PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 21 - Part 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
16135

Bacaan






BAB 21 - Part 2

Website maybank2u di godeknya. Klik tetikus di talakan pada bahagian ‘All Account : Savings and Current Accounts’. Terbeliak biji mata Tipah melihat amaun duitnya di ruangan ‘Current Balance’. Ada RM 30,030.00 ! RM 30 tu sahlah baki duitnya dalam akaun tapi mana pula datangnya lagi RM 30,000.00 tu? Pantas Tipah menekan ‘Transaction History’. Jelas terpampang di situ ada tiga transaksi duit dari Aurora Electrical Services setiap 25 haribulan. Setiap satu transaksi bernilai RM 10,000.00. Namun RM 30,000.00 itu langsung tidak bermakna buat Tipah.

Duit RM 30,000.00 itu hanya menjadi perlambangan bahawa sudah tiga bulan lamanya Rayyan meninggalkan dia terkapai-kapai sendirian di sini. Walhal pada malam sebelum Rayyan bertolak pulang ke Australia, berkali-kali dia menegaskan akan kembali semula ke sini secepat mungkin sebaik sahaja urusan visa Tipah selesai. Sudah tiga bulan berlalu namun langsung tiada khabar berita dari Rayyan. Sudah berpuluh-puluh mesej dari ‘TIPAH CANTIK’ buat ‘RAYYAN HAIKAL DATO’ KHALID’ namun satu pun tiada jawapan.

Dari jauh Melah terlihat kelibat Tipah dengan laptopnya di atas pangkin yang di payungi pepohonan mempelam yang merimbun. Pelik pula Melah melihat wajah Tipah yang kusut. Perlahan-lahan Melah mendekati Tipah dari belakang.

“Wei! Kenapa dengan kau ni? Monyok semacam je. Wow! Banyaknya duit kau! Ada berapa tu? Fulamak ada RM 30,000.00 ler! Bagi aku sikit, boleh?”

Gurauan Melah itu langsung tidak berupaya untuk mengukirkan segaris senyuman di bibir Tipah.

Melah menggaru-garu kepalanya. “Peliklah kau ni! Duit ada banyak dalam bank tapi masih nak monyok tak tentu pasal. Tak fahamlah aku!”

Tipah membentak. “Kau cakap senanglah! Memanglah duit aku banyak sekarang tapi masalahnya suami aku tak balik-balik langsung sampai ke hari ini! Aku buntu ni. Aku dah tak tau nak buat macam mana lagi!”

Melah segera tersenyum lebar. “Kau ni, nama je student terbaik STPM sekolah kita tapi benda kecil macam ni pun kau tak boleh nak fikir. Apa susahnya? Kalau dia tak nak datang sini, kitalah datang cari dia kat Australia. Duit kau kan banyak, bolehlah kau support aku sekali pergi sana. Amacam, bernas tak idea aku?”

Tipah terus melompat bangun dari pangkin tersebut. “Ahalah! Betul juga cakap kau tu. Kenapa aku boleh tak terfikir, yek? Eh, tapi nanti kalau tiba-tiba aku muncul kat sana, tak marah ke suami aku nanti?”

“Afsal pulak dia nak marah? Mesti dia lagi bertambah suka pasal kau dah mudahkan kerja dia. Tak payahlah dia susah payah nak datang sini jemput kau.”

Air muka Tipah yang suram terus bersinar-sinar bagaikan rembulan di kala mengambang. “Betul jugak tu. Terima kasihlah, Melah. Aku tak sangka kau berjaya selesaikan masalah aku ni. Ok, sekarang ni kau pergi minta izin mak dengan ayah kau dulu. Esok pagi-pagi kita pergi ke pejabat imigresen untuk buat passport. Tiket flight nanti kita booking online jelah. Ok tak?”

Melah terlompat-lompat keriangan. “Cantik! Yay! Dapat makan angin kat Ostrolia! Yiha! Yabedabedu!”

Pak Saad dan Makcik Rosnah segera menjengukkan kepala di serambi rumah. Jeritan Melah itu ternyata telah menarik perhatian mereka. “Apa kena pulak dengan korang berdua ni, hah? Terpekik terlolong macam polong tengah-tengah hari buta ni!” jerkah Makcik Rosnah.

Tipah dan Melah segera menerpa ke arah Pak Saad. “Ayah, makcik, Tipah dah ambil keputusan. Dalam masa terdekat Tipah dan Melah akan berangkat ke Australia untuk berjumpa dengan Rayyan!”

Tercengang Makcik Rosnah mendengarnya. Namun berita itu langsung tidak memeranjatkan Pak Saad. “Pergilah, nak. Memang sepatutnya kamu berada di sisi suami kamu. Segala keperluan dan makan minumnya sekarang sudah terletak di atas batu jemala kamu.”

Lega Tipah mendengar kata-kata Pak Saad. “Terima kasih ayah kerana memberi keizinan pada saya.” Minda Tipah sudah mula merangka pelbagai agenda. Australia, mu tunggu ku datang!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tipah dan Melah sudah berada di dalam perut pesawat MH 0125. Pesawat model Airbus A330 yang boleh memuatkan seramai 295 orang penumpang dalam satu-satu masa ini dijangka akan tiba dalam masa lima jam 30 minit. Perjalanan sejauh 4,146 kilometer ini pasti akan membenihkan suatu pengalaman baru buat Tipah dan Melah kerana ini adalah pengalaman pertama kedua-dua mereka menaiki kapal terbang.

Melah agak gugup. Tipah cuba menenangkan sahabat baiknya itu. “Kau jangan risau, Melah. Aku ada buat kajian pasal pesawat yang kita naik ni. Sayapnya telah dipanjangkan dan di lengkapi dengan pengimbang dan perisian terbang dengan dawai. Itu menjadikan sayapnya amat kukuh dan mampu menghadapi angin kuat ataupun awan yang tebal. Setakat ni prestasi pesawat ni amat cemerlang sekali, tau? Cuma ada empat kecelakaan yang membabitkan model ni. Satu kes hilang kawalan, satu lagi terhempas tanpa dapat di pastikan sebabnya dan dua lagi terhempas sebab rampasan pesawat.”

Melah merenung Tipah bagaikan hendak di telan sahabatnya itu hidup-hidup. “Fuyyo! Memang cemerlang betul prestasi pesawat ni, kan? Wei, aku dah lah tengah kecut perut! Yang kau pergi cerita pasal kecelakaan pesawat ni apahal? Ini bukan nak hilangkan takut aku, bertambah seram lagi adalah!”

Tipah menyerigai. “Hehe soriler beb. Aku cuma nak bagitahu kau fakta yang sebenar je.” Melah hanya mampu melemparkan jelingan maut sahaja pada sahabatnya itu.

“PERHATIAN KEPADA PARA PENUMPANG, ANDA DIMINTA MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR. KAPAL TERBANG AKAN BERLEPAS SEBENTAR SAHAJA LAGI.”

Melah sudah memaut lengan Tipah dengan kuat. “Tipah! Aku takutlah! Kapal terbang ni dah nak naik! Boleh tak aku tak jadi ikut kau? Aku tak beranilah!” Belum sempat Melah bangkit Tipah sudah merentap tangannya sekuat hati.

“Kau jangan nak mengada-ngada, yer? Aritu kau jugak yang beria-ria nak ikut! Sekarang ni suka-suka kau je nak tinggalkan aku! Dah! Baik kau duduk diam-diam!”

Kelajuan pesawat mula meningkat sedikit demi sedikit. Apabila kapal terbang mula menjongket, isi perut Melah bagaikan ditarik-tarik. Semakin kuat pula Melah menggenggam lengan Tipah. Kedua-dua belah matanya ditutup rapat. Akhirnya pesawat itu berjaya membelah awan putih yang indah menghiasi langit yang membiru. Maka berakhirlah penyeksaan Melah.

Segera Melah membuka kelopak matanya. Terpukau dia seketika melihat pemandangan indah yang tersaji dari balik jendela pesawat itu.

“Subhanallah! Betapa cantiknya ciptaanMu Ya Allah!” Spontan terungkap kata-kata itu dari bibir Melah.

Tipah hanya tersenyum mendengarnya. “Cantik, kan? Bersyukurlah kita, Allah masih beri peluang pada kita untuk melihat pemandangan yang cukup indah ni.”

Pantas Melah mengeluarkan telefon bimbitnya berserta dengan tongkat monopodnya sekali. “Tipah! Apa lagi, jom kita selfie!” Dengan selambanya Melah dan Tipah memulakan aktiviti kegemaran mereka. Pada mulanya Tipah dan Melah berselfie sesama sendiri. Lama-kelamaan anak-anak kapal pesawat ini turut menjadi mangsa mereka. Mujurlah para penumpang lain di dalam pesawat itu ‘sporting-morting’ belaka. Gelagat Tipah dan Melah sekadar menjadi halwa mata mereka.

Selesai sudah acara berselfie. Tipah dan Melah menghempaskan punggung semula ke atas kerusi. Tidak berapa lama selepas itu kedua-duanya terus hanyut di buai alam mimpi.

Bunyi siulan angin yang kuat serta-merta menerpa ke gegendang telinga Melah. Serta-merta kelopak matanya terbuka luas. Seluruh tubuhnya terasa bergetar. Pesawat tersebut bagaikan hilang kawalan. Sekejap ia menyenget ke kanan, sekejap ia menyenget ke kiri. Para penumpang lain sudah menjerit-jerit ketakutan. Pantas Melah mengoncang bahu Tipah dengan kuat.

“Tipah! Bangun, Tipah! Kapal terbang ni nak jatuh agaknya!”

Terpisat-pisat Tipah bangun. Di kesat-kesatnya kedua-dua matanya. Matanya terus meliar memerhatikan sekeliling. Keadaan sudah semakin tidak terkawal. Tipah hanya terpegun melihat suasana yang kacau-bilau itu.

Melah sudah menangis ketakutan. “Tipah, aku takut, Tipah! Aku tak nak mati lagi! Dosa aku terlalu banyak! Lagipun aku tak kahwin lagi! Tipah, apa kita nak buat ni? Tolong! Tolong!”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku