mana letaknya figura Puan Fida.

“Kak Long,” gamit Jauhari perlahan. Puan Fida langsung berpaling.

“Macam mana? Apa boss cakap?”

“Kak... saya rasa boss akak tu bukan lagi dalam kategori senget. Itu sewel namanya kak,” bisik Jauhari ke telinga kakaknya. Puan Fida ketawa.

“Maksud akak tadi, kadang- kadang dia tu ada sengetnya tapi yang selalunya... macam yang kau cakap tu lah. Hah, kenapa pula kau kata dia sewel? Apa yang dia dah buat kat kau?”

“Dia suruh saya carikan reptilia bernama cicak. Kalau boleh dia mahu cicak tu yang sedang- sedang remajanya, macam anak dara suntilah konon. Lepas tu pulak, cicak tu jenis yang licin dan tulang belakangnya seperti lutsinar. Seperkara lagi, dia nak saya pastikan yang cicak tu sihat walafiat dan bebas dari segala macam virus ataupun penyakit. Saya nie bukannya doktor veterina kak. Saya belajar pun ambil jurusan perhotelan bukan kaji bedah haiwan!” bebel Jauhari.

“Cicak? Dia nak buat apa dengan cicak?” tanya Puan Fida lagi.

“Entahlah kak… saya ingatkan tadi, dia nak suruh saya carikan dia, tokek. Setahu saya, orang sekarang nie tergila- gilakan tokek sebab harganya makan riban kak tapi dia tergila- gilakan cicak. Lagipun dari ayat dia bercakap tadi, macam dah tak betul jer boss akak tu.”

Puan Fida menggaru kepala. Terlalu banyak cerita dari mulut adiknya membuatkan benaknya penuh dengan satu kisah tapi apa yang paling merumitkan fikirannya kini, benarkah Tuan Eilmi sudah tidak siuman?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku