MR. AND MRS.
Special Teaser - 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1806

Bacaan






WAFA duduk di sudut luar Yellow Mellow bersama semangkuk salad dan segelas jus lemon. Pandangannya termanggu pada restoran Italy di seberang jalan. Melihat perkataan Italy membuatkan ingatannya menumpuk pada Eilmi Zahrin hingga senyum di bibir terukir tanpa dipinta. Aini yang baru tiba bersama secawan latte dan sepotong cheese cake melihat kelakuan itu dengan hairan yang menggigit.

“Aiik, senyum sorang- sorang nampak. Kes berat nie!” usiknya. Wafa bangkit dari lamunan. Senyum di bibirnya bertukar menjadi tawaan kecil. Salad di dalam mangkuk hanya dikuis- kuis lembut. Seperti ada rindu yang menyelinap masuk ke dalam hatinya. Rindu yang ditujukan khas buat encik suami.

“Aku macam dah tersuka kat si tokek tu. Sifat dia yang selalu tenang tu buat hati aku jadi cair macam aiskrim yang dijemur tengah panas. Kau pun tahu kan yang aku nie alergik dengan lelaki yang terlajak cool,” akui Wafa. Aini senyum lagi.

“Bukan berdosa pun kalau kau jatuh cinta dengan dia. Suami sendiri kut… nak tunggu apa lagi? Luahkan jer lah. Manalah tahu, kalau – kalau dia pun ada rasa yang sama terhadap kau,” Aini mengutarakan pendapat. Wafa menggeleng.

“Aku tahu, dia masih cintakan Widad. Dia masih tidak dapat melupakan Widad,” jawabnya lemah. Aini jadi hilang kata- kata. Kunyahan kek keju di mulutnya termendap tanpa mahu ditelan. Simpatinya pada Wafa jatuh melurut.

“Sebagai seorang sahabat, aku harap kau tak mudah putus asa. Kalau kau rasa sayang dengan pemberian takdir nie, kau harus berjuang untuk mempertahankannya.”

Wafa kembali diam. Entah apalah yang ada dalam fikirannya, tukas Aini.

“Kau bagilah dia masa. Kau cipta kenangan baru dengan dia untuk dia ingat selalu. Mungkin dengan cara tu, dia dapat melupakan Widad,” Aini memberi nasihat.

“Semuanya tak semudah yang kau sangka, Aini. Hingga ke saat ini, aku gagal mempamerkan diri aku sebagai Wafa yang lain di hadapan dia. Wafa yang tak pernah hadir dalam hidup dia. Aku rasa penat semua nie tapi dia tak boleh tahu yang aku dah kenal dengan dia sebelum kami bernikah lagi!Kalau dia tahu, akulah badut pasar malam tu... pasti perang dingin akan tercetus.”

“Aku takkan buka mulut dan aku yakin Widad pun akan buat perkara yang sama. Jadi rahsia kau tu akan selamat di tangan kita bertiga. Kau jangan risau,” Aini cuba meyakinkan Wafa. Saat itu, matanya terpancung lagi ke seberang jalan.

“Itu bukan tokek ker? Siapa perempuan kat sebelah dia tu? Bukan main mesra lagi aku tenguk,” nada Aini sudah berubah. Suaranya menggegar sabunari Wafa. Pandangan itu meluru laju mengikut arah telunjuk Aini. Dua orang manusia yang berdiri di hadapan Restoran Italy dipandang dengan mata yang membulat. Tekaan Aini tidak meleset! Benar, lelaki itu adalah suaminya!

Siapa perempuan tu? Kalau pelanggan butik, takkan sampai nak pegang- pegang tangan. Lagak mereka pun mesra semacam. Kata tak suka perempuan seksi! Ah, lelaki memang pandai berkata- kata! Bebel Wafa di dalam hati. Matanya jadi mengecil bila tangan suaminya berpindah tempat. Pinggang kerengga itu dirangkul tika langkah mereka bersaing melepasi pintu restoran.

“Aku balik dulu Aini,” suara Wafa seraya bingkas. Aini tidak dapat menahan langkah itu. Dia rasa bersalah pula kerana membuka mulut tentang si tokek dan wanita berskirt pendek tanpa memikirkan natijahnya. Wafa langsung masuk ke dalam kereta. Huh, lelaki semuanya sama! Hatinya menyumpah bila bayangan gadis tinggi lampai itu masih tidak mahu pergi dari fikiran.

“Daniel, turunkan saya kat sini. Biar saya balik naik teksi. Sekarang, saya nak awak ikut ke mana saja suami saya pergi dan tolong laporkan kepada saya,” kata arahan yang keluar dari mulut Wafa seperti satu perintah yang tidak boleh dibantah.

“Maaf, keselamatan Puan Widad adalah tanggungjawab saya. Saya harus hantar Puan balik dulu.”

"Widad! Widad! Widad!" keluh Wafa. 

“Daniel please,” rayunya kemudian. Rayuan yang bisa mencairkan hati lelaki Daniel. Pedal minyak makin ditekan. Baginya jarak dan waktu bukan lagi satu masalah cuma untuk mengintip pergerakan majikan sendiri bukanlah satu perkara yang mudah.

“Saya akan maklumkan pada Puan dari masa ke semasa untuk sebarang info tentang Tuan,” ucap Daniel setelah kereta yang dipandunya berhenti di halaman rumah Tuan Zakarian. Wafa mengangguk. Di bibirnya ada senyum yang membias. Senyum yang sudah hilang manisnya!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku