MR. AND MRS.
Special Teaser - 7
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3105

Bacaan






COACH! Jenama terkemuka itu berlegar-legar di kotak fikiran Wafa. Dia beli beg tangan Coach? Lepas tu, dia hantar minah seksi tu balik Shangri La. Hurm... patutlah dia beria- ria nak ajak aku makan malam kat Shangri La dua tiga hari nie, rupanya ada buah hati kat sana. Tokek! Tokek! Kuala Lumpur nie tak besar mana pun untuk kau simpan skandal kau tu! Cemuh Wafa cemburu dengan muka cemberut.

Nasib baik dia tahu macam mana nak pujuk aku! Beg tangan Coach berharga puluhan ribu ringgit sudah terbayang di mata. Cahaya lampu kereta di luar rumah menyuluhi bidai jendela. Wafa bingkas dari katil. Entah kenapa, dia jadi gementar pula. Tirai jendela dikuak sedikit kala telinganya menangkap bunyi enjin kereta dimatikan. Wafa langsung duduk di atas sofa panjang. Majalah Mingguan Wanita keluaran Oktober digapai dan dibuka hingga ke halaman tengah.

Klik! Bunyi tombol pintu dipulas membuatkan jelingannya tertangkap ke muka pintu. Pandangannya membungkam pada langkah- langkah Eilmi Zahrin yang kosong tanpa beg Coach di tangan. Jelingan Wafa bertukar ke dada majalah. Muncungnya jadi panjang sedepa. Setelah jejak suaminya menghilang di dalam kamar mandi, dia langsung turun ke tingkat bawah. Hampir satu rumah dijejak, semata- mata untuk mencari di mana diamnya beg tangan wanita yang berharga puluhan ribu ringgit itu.

Sepuluh minit berikutnya, Wafa mencekak pinggang di ruang tamu setelah penat mencari. Pelbagai andaian menunjal fikiran, mengembalikan segugus rasa yang menyakitkan di putik jiwa. Mundar mandir langkahnya diselang selikan dengan keluhan berat. Dia perlu menghubungi Daniel untuk sebuah kepastian tapi untuk dia bercakap- cakap dengan lelaki itu pada waktu- waktu begini, bukanlah satu tindakan yang bijak.

“Awak cari apa?” tanya Eilmi Zahrin di anak tangga. Wafa berkalih pandang. Tubuhnya terkujat di situ tanpa sebarang jawapan.

“Err... saya cari gelang tangan saya. Entah di mana jatuhnya,” jawab Wafa lambat. Nadanya mempamerkan bakat lakonan yang hebat. Eilmi Zahrin termanggu sekejapan. Mungkin juga sedang berfikir gelang apakah yang dimaksudkan oleh isterinya.

“Satu rumah saya dah cari tapi masih tak jumpa. Kalau saya cari dalam kereta awak boleh tak? Mana tahu kalau- kalau tercicir kat kereta awak tu?” tanya Wafa. Eilmi Zahrin mengangguk. Wafa kembali melangkah. Kunci kereta Skyline digapai dan kakinya sedikit berlari menuju ke garaj depan.

“Entah- entah, dia terlupa nak bawa masuk. Manalah tahu, kalau- kalau beg tangan tu masih ada dalam kereta,” ucap Wafa seperti mengharap. Senyum di bibir nampak mengembang namun senyum itu kuncup semula setelah apa yang dicarinya masih gagal ditemui. Wafa membuka bonet belakang. Kotak- kotak yang kemas tersusun digeledah perlahan. Lalu, muncung tenok di bibirnya jadi bertali.

“Awak pernah duduk kat bonet ker?” tanya Eilmi Zahrin tiba- tiba. Wafa terperanjat.

“Err... tak. Saya saja jer cari kat bonet nie untuk puaskan hati saya.”

“Untuk puaskan hati awak? Awak cari gelang tangan ker cari beg tangan Coach?” sindir Eilmi Zahrin kemudian. Tangannya memaparkan pesanan whatsaap yang tertera di telifon bimbit gadis itu. Pesanan ringkas yang datang dari Daniel beberapa minit yang lalu terpampang jelas di mata Wafa.

“Awak tak ada hak nak selongkar telifon bimbit saya!” ucap Wafa mula berang. Telifonnya cuba diambil dari tangan itu namun Eilmi Zahrin tidak membenarkannya.

“Saya tak ada hak nak tenguk telifon awak tapi awak ada hak pula nak suruh Daniel intip semua pergerakan saya?” bidas lelaki itu. Wafa terdiam. Empat mata itu saling berlaga.

“Jadi betullah tekaan saya. Beg tangan tu awak beli untuk perempuan tu kan? Sweet sangat. Dah lama ada skandal?”

“Perempuan tu ada nama. Irene,” tutur Eilmi Zahrin dengan lagak bersahaja. Wafa mengerling tajam. Hatinya jadi bertambah sakit dengan lagak selamba suaminya itu.

“Nak tanya sikit, yang awak tiba- tiba jer nak ambil tahu semua hal saya nie kenapa? Takkan sebab cemburu kut? Saya nie kan hanya suami atas kertas! Tak payahlah nak cemburu sangat. Buang masa jer. Bagi balik kunci kereta saya tu. Nanti hilang, saya pula yang susah,” leter Eilmi Zahrin. Leteran yang menyelusup masuk ke celah- celah ruang yang ada. Terkesima Wafa di situ. Mahu tak mahu, kunci kereta itu diserahkan kepada suaminya.

“Tunggu apa lagi? Awak nak tidur luar ker?” Wafa pantas melangkah.

‘Bagi balik telifon saya,” tegas Wafa kala langkahnya sudah masuk ke dalam rumah. Eilmi Zahrin langsung naik ke tingkat atas bila telifon bimbitnya menjerit- jerit minta diangkat. Wafa terpaksa menjejaki langkah itu hingga ke dalam bilik.

Babe...” sapa Eilmi Zahrin mesra bila talian telifonnya bersambung.

Wafa duduk semula di sofa panjang. Muncungnya sudah bertaut! Sedang Eilmi Zahrin bicara di mulutnya kedengaran indah belaka. Sesekali tawanya menyelit dan sesekali itulah, hati Wafa jadi tersepit hingga nafasnya terbuang dalam rabung yang sempit.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku