PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
20480

Bacaan






BAB 2

Rayyan terkedu. Berani betul minah ni! Belum sempat apa-apa lagi dah berani ajak kahwin!

- Awak bergurau je, kan?

- Saya seriuslah. Aik takkan awak dah lupa segala janji mak ayah kita dulu?

Rayyan menggaru-garu kepalanya. Apa yang harus di katakan pada minah ‘desperate’ ni? Dia bingung seketika.

- Awak, saya ada hal ni. Nak kuar jap. Lain kali kita sembang lagi. Bye.

Belum sempat Tipah membalas Rayyan sudah ‘offline’. Tipah mendengus. “Hish! Tak sempat lagi aku nak sembang, dia dah belah macam tu je! Baik aku pergi makan lagi bagus!” Tipah menutup laptop dengan hati yang bengkak. Sejurus selepas itu dia melangkah menuju ke dapur.

Rayyan termanggu seketika. Tidak di sangkanya yang Tipah benar-benar bersungguh. Sahlah sepupunya ini memang dah hilang akal!

Rayyan mencapai kunci keretanya yang terdampar di atas meja. Malam minggu seperti ini memang di nanti-nantikannya. Tidak sabar dia untuk berlibur dengan Katherine, Tommy, Victoria dan rakan-rakannya yang lain. Paling istimewa pastilah dia menanti-nantikan kelibat Zeta, gadis kacukan Melayu-Australia yang gebu lagi memikat kalbu kejantanannya!

Tangga di turuninya dengan berhati-hati. Kelibat Dato’ Khalid dan Datin Khalida yang sedang bersantai-santai di luar rumah sedikit membuatkan dia cuak. Dia tidak mahu programnya malam ini terganggu. Malangnya derap kakinya segera menangkap ke pendengaran Dato’ Khalid.

Dato’ Khalid berteriak. “Rayyan! Nak ke mana tu? Mari sini kejap.”

Rayyan mendekati dengan wajah yang kelat. Rosak lagilah programnya malam ni! “Ye papa. Ada apa?”

“Duduklah dulu kot iya pun. Ada hal yang papa dan mama nak bincangkan,” tegas bicara Dato’ Khalid. Rayyan tiada pilihan nampaknya. Punggungnya di henyakkan ke atas sofa dengan kasar.

Dato’ Khalid dan Datin Khalida saling berpandangan. Kemudian Dato’ Khalid segera membuka mukadimah. “Rayyan, pasti Rayyan tahu yang sebagai orang Islam, kita hendaklah berpegang teguh kepada janji, bukan?”

Berkerut dahi Rayyan. “Apa sebenarnya ni, pa? Baik papa terus-terang je. Saya tak faham bahasa-bahasa kiasan ni.”

Dato’ Khalid tersenyum. “Baiklah biar papa berterus-terang saja. Kamu ingat pada Pak Saad, pakcik kamu yang tinggal di Malaysia tu?”

Rayyan mula rasa tidak sedap hati. “Err...ingat papa. Kenapa yer?”

“Dua belas tahun yang lalu, papa dan Pak Saad telah bersetuju untuk menjodohkan kamu dengan anak perempuannya. Kini papa rasa sudah tiba masanya bagi kamu untuk menyempurnakan janji tu.”

Rayyan membentak. “Eh, nanti dulu! Rasanya saya tak pernah janji untuk kahwin dengan sapa-sapa. Lagipun saya muda lagi papa, baru 23 tahun, takkanlah papa nak paksa saya kahwin dalam usia semuda ni?”

Dato’ Khalid segera membidas. “Apa salahnya kahwin muda? Lagipun kamu dah habis belajar jadi apa masalahnya?”

Rayyan mendengus kasar. “Masalahnya saya tak cintakan budak Tipah tu! Dahlah budak kampung, selekeh pulak tu. Perempuan macam tu ke yang papa nak saya jadikan isteri?”

Dato’ Khalid bertempik. “Kamu jangan nak memandai! Keputusan papa dan mama muktamad. Apa pun yang terjadi, kamu kena kahwin dengan Tipah!” Dato’ Khalid bingkas bangun dan berlalu ke biliknya.

Rayyan cuba memancing simpati Datin Khalida. “Mama! Tolonglah Rayyan, mama! Tolonglah pujuk papa tu.”

Datin Khalida juga bertegas. “Minta maaf, Rayyan. Mama tak boleh tolong kamu. Keputusan kami berdua muktamad. Minggu depan kami berdua akan ke Malaysia untuk merisik Tipah. Bersiap-sedialah kamu.”

Rayyan terkedu. Perasaan marahnya membuak-buak. Tak guna betul! Patutlah perempuan ‘desperate’ tu tiba-tiba muncul dalam ‘facebook’. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Petang itu seperti biasa Tipah, Melah dan rakan-rakan bermain kahwin-kahwin lagi. Tipah selaku pengantin perempuan duduk tersipu-sipu malu di pelamin manakala Tijah dan Melah sibuk menepung tawar Tipah dan Ali, anak Tok Penghulu Kampung Delima. Ali selalu menjadi mangsa Tipah dan kawan-kawan kerana sifat semulajadinya yang sedikit lembut macam sotong jadian. Budak-budak lelaki di kampung itu selalu membulinya membuatkan dia terpaksa berpaling tadah dan menyertai Tipah dan kawan-kawan.

Dari kejauhan kelibat Lili yang sedang berlari-lari segera menarik perhatian mereka. “Tipah! Tipah! Ada berita baik untuk kau!” Lili tiba di situ dalam keadaan yang termengah-mengah.

Tipah kelihatan teruja. “Berita apa tu, Lili? Cakaplah cepat!”

Lili menyerigai. “Ini memang berita yang terkini, hebat lagi sensasi! Tapi sebelum aku beritahu, baik kau tenangkan hati kau dulu, Tipah. Kau jangan pengsan pulak, tau?”

Tipah terkinja-kinja riang. “Cepatlah cakap! Kau ni buat saspen aku je.”

Lili tersenyum lebar. “Sebenarnya dari sumber mak aku yang paling sahih, mak ayah Rayyan akan datang merisik kau minggu depan.”

Tipah mencemik. “Yeke? Afsal ayah aku tak cakap apa-apa pun pagi tadi? Kau saja nak kelentong aku, kan?”

Lili segera menangkis. “Tipu apanya? Satu kampung dah heboh tau! Mak aku dah pergi jaja cerita sampai kat kampung seberang. Lagipun ni cerita panas, baru keluar dari oven punya tu yang ayah kau tak sempat nak cakap dengan kau kot. Kalau kau tak percaya pergilah tanya kat ayah kau sendiri.”

Tiba-tiba Melah menjerit keriangan. “Yeye dapat naik kereta besar! Rayyan nak balik naik kereta besar!”

Tipah turut sama menjerit. “Yay! Akhirnya! Akhirnya impian aku akan jadi nyata. Tak sabarnya nak jumpa dengan jejaka idaman aku tu. Oh, Rayyan bakal suamiku!”

Lili menggaru-garu kepalanya. “Tapi ada masalah sikitlah, Tipah. Dengar khabar yang nak turun Malaysia tu mak dan ayah Rayyan je. Kemungkinan besar dia tak ikut sekali.”

“Alah! Kenapa pulak Rayyan tak nak balik ke sini? Dia tak rindu kat aku ke?” Wajah Tipah berubah suram.

Melah segera memujuk Tipah. “Alah kau ni Tipah! Apa susahnya? Kau tanyalah dia sendiri dalam ‘facebook’. Kan kau cakap semalam korang ‘chatting’, kan?”

Tipah bingkas bangkit. “Betul jugak cakap kau tu! Oklah geng rasanya cukuplah program kita hari ni. Aku nak baliklah! Tak sabar dah aku nak ber’chatting’ dengan bakal suami aku. Cau cin cau!” Pantas Tipah berlari-lari anak menuju ke rumahnya. Dia terserempak dengan Pak Saad di muka pintu.

Pak Saad segera menahannya. “Nak ke mana ni, Tipah? Kelam-kabut je ayah tengok.”

Tipah menyerigai. “Hehe ada misi penting ni ayah. Tak boleh nak bertangguh-tangguh lagi ni.”

Pak Saad tersenyum lebar. “Tapi berita yang ayah nak sampaikan pada kamu ni jauh lebih penting dan hebat, tau?”

Pantas Tipah mencelah. “Alah, pasal keluarga Rayyan nak datang merisik saya, kan? Ayah ni lambat ‘pickup’ ler! Satu kampung dah heboh, tau! Tulah ayah, kan Tipah dah suruh ayah buka akaun ‘Facebook’ ke, tak pun akaun Instagram ke, barulah ayah tak ketinggalan. Eh ayah ni melambatkan sayalah. Saya nak pergi tengok akaun ‘Facebook’ saya kejap. Entah-entah dah heboh cite ni kat dalam tu!” Tipah berlari-lari anak ke biliknya. Pak Saad hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat gila-gila anaknya.

Laptop kesayangannya segera di buka. Perkara pertama yang di buka sudah pasti akaun ‘facebook’nya. Nama TIPAH CANTIK tertera di skrin. Tipah tersenyum sendirian. Entah mengapa setiap kali menyebut nama itu hatinya di geletek kelucuan. Dia segera mencari nama ‘RAYYAN DATO’ KHALID’.

“Aku nak stalker kejaplah gambar dia,” bisik Tipah dalam hati. Di bukanya album gambar profil Rayyan. Kelihatan seorang pemuda berkulit cerah yang tinggi lampai dengan rambut lurus tersisir rapi. Wow! Rupanya iras-iras pelakon Izzue Islam tu!

Terkagum Tipah seketika. “Mak aih! Hensemnya bakal laki aku! Bertuahnya aku dapat bakal laki yang hensem dan kaya macam dia ni.”

Tanpa di duga Rayyan juga sedang men’skodeng’ gambar-gambar Tipah dalam albumnya. Namun lain cerita pula penerimaan Rayyan apabila melihat gambar-gambar Tipah!

“Ya Allah, ini budak sekolah mana pulak yang terlepas ni? Dengan rambut tocang dua, cermin mata tebal, perempuan macam ni ke nak jadi isteri aku? Kirim salamlah jawabnya,” seranah Rayyan dalam hati.

Selesai aktiviti men’skodeng’, Tipah segera ke ruangan ‘chatting’. Yay, butang hijau. Itu bermakna Rayyan sedang ‘online’ sekarang! Pantas Tipah membuka bicara.

- Salam awak. Tengah buat apa tu?

Menyampah Rayyan melihat mesej dari Tipah. “Pantang tengok orang online ler dia ni,” sungut Rayyan. Dengan malas dia membalas semula mesej Tipah.

- Salam. Tengah wat bodo je. Awak pulak tengah buat apa?

- Tengah ‘chatting’ dengan awaklah hihihihi

Mendidih hati Rayyan di buatnya. “Eei kalau dia ada kat depan aku memang dah kena dengan aku dah,” dengus Rayyan.

- Tak lawak pun! By the way, saya ni busy. Kalau ada apa-apa hal yang penting baik awak cakap sekarang

Tipah terkedu. “Macam marah dengan aku je? Takpe meh sini aku pujuk hati kau, yer.” Tipah membalas semula mesej Rayyan.

- Hmm awak marah dengan saya ke?

“Hai panjang lebar pulak minah ni,” gerutu Rayyan.

- Tak marah, Cik Tipah. Suka lagi ada. Cakaplah cepat ada hal apa sebenarnya ni?

Tipah berteriak. “Yay! Dia suka aku! Dia suka aku!”

Terperanjat Makcik Rosnah mendengar teriakan kuat Tipah. “Wei, Tipah! Yang kau terjerit-jerit tengahari buta ni afsal? Kau dah di sampuk setan ke apa?”

Tipah memekik sekuat hati dari dalam bilik. “Sori, makcik! Tak sengaja!” Makcik Rosnah mendengus kasar. Laju-laju di hayunkan langkah kakinya menuju ke dapur. Fuhh!! Mujur bini tarzan tak sempat mengamuk. Kalau tidak memang pecahlah rumah jawabnya! Tipah tersenyum sendirian. Lincah jemarinya membalas mesej Rayyan.

- Saya pun suka awak jugak hehehe

Uweekk! Nak termuntah Rayyan membacanya. Tolonglah!

- Kalau takde pape saya offline dulu. Babai!

“Eei dia ni! Laju je nak blah! Tunggulah kejap!” Pantas Tipah membalas.

- Nantilah dulu! Ok..ok..saya nak tanya, minggu depan awak balik Malaysia tak?

- Tak kot! Buat apa? Buang masa saya je

“Hampeh betul! Buang masa dia cakap?” Tipah membalas lagi.

- Alah! Awak tak rindukan saya ke? Kita kan dah nak kahwin tak lama lagi

Rayyan menggerutu. “Sah sepupu aku ni memang dah parah!” Dengan kasar tangannya menaip.

- Awak nak kahwin dengan saya? Tapi saya tak nak kahwin dengan awak!

Serta-merta ‘RAYYAN DATO’ KHALID’ offline! “Kurang asam betul bakal laki aku ni,” gerutu Tipah dalam hati!


P/S : nak lagi tak?? kalau nak saya sambung lagi...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku