MR. AND MRS.
Special Teaser - 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3318

Bacaan






CERITA Eilmi Zahrin terhenti sejenak. Renungan Irene dibalas dengan mata yang hampir berkaca. Sebolehnya, dia tidak mahu menangis di hadapan gadis itu.

“I tak sangka semua nie berlaku pada you, Eilmi.” Luah Irene.

“Tapi ada sesuatu yang lebih aneh dari itu.”

“Apa dia?”

Eilmi Zahrin mengambil nafas yang baru sebelum ceritanya dilanjutkan.

“Sepanjang perkahwinan kami, I tak pernah rasa kekok dengan dia. Dia pun tak ada rasa kekok dengan I. Macam kami nie dah lama kenal padahal I tak pernah keluar berdua pun dengan dia sebelum kami bernikah.”

Irene jadi semakin penasaran dengan cerita yang didengarnya. Memang tak masuk akal tapi ianya benar- benar berlaku.

And you know what, perkara yang paling aneh sekali berlaku bila baju nikah yang I jahitkan untuk Widad boleh nampak sempurna di badan dia.”

“Ada lagi yang aneh dari itu?”

“Cara dia merenung mata I, cara dia senyum, cara dia marah, kata- kata dia, perlakuan dia tak ubah seperti Widad. I rasa seolah- olah I kahwin dengan Widad walau hakikatnya jauh dari itu.”

Irene mengeluh perlahan.

“I harap semua nie bukan mainan perasaan you semata, Eilmi. Kecewa ditinggalkan menjelang hari pernikahan, laranya sangat dahsyat dan boleh makan dalam…”

“Irene, I tak berkhayal. I cakap betul.”

“Eilmi, maksud I tadi… kecewa ditinggalkan kekasih, laranya bukan sedikit apatah lagi bila kita ditinggalkan saat pernikahan menjelang tiba tapi I tak nampak luka- luka kecewa di mata you. Sedikit pun tak ada Eilmi atau semua itu dapat you pendamnya jauh- jauh?”

Eilmi Zahrin terhenyak dengan kenyataan itu. Agak lama dia mendiamkan diri. Dan Irene seperti seorang yang sangat memahami. Dia memberi ruang yang diperlukan lelaki itu untuk berfikir secara rasiaonal.

“Jujurnya, I juga keliru dengan apa yang berlaku. Memang I ada rasa sedih, kecewa dan terluka tapi bila I berhadapan dengan Wafa, I jadi lupa dengan semua tu. I rasa seolah- olah Widad tak pernah tinggalkan I.”

“Perasaan tu salah Eilmi.”

“Salah? But she’s my wife, Irene! Hukum sudah pun menghalalkan!”

“Tapi dia bukan Widad walaupun dia nampak seperti Widad! You kena ingat tu Eilmi… kalau you menyintai dia kerana dia seperti Widad bermakna you telah pun melakukan kesilapan yang sangat besar. Dan you harus perbetulkan semula kesalahan itu. You harus belajar untuk menyintai dia sebagai Wafa, isteri yang telah pun ditakdirkan olehNya untuk hidup you.”

“I can’t!”

“Eilmi…”

Eilmi Zahrin mengeluh terus.

“Kalau you permainkan hati dia dengan permainan you nie, keadaan akan jadi lebih buruk.”

“Irene… perkahwinan kami takkan membawa ke mana. Bila sampai masa dan ketikanya, I harus lepaskan dia.”

Irene merenung wajah itu. Dia tidak menyangka kata- kata seperti itu keluar dari mulut Eilmi Zahrin. Kenapa semudah itu mereka mempermainkan ijab dan kabul? Sungguh pun dia seorang yang jahil tentang agama tapi dia amat menghormati kesucian yang ada dalam ikatan ijab dan kabul.

“Jauh you melamun.”

Oh dear… mungkin you sudah lupa tentang satu perkara. Eilmi, di negara kelahiran kita, lelaki yang mempermainkan ikatan ijab dan kabul adalah lelaki yang dipandang hina dan sentiasa dibenci oleh masyarakat…”

Eilmi Zahrin tersentap bila Irene menyebut perkara itu kepadanya. Bertahun- tahun dia tinggal di Malaysia membuatkan dia terlupa dengan kesantunan jiwa negara kelahirannya sendiri.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku