PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 18 - Part 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
16210

Bacaan






BAB 18 - Part 1

Angin yang mendesir dari celahan pokok padi yang sedang ranum menguning tidak bisa menenangkan hati Tipah yang sedang rawan. Melah, Tijah dan Lili terjengket-jengket dari belakang.

Serentak mereka bertiga memekik. “Buat apa tu!!!”

Buat pertama kali Tipah hanya kaku. Statik. Jeritan tersebut langsung tidak merenjat ketenangannya. Kemusykilan terus merajai hati mereka bertiga. Melah menggoncang bahu Tipah dengan kuat. “Tipah! Kenapa dengan kau ni? Lain macam je aku tengok?”

Tipah melepaskan keluhan kasar. “Aku rasa aku dah jatuh cinta semula.”

Serentak mereka bertiga berteriak. “Hah! Dengan siapa?”

Pantas Tipah menjawab. “Dengan Rayyanlah. Habis tu dengan siapa lagi?”

“Kau biar betul, Tipah. Takkanlah kau tak serik-serik lagi masa majlis pertunangan korang tempohari? Kau tak takut hati kau akan di kecewakan lagi?” tebak Tijah bertubi-tubi.

Tipah melemparkan pandangannya jauh ke tengah bendang. “Entahlah. Tapi aku dapat rasakan Rayyan yang sekarang tak sama macam Rayyan yang dulu.”

Selamba Melah menyampuk dengan nyanyian sumbangnya. “Rayyan yang dulu bukanlah yang sekarang...hoi...dulu di tendang sekarang dia di sayang..hoi...”

Lili segera menunjal dahi Melah. “Kau ni, Melah! Orang tengah serius ni, kau buat main-main pulak, yer? Aku hentak karang baru kau tahu!”

Melah menyerigai. “Hehe...sorilah beb. Ok sekarang ni apa yang kau nak buat, Tipah? Kau nak terima ke lamaran Rayyan tu?”

“Korang rasa macam mana? Patut ke tidak aku terima lamaran dia?” tebak Tipah pula.

“Hmm...aku rasa baik kau jangan terima lamaran dia, Tipah,” pojok Melah pula.

“Kenapa pula kau cakap macam tu?” soal Tipah kehairanan.

“Sebab kali ni biar aku pula yang terima lamaran dia. Gerenti dia takkan lari punya masa majlis perkahwinan kami nanti,” seloroh Melah sambil ketawa mengekek-ngekek.

Bulat mata Tipah, Tijah dan Lili. Terus mereka bertiga menerpa ke arah Melah. Tergolek-golek Melah di buatnya bahana dari geletekan mereka bertiga.

Termengah-mengah Melah bersuara. “Ok! Ok! Aku surrender! Ganas gilerlah korang ni!”

Tipah mencebik. “Tulah! Padan muka kau! Lain kali buat lagi lawak sengal pagi-pagi macam ni. Korang, bagilah buah fikiran sikit. Aku betul-betul buntu ni.”

Melah segera menghampiri Tipah. Bahu teman baiknya itu di tepuk-tepuk perlahan. “Tipah, sebenarnya semua ni terpulang pada kau. Tanya hati kau sendiri. Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau terimalah dia seadanya. Tapi kalau kau tak cintakan dia, baik kau lupakan dia buat selama-lamanya.” Padat, ringkas dan tepat. Kata-kata Melah itu terus sahaja memerangkap bisikan hati Tipah. Mindanya bagaikan tercakna. Kali ini dia harus membuat pilihan di antara kata hati atau kata akalnya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Buat pertama kalinya sejak dua minggu yang lepas akhirnya akaun ‘facebook’ TIPAH CANTIK aktif semula. Yes! Inilah yang di tunggu-tunggu oleh Rayyan. Sessi pujukan di alam maya ini menjadi jalan terakhir baginya untuk menyakinkan Tipah agar mengahwininya. Pantas jemarinya menaip kata-kata mukadimah.

- Salam. Tengah buat apa tu?

Tipah menjuihkan bibirnya. “Nak memancing aku ler tu,” desis Tipah dalam hati.

- Salam. Tengah bajak sawah sambil menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia

Rayyan tersenyum sinis. “Dah mulalah tu dengan lawak sengal dia,” gerutu Rayyan. Jemarinya semakin ligat menaip.

- Mungkin ini kali terakhir kita bertentangan mata. Esok pagi saya dah nak balik ke Australia

Kaget Tipah seketika. “Alamak, dia dah nak balik? Hmm...melepas lagiler aku jawabnya ni.”

- Ok.

Rayyan terkedu. “Hah, ok je? Aduh, macam mana aku nak ayat dia ni?” Ligatnya jemari Rayyan menaip, seligat otaknya berfikir.

- Ok jer?? Saya mengharapkan sesuatu yang lebih dari awak..............

“Aha, inilah masa aku pulak nak jual mahal dengan dia,” sengih Tipah.

- Harapkan apa yer? Ker harapkan pagar, pagar yang makan padi???

Sentap hati Rayyan mendengarnya. “Aduh, terkena aku sebijik!” gerutu Rayyan dengan nada geram.

- Takpelah kalau awak cakap macam tu. Cuma saya nak tanya awak buat kali terakhir. Sudikah awak kahwin dengan saya? Kalau awak tak sudi, saya takkan marah. Saya takkan ganggu hidup awak lagi. Saya akan pergi dari hidup awak buat selama-lamanya....

Kali ini giliran Tipah pula yang terkedu. Perasaan kasih dan sayangnya masih tebal terhadap Rayyan. Sanggupkah dia kehilangan jejaka itu dari hidupnya buat selama-lamanya? Tipah mengeluh. Keputusan harus di buat sekarang. Dia patut terima atau tidak? Akhirnya Tipah nekad.

- Esok jumpa dengan ayah saya dan tetapkan tarikh kahwin

PAP! Serta-merta ‘TIPAH CANTIK’ offline. Rayyan tersenyum lebar hingga ke telinga. Akhirnya misinya berjaya. Tidak sabar-sabar dia menunggu esok hari!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku