MR. AND MRS.
T9 &T10
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 27 April 2014
IRONINYA SAYANG... MEMILIKIMU LEBIH SUKAR DARI MEMBUNUH SETERU!
Penilaian Purata:
(63 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
17353

Bacaan






TEASER 9

EMPAT puluh minit berikutnya, Widad sudah pun berada di lobi sebuah hotel lima bintang. Pandangannya menyusur ke segenap ruang. Dari satu arah, Eilmi Zahrin kelihatan melambai. Langkah Widad jadi kemas ke satu arah. Sekemas kemesraan yang ditunjukkan oleh Eilmi Zahrin di mata umum yang melihat. 

“Kenapa mesti Merlia, Eilmi?” 

“Awak tahu sebabnya Widad tapi masih mahu bertanya,” sinis Eilmi Zahrin. 

“Ini bukan perkara main- main. Awak kena beritahu semua orang di luar sana kebenarannya!” 

“Beritahu apa? Beritahu mereka yang awak lari tinggalkan saya dua hari sebelum majlis nikah kita bermula?”

Widad mengeluh. Sorotan matanya tidak lagi melekap di wajah Eilmi Zahrin.

“Senyum sikit sayang. Semua mata sedang memandang ke arah kita,”pinta lelaki itu kemudian. Bisikannya mencuit mesra.

“Awak pasti yang Ungku Shamrin dan Zara ada buat tempahan makan malam di sini? Merlia bukanlah satu- satunya hotel kegemaran Sham dan Zara,”ujar Widad. Jujurnya, dia rasa kurang selesa dengan pertemuan itu. Dia bimbang kalau- kalau Wafa muncul pada saat yang tidak diduga. Dia takut situasi akan bertukar buruk dari apa yang direncanakan.

Dua bentuk figura yang sering menjadi perhatian media itu duduk dengan selesa di sudut hadapan Piano Lounge. Sesekali senyum di bibir Widad berubah menjadi tawa kecil. Kebahagiaan mereka benar- benar terserlah. Itulah satu- satunya hakikat yang sedang dilakonkan oleh dua orang manusia yang terjerat dengan konflik dan tragedi pengantin lari.

“Awak datang sini hanya untuk makan salad?” 

“Salad and cheese cake. Rugi tau kalau awak tak cuba.” 

Widad mencebik. Dia cepat loya dengan bau hamis cheese! Uwekk... mulutnya menahan rasa mual bila lelaki itu menyuakan sesudu kecil cheese cake ke arahnya. 

“Cubalah sikit...” 

Widad masih menggeleng. Pandangannya tercuri pada dua gerak langkah yang sedang mara ke meja mereka. 

“Hello Mr. and Mrs!” sapa Ungku Shamrin sambil menarik kerusi kosong di sebelah Widad. Eilmi Zahrin mengalih perhatian. Zara langsung duduk di sebelah Widad dan suaminya duduk di sebelah Eilmi Zahrin. 

“Selamat pengantin baru guys!” ucap Eilmi Zahrin mesra. Sepertinya kedatangan itu sesuatu yang sangat dialu- alukan. Zara menggugah senyum terpaksa. Mata dan perhatiannya menumpuk di wajah mulus Widad. 

“Jadi inilah dia perempuan yang you tergila- gilakan selama nie, Eilmi?” sinisnya seperti melepaskan dendam kesumat yang berkarat di hati. Widad jadi kurang selesa bila disindir begitu. 

“Jujur sajalah Eilmi, kau memang kaki stalker kan? Kau cemburu bila dapat tahu, gadis yang kau cinta salama nie rupanya kekasih adik aku. Aku jadi hairan sangat, kenapalah kau suka ambil bekas orang? Banyak lagi gadis di luar sana yang tergila-gilakan kau!” herdik Ungku Shamrin dengan kata- kata panas. 

“Siapa yang ambil bekas siapa sekarang nie, Sham? Lain kali sebelum bercakap tu, fikir baik- baik. Jangan main sedap mulut jer. Aku pun baru dapat tahu yang Widad nie bekas teman wanita adik kau. Bekas yang masih dibalut dengan cantik dan kemas. Bekas yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan. Bekas yang tidak pernah dibuka penutupnya! I think you know better what i means, Sham?” Eilmi Zahrin membalas sindiran itu dengan muka berlagak. 

“Aku pun pernah ada bekas sendiri. Bekas yang boleh aku buka dan tutup sesuka hati aku hingga aku jadi muak dan jijik dengannya tapi aku peliklah bila bekas yang aku muak dan jijik tu, kau kejar sampai ke hujung dunia dan akhirnya kau dapat dia di Mauritius. How cool hah? Kalau bukan kerana ayah dia hartawan, apa lagi yang kau kejar Sham?” tambahnya kemudian. Mata Zara membatu di lantai bila wajah Ungku Shamrin berubah merah.

“Aku tak kisah pun dengan tanggapan kau pada aku terhadap Zara tapi kau harus akui yang ayah mertua aku memang seorang lelaki yang hebat sedangkan kau? Kau kenal siapa ayah mertua kau yang sebenarnya, Eilmi?”

“Ayah mertua aku? Mr. Daim Farnelly. Siapa pun dia, aku yakin dia juga seorang lelaki hebat kerana berjaya mendidik anak gadisnya dengan baik. Apa lagi yang menjadi kebanggaan seorang ayah bila anak perempuannya tetap gadis hingga mereka diserahkan pada lelaki yang halal untuknya?” soal Eilmi Zahrin tepat. Ungku Shamrin ketawa terus. 

“Well... dari sudut lainnya, dia memang lelaki yang hebat tapi hakikatnya, hanya isteri kau saja yang tahu dan aku percaya, dia masih sembunyikan keburukan ayahnya di mata kau untuknya kelihatan sempurna!” sindiran Ungku Shamrin terus meledak. Widad mengerling. Dia tidak suka bila ada pihak yang cuba memburukkan ayahnya.

“My father is a great man!” tegas Widad dengan muka serius. Ungku Shamrin ketawa lagi. Kali ini, tawaannya lebih panjang. Wajah Widad ditenung dengan mata yang nakal. 

“Jujur saja Haryati, buat apa nak malu? Kau sendiri tahukan kenapa adik aku batalkan pernikahan kau orang berdua pada saat- saat akhir dulu? Kau tahu sebabnya kan? Dan kenapa masih mahu berdalih?” Ungku Shamrin mula mengungkit kisah lepas. Pandangan Widad terbabas ke wajah Eilmi Zahrin. 

“Ayah aku tak ada kena mengena dengan pernikahan yang dibatalkan oleh adik kau tu!” tegas Widad lagi. Ungku Shamrin menggeleng kepala. 

“Kenapa masih takut nak berterus terang? Malu? Dia kan suami kau. Aku rasa sebagai seorang suami yang mithali, tentu dia dapat menerima baik dan buruk keluarga kau seperti mana aku menerima baik dan buruknya isteri aku sendiri. Untuk pengetahuan kau Eilmi... Daim Farnelly adalah seorang pengedar dadah yang giat menjalankan kegiatan haramnya di negara luar dan dia telah mati di tali gantung dua tahun lepas atas kegiatan haram yang dilakukannya!” kutuk Ungku Shamrin.

“Kau jangan nak buat fitnah Sham!” marah Widad dengan nada yang masih ditahan biar renungannya padu memberingis. Ungku Shamrin mencebek. Dia bingkas dari kerusi itu dengan hati yang bahagia. 

“Tak perlu nak berselindung lagi, Haryati. Tengku Adellia yang beritahu keluarga aku, siapa ayah kau yang sebenar. Kau mesti tak sangkakan yang Tengku Adellia tega buat kau begitu tapi inilah dunia. Sebaik saja mendengar cerita dari mulut Adellia, Ibu aku terus membatalkan rencana pernikahan kau dengan Aaron sebab ibu aku tak sanggup hidup bermenantukan anak pengedar dadah yang mati di tali gantung. Malu siott kalau orang tahu. Kalau kau nak aku buktikan kata- kata aku nie, aku boleh upah orang untuk buka fail ayah kau tu,” ancam lelaki itu dengan wajah tenang. Kemarahan Widad naik lagi setakuk. Dia ingin bingkas tapi pengangan tangan Eilmi membuatkan dia duduk semula.

“Sham... memandangkan kau dah beritahu aku tentang apa yang berlaku pada ayah mertua aku, aku juga nak beritahu kau sesuatu. Kau tahukan kisah banglo singgah keluarga kau di Janda Baik tu? Semalam, pihak polis telah menemui rangka manusia yang ditanam di belakang lereng bukit banglo singgah kau tu. Aku rasa tentu tidak sukar untuk kau dan rakyat Malaysia yang lain mengimbau semula tentang kehilangan Nurin Qarmila lima tahun lepas. Kalau tak silap akulah kan, waktu Nurin dikhabarkan hilang, dia masih bekerja sebagai setiausaha sulit ayah kau kan?” tanya Eilmi Zahrin dengan muka bersahaja.

 “Jadi kau nak tuduh yang ayah aku pembunuhlah sekarang nie?” Ungku Shamrin jadi melenting. Eilmi Zahrin meraut senyum. Dia bingkas dari meja itu. Tangan Widad ditarik lembut. Saat itu, beberapa orang wartawan hiburan kelihatan meluru ke arah mereka. Cahaya kamera mula bertaburan. Langkah Widad jadi terkaku di samping Eilmi. 

“Aku yang panggil mereka datang ke mari Eilmi,”ujar Ungku Shamrin sebelum ketawa.

“Well Eilmi, aku dengar cerita yang Haryati… ops, aku hampir terlupa dengan nama sebenarnya, Widad kan? Khabarnya, dia telah melarikan diri pada saat akhir pernikahan kau. Dan untuk menutup malu, kau terpaksa bernikah dengan adik kembar dia, Wafa. Teganya kau membohongi semua peminat kau dan pihak media dengan satu rahsia yang sangat sulit tapi telur tembelang mana boleh kita simpan lama- lamanya Eilmi,” sindir Ungku Shamrin di hadapan para wartawan.

“Dari mana kau dapat cerita mengarut nie Sham? Atau kau sendiri yang sengaja buat fitnah untuk cari publisiti murahan?” bilas Eilmi Zahrin tetap tenang.

“Fitnah? Kalau betul fitnah, tunjukkanlah bukti.”

“Sayang, tolong keluarkan IC sayang dan tunjukkan pada wartawan kita nie,”pinta Eilmi Zahrin. Widad terdiam.

“Kenapa macam teragak- agak Widad? Sebab nama dalam IC awak tak sama dengan nama yang saya panggil tadi atau saya perlu memanggil awak dengan nama sebenar, Puan Wafa.”

Widad tiada pilihan lain. Kini, dia terpaksa menutup pembohongan itu dengan satu lagi pembohongan. Tas tangan dibuka, beg duit dibawa keluar sebelum nama yang tertera dalam IC ditayangkan pada wartawan. Kerut di muka mereka beralih pada wajah Ungku Shamrin.

“Sepandai- pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!”lelaki itu masih mahu menyindir.

“Tapi nama dalam IC nie memang nama Widad, bukannya Wafa seperti yang Ungku ceritakan pada kami tempoh hari!”tegas salah seorang wartawan hiburan. Ungku Shamrin tersentak. Senyumnya mati serta merta bila deretan huruf yang tertera dalam IC biru itu diteliti. Wajahnya terperanjat.

“Sham, kadang- kadang bila ada dua wajah yang begitu mirip, kita akan seringkali dikelirukan oleh perasaan. Aku faham apa yang kau rasa Sham,”perli Eilmi Zahrin sambil memandang Widad. Tangan itu diraih bila langkahnya sudah melintasi sekelompok wartawan. Lampu – lampu kamera lagi masih kelihatan. Mereka keluar dari Merlia dengan sebungkus rasa yang sama.

“Macam mana kalau video tu tersebar dan Wafa melihatnya?”

“Tenang Widad. Jangan paranoid dengan adik awak sendiri.”

“Paranoid? Saya cakap betul nie!”

“Jujurnya Widad, apa yang awak cakapkan pada saya pagi tadi, sedikit pun susah untuk saya percaya.”Eilmi Zahrin menekal pedal minyak. Ngauman keretanya membuatkan kebimbangan Widad tenggelam entah ke mana. Apa yang pasti, hatinya luas dimakan puas.

TEASER 10

VIDEO terbaru pasangan Mr. and Mrs. yang menjadi tular di laman sosial turut mendapat perhatian Wafa. Dia hilang kata- kata bila sindiran mulut antara suaminya dengan CEO Emeralds sudah habis ditonton. Kehadiran Widad di sisi Eilmi juga mulai dipertikaikan. Apa Widad ingin kembali kepada dia? Hatinya bertanya hingga putik- putik cemburu berkembang menjadi prasangka. Hatinya luluh dengan tiba- tiba. Kecewakah ini? 

Deruan Skyline di laman rumah menyedarkan Wafa dari khayalan. Dia tidak mahu turun ke bawah untuk menyambut kepulangan itu seperti kebiasaannya. Apa guna berpura- pura mesra dan bahagia di hadapan Puan Julia lagi? Wafa langsung baring di sisi katil. Mujur lampu tidur sudah lama menyala. Jadi tentu suaminya sudah mengagak yang dia sudah lama dibuai nyenyak. Krikkk… bunyi tombol pintu berlaga lembut dengan dinding menguasi telinganya. Wafa mematikan diri dengan mata yang terkatup. 

Eilmi Zahrin langsung membersihkan diri. Saat itu, mata Wafa kembali terbuka. Dia tidak dapat melawan rasa sakit di hati. Apatah lagi bila senyum manis Widad menujah ingatan! Mata Wafa terpejam kembali bila langkah suaminya sudah keluar dari kamar mandi. Lelaki fesyen itu duduk di sofa panjang. Telifon bimbit yang bergetar diraih sebelum ditatap dalam beberapa minit. Sesekali senyumnya kelihatan meleret. Hati Wafa jadi panasaran terus. Widadkah yang mesej? Prasangka buruk mula berlegar- legar di fikiran. 

Lelaki itu meletakkan semula telifon bimbitnya ke atas meja. Langkahnya maju ke katil. Kain selimut ditarik hingga ke paras dada. Renungannya berkalih ke muka Wafa. Dan serta merta Wafa berkalih tempat. Dia tidak mahu matanya yang lejuh itu menjadi tatapan suami. Biarlah hanya dia yang tahu akan tangisnya sendiri. Untuk apa lagi dikongsi kalau perbuatan itu hanyalah untuk memujuk kecewanya sendiri. 

“Saya tahu awak tak tidur lagi,” tegur Eilmi Zahrin. Wafa masih mahu tidak berkalih.

“Tentu awak dah tenguk video saya berbalas- balas cakap dengan Shamrin.”

Wafa tetap membatu. 

“Saja saya ajak Widad keluar makan malam…”

Senyap.

“Wafa…” panggil Eilmi Zahrin. Wafa masih tidak mahu bersuara. Baginya diam itu lebih baik.

“Esok malam saya nak ajak awak teman saya pergi majlis nikah anak Datuk Bahar.”

“Kenapa tak ajak Widad jer? Kan nanti senang kalau orang ramai nak tenguk IC dia dari dekat. Kalau awak bawa saya, nanti tembelang awak pecah pula!” 

“Widad tak lapang esok.”

Huh! Wafa mengejek. Air matanya disapu.

“Sejak dia dah kembali nie, saya jadi tertanya- tanya juga, bila awak nak lepaskan saya?”

“Wafa, boleh tak awak pandang saya bila bercakap?”

Senyap! Malah arahan itu langsung tidak diendahkan. Tiba- tiba tangan Eilmi Zahrin menyentuh pipinya. Wafa tangkas menepis.

“Saya dah agak, awak mesti tengah menangis.”

Entah kenapa air matanya jadi bertambah laju.

“Saya tak berniat pun nak buat awak sakit hati. Keadaan berlaku sangat spontan. Saya memang tahu Shamrin akan datang ke Merlia pada malam tu tapi saya tak menyangka yang dia akan duduk semeja dengan saya. Kemudian, kami ada berbalas- balas cakap dan keadaan jadi berlanjutan dengan kehadiran pihak media. Saya minta maaf kerana tak memberitahu hal Widad pada awak. Saya jumpa dengan dia pun sebab saya nak tahu apa sebenarnya yang berlaku…”

“Bukan awak dah jumpa dengan dia tempoh hari di Kampung Tualang?”

Eilmi Zahrin terdiam. Hela nafasnya nampak berat.

“Siapa yang beritahu awak?”

“Opah telifon saya pagi tadi. Dia tuduh saya tak pandai jaga suami sampai awak sanggup cari kakak saya lagi. Dia juga kata, saya nie memang tak pernah bawa tuah dalam hidup sesiapa!” tangis Wafa kian berjuru. Mengenang kata- kata yang cukup perit itu, bahunya tersengguk- sengguk menahan derita. 

“Awak nak saya cili mulut opah tu?”

Wafa masih dihimpit rasa. Ada sesuatu yang lebih berat dari itu untuk diluahkan tapi mulutnya tak sanggup bersuara! Dapatkah aku menerima kenyataan itu? Remuk redamkah hatiku nanti andai Eilmi masih mahu mempertahankan cintanya pada Widad? Dan untuk itu, dia perlu melepaskan aku…

Note : Korang suka Eilmi dengan Widad atau Wafa? Komen di bawah atau boleh terus ke inbox saya. Terima kasih atas sokongan. Luv u much. You’re ohsem guys! 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku