PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
20539

Bacaan






BAB 4

Semua yang berada di situ tercengang. Kata-kata yang terkeluar dari mulut Raimi itu benar-benar memeranjatkan. Melah yang paling terkujat sekali!

“Alah, Melah baru nak ayat abang Raimi sebab muka abang Raimi sebijik muka pojaan hati Melah, Kim Hyun Joong tu. Kenapa pulak tiba-tiba abang Raimi nak kahwin dengan Tipah pulak?”

Raimi terus tertawa terbahak-bahak. Lucu benar dia mendengar kata-kata Melah yang bendul itu. Geram pula Tipah dengan tingkah laku abang tirinya itu.

“Abang ni dah kenapa? Kejap terpekik-pekik, kejap ketawa. Sakit jiwa ke apa abang ni?” Merah padam muka Tipah di buatnya. Namun semakin merah wajah itu semakin jelita pula ianya kelihatan di pandangan mata Raimi!

Raimi cuba menahan gelojak perasaannya. “Tipah, abang main-main jelah tadi. Takkanlah abang nak kahwin dengan Tipah pulak, kan? Abang tahu dah lama Tipah minat kat Rayyan tu.”

Pantas Tipah membidas. “Cop! Bukan Tipah yang minat dengan Rayyan tu tapi kami berdua saling mencintai antara satu sama lain.”

Melah menggaru-garu kepalanya. “Yeke? Abis tu kenapa nampak macam kau je yang beria-ria nak kahwin dengan dia, yek?”

Buntang biji mata Tipah mendengarnya. “Kau ni, Melah! Agak-agaklah kalau nak cakap pun. Takpe kalau Rayyan tak nak kahwin dengan aku, aku kahwin dengan abang Raimi jelah. Habis cerita!”

Pedih hati Raimi mendengarnya. Namun sedaya-upaya dia cuba berlagak selamba. “Boleh, bisa di atur tu semua. Bila nak kahwin tu? Hari ni? Esok? Sekarang pun boleh!” Sekali lagi meletus gelak tawa di petang yang hening itu. Raimi mencuri pandang ke arah Tipah. Gelak tawa gadis tersebut benar-benar menawan kalbunya!

Perasaan Raimi di selaputi kesedihan yang tidak terperi. “Tipah, aku cintakan kau, Tipah! Benar-benar cintakan kau! Kalaulah kau faham isi hatiku ini,” keluh Raimi dalam hati.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Kopi panas yang masih berasap itu langsung tidak terkesan di bibir Rayyan. Hatinya jauh lebih panas dari kopi tersebut. Entah angin puting beliung apa yang merasuk Dato’ Khalid pagi itu. Kata-kata atau lebih tepat lagi arahan dari Dato’ Khalid itu benar-benar merentap jiwanya.

“Kenapa papa nak paksa-paksa Rayyan ni? Rayyan tak sukalah, papa! Dahlah papa paksa Rayyan kahwin dengan budak sekolah tak cukup matang tu, sekarang ni papa nak paksa Rayyan bertentang mata dengan dia pulak. Rayyan tak naklah!”

Datin Khalida dan Mak Roza terkedu melihat adegan cerekarama tahap 18 PL yang tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga itu. “Abang, benda kecil je ni. Cubalah bawak berbincang.”

Pantas Dato’ Khalid membidas. “Benda kecil awak cakap, Ida? Kita nak merisik Latifah tu untuk dia juga tapi dia sendiri pulak tak mahu hadir. Tak ke biadap namanya tu? Eloklah sangat. Belalah anak kesayangan awak tu!”

Muncung Rayyan sudah panjang sedepa. “Papa, tolonglah faham perasaan saya! Kenapa papa beria-ria nak kahwinkan saya dengan si Tipah tu? Papa, zaman sekarang ni kita tak boleh senang-senang nak percayakan orang walaupun saudara sendiri. Rayyan dapat rasakan, Pak Saad dan anaknya ada agenda nak kikis segala harta kita.”

Dato’ Khalid bertempik. “Rayyan! Kamu jangan nak kurang ajar! Papa dan mama tak ajar kamu untuk jadi biadap begini. Sekarang kamu pasang telinga kamu baik-baik. Walau apa pun yang terjadi, minggu depan kamu mesti ikut kami balik Malaysia, faham!”

Rayyan tidak mampu bersabar lagi. Dia bingkas bangun dan melangkah menuju ke pintu. “Kamu nak ke mana tu, Rayyan? Papa tak habis cakap lagi!”

Rayyan memulangkan paku buah keras. “Hai, Rayyan nak ke pejabatlah, mana lagi! Kan papa sendiri cakap sebagai ketua kita harus tunjukkan contoh yang baik kepada anak buah kita.” Dato’ Khalid terkedu. Kata-kata Rayyan itu tepat mengena ke batang hidungnya!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Kicauan burung yang riang menyanyi di pagi hari sepertinya menggambarkan hati Tipah yang berbunga ria. Dia gigih menghitung hari. Hari di mana dia dan Rayyan akan di ijabkabulkan. Tak sabar rasanya bergelar isteri kepada seorang lelaki yang telah di dambakannya selama berbelas tahun.

“Dah tak ada kerjalah tu! Pagi-pagi buta ni dah bersidai kat tangga! Tersengih sana, tersengih sini! Kau jangan buat malu aku, Tipah. Jangan sampai orang cakap anak Makcik Rosnah tu gian nak berlaki!”

Tipah menyerigai. “Memang saya gian nak berlaki pun! Eei, tak sabarnya nak kahwin! Yeye minggu depan dah nak kahwin!” Dengan selamba Tipah berlalu ke dalam biliknya.

Panas hati Makcik Rosnah melihat kelakuan Tipah. “Eei, geramnya aku budak ni! Hei, Tipah! Kau jangan lagi nak main kahwin-kahwin tu, ya? Kalau aku ternampak kau buat lagi perangai tak senonoh tu, aku ligan kau satu kampung nanti!”

Tipah sekadar menadah telinga. Malas dia nak melayan bini tarzan tu pagi-pagi buta begini. “Aha baik aku bukak ‘facebook’. Manalah tau bakal laki aku tu ‘online’ pagi-pagi buta ni,” desis Tipah dalam hati.

Pantas tangannya membuka laptop. Lincah jemarinya menaip. Sebaik sahaja akaun ‘TIPAH CANTIK’ di bukanya, terus di carinya nama ‘RAYYAN DATO’ KHALID’. Yes! Rayyan sedang ‘online’! Sahlah mereka berdua ni memang ada jodoh! Jemarinya mula menaip kata-kata mukadimah.

- Salam awak. Rajinnya...awal pagi dah online

Rayyan tersentak. “Cis!! Macam mana aku boleh tak perasan minah ‘psycho’ ni pun tengah ‘online’ juga?” sungutnya dalam hati. Pantas jemarinya membalas.

- Salam. Biasalah tu. Saya ni kan pekerja yang berdedikasi

Tipah menjuih bibir. “Berdedikasi konon! Pagi-pagi dah layan ‘facebook’ dedikasi apa mendanya tu?” kutuk Tipah dalam hati.

-Oh, baru saya tahu istilah pekerja dedikasi di Australia. Pagi-pagi layan ‘facebook’ adalah lambang pekerja dedikasi di sana, ya?

Rayyan terkesima. “Ceh budak kampung ni! Selamba je dia kutuk aku.”

- hello cik tipah cantik! abis tu yang awak layan ‘facebook’ pagi-pagi buta ni dedikasi sangatlah???

Tipah ketawa terbahak-bahak. “Boleh tahan juga loratnya bakal laki aku ni!”

- saya tak kerja, lainlah cerita. awak, saya dah tak sabar nak jumpa awak. minggu depan awak balik sekali ke Malaysia, kan?

Rayyan mendengus. “Miang jugak sepupu aku ni! Menyampah betul aku.”

- kalau saya tak nak balik, awak nak buat apa?

“Sengaja nak cari pasal dengan akulah ni! Nasib baiklah kau tu pujaan hati aku! Kalau tidak dah lama aku campak kau dalam lombong,” sungut Tipah. Dia begitu asyik ber’chatting’ sehinggakan kemunculan Raimi dari belakang langsung tidak di sedarinya.

“Cakap dengan siapa tu, Tipah? Dari tadi abang tengok kamu membebel sorang-sorang.” Terperanjat Tipah di buatnya. Pantas tangannya menutup laptop yang ternganga.

“Abang ni! Main redah je masuk bilik Tipah! Buatnya Tipah tengah tukar baju ke tadi tak naya di buatnya.”

Raimi mengerling nakal. “Abanglah yang paling untung kalau macam tu. Dapat tengok tayangan perdana percuma!”

Tipah memekik sambil menampar lengan Raimi bertubi-tubi. “Melampaulah abang ni!”

Tiba-tiba Makcik Rosnah terjegul di muka pintu. “Apa yang korang berdua memekak dalam bilik ni, hah? Dah! Cepat keluar sekarang. Banyak lagi kerja yang menanti kat luar tu!” Bergegas Tipah dan Raimi melangkah keluar. Bimbang pula mereka kalau-kalau Makcik Rosnah meroyan lagi!

Pandangan mata Rayyan pula tidak beralih-alih dari skrin laptopnya. “Bertuah punya sepupu! Boleh dia main ‘offline’ macam tu je? Sekurang-kurangnya ucapkanlah selamat tinggal dulu. Eh, tapi selalunya aku pun main ‘offline’ macam tu jugak, kan?” Musykil pula Rayyan di buatnya. Sejak dia mula ber’chatting’ dengan Tipah, inilah pertama kali sepupunya itu ‘offline’ dulu! Keegoannya rasa tercalar!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Hari yang di nanti-nanti Tipah sudah tiba. Hari ini Dato’ Khalid sekeluarga di jangka akan tiba di KLIA pada pukul 11.00 pagi. Pak Saad, Tok Penghulu dan sebahagian besar penduduk kampung mengambil keputusan untuk menyambut kedatangan Dato’ Khalid sekeluarga di KLIA. Tipah juga tidak ketinggalan. Usai sahaja solat subuh tadi dia sudah sibuk bersiap-siap.

Melah lah yang bertindak selaku perunding fesyen Tipah. Rambut lurusnya di tocang tinggi-tinggi. Cekak rambut polkadot dengan reben besar berjuntaian di atas kepalanya. Kemeja lengan panjang warna pink di padankan pula dengan seluar ‘skinny jean’ polkadot warna pink dan ungu benar-benar membuatkan penampilan Tipah bagaikan budak sekolah tak cukup umur!

Terbeliak biji mata Raimi sebaik sahaja Tipah dan Melah melangkah keluar dari bilik. “Tipah! Fesyen apa yang kamu pakai ni?” Raimi sedaya-upaya cuba menahan tawanya.

Dengan bangganya Melah bersuara. “Inilah fesyen terkini lagi sensasi, abang Raimi! Fesyen ini di namakan ‘Warna-Warni Polkadot Di Hati’!”

Pak Saad dan Makcik Rosnah yang terkocoh-kocoh keluar dari bilik terpempan seketika melihat penampilan Tipah. Makcik Rosnah segera menjerit. “Ya Allah! Fesyen apa kau pakai ni, Tipah? Kau jangan nak buat malu aku. Pergi tukar sekarang!”

Pak Saad segera menukas. “Kita dah lambat ni! Jom, cepat semua! Nanti Dato’ Khalid pula kena tunggu kita. Tipah, tolong makcik Rosnah kamu tutup semua tingkap dan pintu.”

“Baiklah, ayah.” Sahut Tipah dengan perasaan yang berbunga-bunga. Jiwanya riang tidak terperi. Hari ini kalau Makcik Rosnah suruh dia masuk hutan sekalipun dia sanggup!

Sepanjang perjalanan senyuman di bibir Tipah langsung tidak lekang. Dada Raimi yang sarat dengan api cemburu terasa bagaikan hendak meletup apabila melihat kegembiraan Tipah. Semasa dia balik tempohari pun Tipah tidak segirang ini!

“Kita dah sampai!” Teriakan Pak Saad itu benar-benar membuatkan Tipah teruja. Sebaik sahaja kereta di parkir, Tipah lah orang pertama yang berlari turun. Pantas dia mendaki eskalator demi eskalator sehinggalah dia sampai ke ruang legar balai ketibaan KLIA. Melah yang muncul di belakangnya sejurus selepas itu sedikit jakun melihat keindahan salah satu di antara lima lapangan terbang terbaik di dunia.

“Tipah! Kau tengok tu! Banyaknya kedai jual coklat! Wow! Ada kapal terbang mendarat dalam bangunan ni! Macam mana kapal terbang tu boleh masuk ke sini, hah?”

Tercengang seketika Tipah melihat replika kapal terbang itu. “Ahalah! Macam mana kapal terbang ni boleh mendarat kat sini, yer? Hairan bin ajaib namanya ni!”

“Korang berdua ni boleh tak jaga perangai tu sikit? Tak malu ke? Semua orang tengok perangai korang yang tak semenggah tu!” gerutu Makcik Rosnah dengan nada geram.

Tiba-tiba Pak Saad menuding jarinya ke arah pintu ketibaan antarabangsa nombor 5. “Tengok semua! Tu dia Dato’ Khalid!” Seluruh penduduk Kampung Delima yang turut serta dalam rombongan tersebut terus menerpa ke arah Dato’ Khalid, Datin Khalida dan Rayyan. Tipah terlopong seketika. Tidak di sangkanya Rayyan jauh lebih kacak dari dalam gambar!

“Hai, satu kampung datang untuk sambut kedatangan kita? Hebat!” sinis Rayyan menempelak Dato’ Khalid.

“Rayyan! Please behave yourself!” bentak Dato’ Khalid dengan nada keras.

Tiba-tiba gegendang telinga Rayyan dapat menangkap suatu suara sedang menyeru-nyeru namanya. “Rayyan! Awak kenal saya, tak? Sayalah Tipah, sepupu merangkap bakal isteri awak!” Seorang gadis kecil molek dengan cekak reben besar dan berkaca mata tebal sedang berlari-lari anak ke arahnya. Rayyan terkesima seketika melihat kemeja pink di tambah dengan ‘skinny jeans’ polkadot pink dan ungu yang menyarungi tubuh Tipah.

Rayyan berteriak. “Badut sarkas macam ni ke yang nak jadi bini aku? Arghh aku tak nak!” Pantas Rayyan membuka langkah seribu.

“Rayyan! Tunggulah saya, Rayyan! Jangan tinggalkan saya!”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku