PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
19773

Bacaan






BAB 3

Alunan muzik rancak yang berkumandang dari Ambar Night Club yang terletak di Murray Street itu langsung tidak berupaya menghiburkan hati Rayyan. Jiwanya kecamuk mengenangkan permintaan Dato’ Khalid dan Datin Khalida yang di rasakan amat melampau. Di tambah pula dengan sepupunya Tipah yang tidak bosan-bosan menghantuinya. Arghh, buntu fikiran di buatnya!

Zeta pelik melihat tingkah laku Rayyan sejak dari tadi. Selalunya dialah yang paling ‘happening’ sekali tapi hari ini wajahnya kelat macam laki mati bini! Bahu Rayyan di usapnya lembut.

“Kenapa ni, sayang? Monyok je I tengok dari tadi? You ada masalah ke?” Rayyan hanya membisu. Gelas berisi Coke yang penuh di tangan segera di tuang ke mulutnya. Wajahnya kelihatan kusut.

Tangan Zeta mula menjalar ke lengan Rayyan. “Sayang, apa masalah you ni? Kalau you nak ‘special treatment’ jom kita pergi ke tempat yang privasi. I ada port baru, tau? Mesti you suka punya.” Rayyan mengerling ke arah gadis jelita itu. Sudah acapkali tubuh gebu itu di ratahinya dengan penuh berahi. Namun entah mengapa malam itu seleranya seakan-akan mati. Ini semua angkara si Tipah!

Rayyan cuba berdalih. “Sori, Zeta. I rasa maybe lain kali je. I betul-betul penat malam ni.”

Zeta menarik tangan Rayyan ke lantai tarian. Dengan malas Rayyan sekadar mengikut sahaja. Jemari Rayyan di genggam kemas. Sengaja Zeta merapatkan tubuhnya ke tubuh Rayyan namun ternyata fikiran Rayyan terbang melayang entah ke mana. Rayyan segera melepaskan genggaman jemari Zeta.

“Sori Zeta. I’m not in mood tonight.” Pantas Rayyan melangkah menuju ke kerusi semula.

Zeta datang dan menarik tangan Rayyan semula. “Come onlah, Rayyan! Sportinglah sikit. Takkan you nak bermasam muka sepanjang malam ni. Temankanlah I menari, please?”

Rayyan mendengus kasar. “Jangan paksa I, Zeta. I betul-betul takde mood ni!” Rayyan bingkas bangun. Langkah kakinya di hayun laju meninggalkan kelab tersebut.

"Rayyan! Rayyan! Kenapa dengan you ni, Rayyan?” Pekikan Zeta tenggelam di dalam hiruk-pikuk pengunjung kelab yang semakin ramai membanjiri. Zeta termangu-mangu sendirian.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Persediaan untuk majlis merisik sedang giat di jalankan di rumah Pak Saad. Sanak-saudara dan jiran tetangga sudah mula membanjiri rumah ini. Namun sakitnya hati Makcik Rosnah tidak terperi! Ini adalah gara-gara anak tirinya Tipah yang langsung tidak nampak kelibatnya sejak dari pagi tadi.

Makcik Rosnah menyungut. “Abang tengoklah sendiri perangai anak abang tu. Dia yang sibuk-sibuk nak kahwin, bila ada orang nak datang merisik, haram nak di tolongnya buat persiapan kat rumah ni. Merayap je kerjanya. Geram betul saya ni bang!”

Pak Saad sekadar berteleku di muka pintu. “Biarlah dia, Rosnah. Lagipun bukannya ada apa-apa kerja yang nak di buat pun. Kan semuanya abang dah tempah dari Kak Kiah Katering.”

Makcik Rosnah tampak tidak puas hati. Dia tidak suka apabila Pak Saad gemar sekali membela perlakuan buruk anaknya. “Abang tu memang! Langsung tak nak menegur perangai si Tipah tu. Sekarang cuba tengok, makin menjadi-jadi perangainya!”

Lembut Pak Saad membalas. “Abang tengok ok je. Rosnah, tak lama lagi kan Tipah dah nak kahwin. Awak janganlah asyik cari gaduh dengan dia. Lepas ni dia akan duduk jauh dari kita. Tak payahlah awak nak pening-pening kepala lagi.”

“Dahlah! Malaslah nak layan abang ni. Saya nak pergi ke dapur sekejap!” bentak Makcik Rosnah sambil terus berlalu ke dapur. Tiada apa yang mampu Pak Saad ungkapkan. Dia sedar sudah banyak yang Makcik Rosnah korbankan untuknya dan Tipah.

Sejak isterinya Mak Munah meninggal dunia sepuluh tahun yang lepas, Makcik Rosnahlah yang telah mengambilalih tanggungjawab selaku pengasuh untuk membela dan membesarkan Tipah. Pada mulanya hanyalah sekadar pengasuh, lama-lama dengan Pak Saad sekali terasuh! Dua tahun kemudian Pak Saad telah mengambil Makcik Rosnah sebagai isterinya yang sah. Makcik Rosnah memiliki seorang anak lelaki hasil dari perkahwinannya yang terdahulu. Raimi namanya. Kacak dan pandai orangnya. Namun dia tidak tinggal bersama-sama dengan mereka kerana sedang melanjutkan pelajarannya di Australia dalam bidang kejuruteraan.

Tiba-tiba sebuah teksi meluncur masuk ke perkarangan rumah Pak Saad. Seorang pemuda kacak lagi tinggi lampai melangkah keluar dari teksi tersebut. Hampir-hampir sahaja Pak Saad menyangkakan artis K-Pop tersesat ke rumahnya! Dengan jambulnya yang menutupi keseluruhan dahi di tambah pula dengan celana sendat dan jaket kulit yang tersarung di tubuh sasanya memang terserlah sekali gaya K-Pop itu.

Pemuda tersebut terus meluru dan menyalaminya. “Ayah! Ayah sihat ke?”

Pak Saad tersengih. “Ayah ingat artis K-Pop mana lah yang tersesat ke mari. Rupa-rupanya kamu, Raimi. Bertuah punya budak!”

Raimi tersenyum lebar. “Apalah ayah ni! Anak sendiri pun tak kenal. Mak mana, ayah?”

“Ada kat dapur tu. Pergilah jenguk dia. Mesti mak kamu terperanjat punya,” juih Pak Saad ke arah dapur. Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir Raimi segera menerjah ke dapur.

“Mak! Raimi dah balik, mak!” Raimi menerpa ke arah Makcik Rosnah.

Terlopong seketika Makcik Rosnah. “Ya Allah! Raimi, anak mak rupanya! Ingatkan retis mana yang tersesat masuk kampung kita ni. Kenapa nak balik tak bagitau? Boleh mak dan ayah jemput kamu dari stesen kapal terbang.”

Raimi tertawa kecil. “Kelakarlah mak ni! Bukan stesen kapal terbang tapi lapangan terbang.”

Makcik Rosnah merengus. “Sama jelah tu maknanya! Bunyi je yang lain.”

Raimi beralah. Dia sedar Makcik Rosnah tidak pernah mahu kalah kalau di ajak berdebat! “Yelah mak! Eh, Tipah mana? Tak nampak pun batang hidungnya dari tadi?”

Muncung Makcik Rosnah mula panjang sedepa. “Baru je sampai, dah sibuk cari si Tipah tu. Yang mak ni dah tercongok depan mata buat tak nampak je!” Serba-salah Raimi di buatnya. Mujurlah Pak Saad muncul di muka pintu dan menyelamatkan keadaan!

“Tak payahlah layan mak kamu tu, Raimi. Nanti sampai lusa pun tak habis ceritanya. Adik kamu ada kat pondok di hujung bendang tu. Pergilah cari dia kat sana.”

Raimi bagaikan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. “Ayah, Tipah masih dengan aktiviti lama dia tu ke?”

Makcik Rosnah mencemuh. “Memang tak sedar dek untung betul budak tu! Memalukan mak bapak je dengan perangai pelik dia tu.”

Pak Saad pantas membela. “Tak baik awak cakap macam tu, Rosnah. Dia kan anak kita. Doa seorang ibu ni cepat makbul. Kalau awak asyik sebut macam tu je, memang jadi burukler perangainya nanti.”

Makcik Rosnah memetir. “Apa awak cakap? Anak kita? Abang, dia tu anak abang, bukannya anak saya! Selama ni pun cakap saya sepatah haram pun dia tak mahu dengar! Dia tak pernah anggap saya macam mak dia pun kan?” Pak Saad terdiam.

“Raimi, suruh adik kau balik sekarang juga. Kalau tidak aku ligan dia satu kampung nanti!” Cepat-cepat Raimi angkat kaki dari situ. Tidak sanggup rasanya dia mendengar amukan ibunya.

Langkah kaki di hayunkan dengan pantas. Tidak sabar-sabar rasanya bertentangan mata dengan gadis yang telah lama mencuri hatinya!

SEMENTARA ITU...

Melah membetulkan selendang yang meliliti wajah bujur sirih Tipah. Pipi mulus Tipah di oles lembut dengan bedak padat Johnson & Johnson yang di beli dari kedai runcit Wak Karman. Namun acara persandingan mereka ini tidak lengkap tanpa kehadiran sang pengantin lelaki!

Tipah merungut. “Mana si Ali ni? Kan kita dah janji hari ni jadi nak bersanding?”

“Tapi tadi aku nampak si Ali ikut bapak dia pergi pekan dengan kereta bapak dia,” adu Tijah.

Tipah bingkas bangun. “Ni yang aku nak marah ni! Janji melayu betul lah si Ali ni. Siaplah dia nanti! Habis tu siapa yang nak jadi pengantin lelaki sekarang?”

“Biar abang yang jadi pengantin lelakinya!” Serentak semua memandang ke arah suara itu.

Melah yang memang gila K-Pop terus menerpa ke arah Raimi. Lengan pemuda itu di genggam erat. “Ya Allah! Aku mimpi ke ni? Kim Hyun Joong datang Malaysia! Awak, saya dah lama minat awak! Saya nak minta autograf, boleh?”

Tipah terus menampar bahu Melah. “Kau ni dah apa kena, Melah? Sawan ke apa? Abang aku pun kau tak kenal? Tu abang Raimi lah!” Serta-merta pegangan tangan Melah terlepas.

Tersipu-sipu malu Melah seketika. “Sori, abang Raimi. Melah tak perasan tadi.” Raimi sekadar tersenyum.

Tipah segera menyerbu Raimi. “Bila abang balik? Tak bagitahu pun. Balik diam-diam je.”

“Alah, tak payahlah susah-susah. Janji abang dah selamat sampai ke sini,” tukas Raimi.

Sengaja Tipah mengerling nakal ke arah Raimi. “Ni mesti ada apa-apa. Entah-entah abang ada bawak balik awek mat salleh, tak?” Serentak itu gelak tawa bersenandung di sebalik pepohonan padi yang sedang menguning keemasan.

Kesempatan ini di ambil oleh Raimi untuk mencuri pandang ke arah Tipah. Terpukau seketika Raimi menatap wajah gadis kesayangannya. Keningnya yang cantik beralis dengan sepasang mata bundar memang bisa mencairkan mana-mana lelaki di atas mukabumi ni. Ditambah pula bibir merah asli bak delima merekah milik gadis itu sangat-sangat mengugat naluri kejantanannya.

Renungan rakus Raimi nyata tidak disenangi Tipah. “Kenapa abang pandang Tipah semacam je ni?”

Segaris senyuman segera terukir di bibir Raimi. “Salah ke abang nak tengok adiknya sendiri? Yelah, dah lama tak jumpa kan. Manalah tahu kot-kot ada apa-apa perubahan ke.”

Melah segera menyampuk. “Memang ada perubahan pun, abang Raimi. Takkan abang Raimi tak perasan yang Tipah sekarang makin cantik dan berseri-seri? Maklumlah seri nak naik pelamin.”

Raimi tersentak. “Seri nak naik pelamin? Apa maksud kamu ni, Melah? Abang tak fahamlah!”

Lili juga turut mengacum. “Tak lama lagi ada orang tu nak makan nasi minyak! Import khas dari Australia lagi!”

Bertambah pening Raimi di buatnya. “Korang ni sengaja nak kenakan abang, ye? Cakap jelah terus-terang. Lambat laun nanti abang akan tahu jugak.”

“Alah abang Raimi ni, kura-kura dalam perahu, pura-pura buat tak tahu pulak! Cubalah tanya dengan adik kesayangan abang tu,” Melah menjuihkan bibirnya ke arah Tipah.

Raimi tambah bingung. “Apa semua ni, Tipah? Janganlah buat abang suspen. Ceritalah cepat.”

Tipah sudah tersipu-sipu malu. “Impian Tipah dah jadi kenyataan, bang. Setelah dua belas tahun menunggu akhirnya Tipah akan jadi isteri kepada seseorang. Tipah akan jadi hak milik mutlak Rayyan Haikal bin Dato’ Khalid.”

BAM!!! Terhenti seketika degupan jantung Raimi. Peluh renik mula terbit di dahinya.

“Tak boleh! Tipah tak boleh kahwin dengan Rayyan!” Pekik Raimi tiba-tiba.

Serentak Tipah, Melah, Tijah dan Lili bersuara. “Kenapa pulak?”

“SEBAB ABANG NAK KAHWIN DENGAN TIPAH!”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku