MR. AND MRS.
Special Teaser - 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7267

Bacaan






BAJU kebaya yang menutupi tubuhnya diperhatikan dengan senyum penuh. Baju ini membuatkan dia nampak bertambah cantik pula. Wafa memuji diri sendiri. Setelah berpuas hati dengan penampilannya pada malam itu, langkahnya diaju turun ke tingkat bawah. Encik suami yang sudah hampir satu jam menunggu di ruang tamu bingkas dari sofa satu.

Namun tiada senyum yang terukir di wajah itu. Kalau nak diikutkan, muka si tokek tu lebih masam dari cuka di dapur! Langkah Wafa terhenti di anak tangga. Dari renungan mata Eilmi Zahrin yang tajam seperti singa naik angin itu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Takkan dia marah aku bersiap lama kut? Biasalah orang perempuan, kalau nak ke majlis makan makan, mestilah kena bersolek sedikit. Wafa membenamkan kata- kata itu ke dalam hatinya.

“Kenapa awak pakai baju tu?” suara itu masih dapat dikawal nadanya. Wafa terkemam. Pasal baju rupanya! Kenapa pulak aku tak boleh pakai baju nie? Bukannya ada terdedah sana sini pun! Bebelan Wafa jadi panjang.

“Pergi tukar baju lain!” arah Eilmi Zahrin serta merta.

“Kenapa saya tak boleh pakai baju nie?” akhirnya Wafa bersuara. Dia ingin benar tahu, apa yang tidak kena di mata lelaki itu tentang baju yang dipakainya.

“Itu baju Widad kan? Kenapa awak pakai baju dia!” tanya Eilmi Zahrin kemudian. Wafa terpana. Direnungnya wajah itu dengan sinis.

“Awak sendiri yang cakap kat saya yang awak dah lupakan dia tapi kenapa awak jadi marah- marah pula bila saya pakai baju dia? Baju nie masih elok. Cantik pula dan masih boleh dipakai,” bilas Wafa penuh emosi. Eilmi Zahrin melangkah beberapa tapak ke hadapan.

“Jangan nak bersoal jawab dengan saya. Pergi tukar sekarang!”

“Saya tahu, awak masih cintakan dia. Awak masih tak dapat nak melupakan dia. Awak masih tak berupaya untuk menerima hakikat sebenarnya dan semua kenyataan itu, awak tutup dengan ego sendiri.”

“No! Thats not true!”

“Habis tu, apa yang betulnya? Mengaku sajalah Tuan Eilmi Zahrin. Saya tak kisah pun. Jangan sangka saya cemburu! Sekelumit rasa pun tak ada cuma ego awak tu buat saya muak!”

Eilmi Zahrin menarik nafas panjang. Tali leher yang kemas terikat di kolar kemejanya sudah pun dilonggarkan. Keinginannya untuk keluar makan malam bersama Wafa sudah tinggal separuh malah kurang lagi dari itu. Dia naik ke tingkat atas dengan hati yang pengap.

“Kenapa awak takut nak meluahkan perasaan mengikut kenyataan? Hari tu, awak kata saya sarkastik tapi awak lebih teruk dari itu,” cemuh Wafa di muka pintu. Ternyata, gadis itu masih berminat untuk membicarakan hal yang sama. Eilmi Zahrin duduk di birai katil. Butang baju kemejanya dibuka satu persatu.

Why you so emo now?” perli anak muda itu.

“Awak tu yang emo! Salah ker saya pakai baju Widad? Awak sendiri yang cakap dengan saya yang awak dah lupakan dia tapi...” perkataan Wafa terhenti bila Eilmi Zahrin meletakkan jari telunjuk di mulutnya.

“Saya tak suka awak pakai baju nie sebab ia dijahit oleh Aaron bukan sebab Widad. Saya tak nak hasil tangan musuh saya melekap di badan isteri saya. Itu paling menghinakan! Thats it... tapi saya tak salahkan awak sebab mungkin awak tak tahu yang baju tu dijahit oleh Aaron,” ujar Eilmi Zahrin.

Wafa terkemam. Wajahnya yang tegang berubah kendur. Langkah suaminya yang menuruni anak tangga dipandang hingga hilang. Dia menggaru kepala sejenak. Kenapa aku tiba- tiba melenting? Takkan aku cemburu? Wafa jadi tertanya –tanya.

Baju kebaya di badan ditanggal sebelum digantikan dengan t shirt putih dan seluar legging. Perutnya sudah berkeroncong. Mahu tak mahu, langkahnya turun juga ke tingkat bawah.

“Dah habis bertapa?” sinis Eilmi Zahrin sebaik saja anak matanya terpandangkan figura Wafa di ruang makan. Mungkin kerana sudah dua jam dia menunggu gadis itu di situ.

“Saya lapar,” jujur Wafa. Eilmi Zahrin merenung wajah itu tanpa rasa kasihan.

“Lain kali, jangan banyak mulut. Kalau awak ikut jer cakap saya tadi, mungkin sekarang nie, kita sedang menikmati hidangan makan malam yang paling sedap di Kuala Lumpur nie,” sinis lelaki itu lagi sekali. Wafa terdiam. Salad yang masih banyak berbaki di dalam mangkuk kaca dipandang dengan muka berselera.

“Its mine!” suara Eilmi Zahrin seraya meraih mangkuk salad itu dan memeluknya rapat- rapat ke dada. Pandangan mata Wafa jadi membulat.

“Tamaknya awak nie,” ucapnya geram. Eilmi Zahrin mula membuat muka.

“Mama dah balik,” beritahu Wafa penuh teruja. Pandangan Eilmi Zahrin pantas berkalih ke muka pintu dan pada saat itulah Wafa mencuri mangkuk salad yang berada dalam pegangan suaminya lalu membawanya lari jauh- jauh dari lelaki itu. Eilmi Zahrin menggeleng kepala bila dia menyedari yang dia sudah ditipu.

“Idea yang bagus tapi saya boleh buat lebih dahsyat dari itu. Nak tenguk?” ugut Eilmi Zahrin. Wafa seakan mengejek- ngejek percakapan itu. Mulutnya mencebik biarpun ia penuh dengan salad. Eilmi Zahrin pantas saja mengejar kelibat itu. Wafa mula berlari ke setiap sudut. Sesekali, senduk dalam mangkuk salad terbawa ke mulutnya dengan isi yang penuh. Eilmi Zahrin menolak meja makannya ke tepi membuatkan ruang untuk Wafa lari sudah pun tertutup.

“Nak lari mana?” tanya Eilmi Zahrin dengan nada berlagak. Wafa masih memikir- mikir cara yang terbaik untuk dia melepaskan diri.

“Ok. Saya surrender. Salad nie awak punya. Saya akan letak atas meja nie dan awak boleh ambilnya tapi tolong bagi saya laluan untuk keluar,” suara Wafa mengalah. Eilmi Zahrin menjengah ke dalam mangkuk itu.

“Dah habis baru nak bagi?” tanya anak muda itu dengan langkah yang makin mendekat. Wafa jadi makin terkebelakang. Dan dia tidak dapat beranjak lagi walau seinci kerana tubuhnya sudah benar- benar merapat ke dinding.

“Apa kata saya buat salad yang baru untuk awak. Bahan- bahan dia masih ada lagi kan?” Wafa membuat tawaran lain. Eilmi Zahrin tetap dengan langkahnya. Kini, dia benar- benar berada di hadapan gadis itu. Dua mata itu bertaut sejenak hingga Wafa merasakan ada satu debaran yang sedang menjalar di dalam degupan jantungnya.

“Eh... janganlah dekat sangat. Saya gigit nanti,” ugut Wafa setelah dia menemui jalan buntu untuk memboloskan diri dari situasi itu.

“Gigitlah kalau berani,” cabar Eilmi Zahrin. Wafa jadi tidak menentu. Dia berpaling ke sisi lain bila figura encik suami benar- benar dekat. Tiba- tiba, jam berdiri jenis kayu Jati yang terletak di sebelahnya berdenting kuat hingga Wafa jadi terkejut terus. Tanpa diduga, figura encik suami dipeluknya tanpa sengaja!


Note Penulis : Terima kasih pada sayang- sayang semua yang terus menyokong karya Mr. and Mrs. Setiap komen dan bintang amat saya hargai walaupun saya tak balas komen sayang- sayang tu sebab kekangan masa but believe me... dalam hati saya, anda semua memang ohsem! Manuskrip ini masih dalam proses edit untuk meringankan bahasa sastera saya supaya ia nampak lebih santai dan akan dihantar untuk penilaian sekali lagi. Wish me luck babe... 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku