PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 22 - Part 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
16398

Bacaan






BAB 22 - Part 2

“Choose! Money or your life?” Tersentak seketika Tipah dan Melah. Namun mereka tidak pendek akal. Dengan berani Tipah merentap tangan pemandu teksi tersebut sehingga pisau lipatnya tercampak ke celah-celah kerusi. Melah pula terus mengepit leher pemandu teksi itu dengan lengannya sekuat hati.

Tipah terus berteriak. “Now your choose! Send us to that address or we send you to police station!”

Termengah-mengah pemandu teksi itu menjawab. “I’m sorry! Please don’t send me to police! I promise I’ll send you anywhere, anytime free of charges!”

Tipah mendengus kasar. “Next time don’t mess with other people like this. Send us to that address right now! Melah, lepaskan dia.”

Kelam-kabut pemandu teksi itu menghidupkan enjin teksinya. Terus sahaja teksi itu meluncur laju membelah keheningan petang di Perth. Tepat pukul 6.30 petang Tipah dan Melah sudah sampai di sebuah bangunan pencakar langit yang tinggi menjulang awan. Pasti di sinilah terletaknya Aurora Electrical Services! Tipah tersenyum riang. Tidak berapa lama lagi dia akan bersua muka semula dengan suami yang di cintainya. Tipah mengarahkan pemandu teksi itu untuk menunggu mereka seketika. Bimbang juga di hati Tipah sekiranya mereka tersalah tempat.

Pantas mereka berdua mengatur langkah ke arah seorang gadis tempatan yang sedang duduk di kaunter penyambut tetamu. Dengan sopan Tipah segera melontarkan soalan kepadanya.

“Excuse me, miss. May I see your bos, Mr Rayyan Haikal?”

“Oh, I’m so sorry. Mr Rayyan already gone back home. Is there anything I can assist both of you?”

Kekecewaan jelas terpancar di wajah Tipah. “Oh, I see. Hmm...Is there any way I can see him because I got urgent matter to discuss with him.”

“Maybe you can try this.” Penyambut tetamu bermata biru dan berambut ‘blonde’ itu segera mengunjurkan sebuah kad perniagaan yang tertera nama Rayyan, alamat pejabat dan juga alamat rumahnya. Ya! Inilah yang Tipah perlukan sekarang!

Tipah menyambut huluran kad itu dengan wajah yang ceria. “Thank you very much, dear.” Penyambut tetamu itu sekadar tersenyum.

Tipah dan Melah segera berlari-lari anak ke arah teksi tadi yang masih setia menunggu mereka di luar. Terus sahaja kad perniagaan itu di hulurkannya pada pemandu teksi tersebut. “ Now you send us to this address.” Tanpa banyak soal pemandu teksi itu terus sahaja meluncur laju menuju ke alamat yang tertera di kad perniagaan itu.

Sebaik sahaja teksi tersebut memasuki kawasan kediaman perumahan mewah itu Tipah dan Melah tercengang seketika. Kediaman-kediaman di situ langsung tidak menyerupai rumah, ianya lebih mirip kepada istana raja!

“Hebatnya rumah-rumah kat sini, Tipah! Rumah Rayyan pun mesti besar macam ni, kan? Untungnya kau Tipah, dapat suami yang kaya-raya macam ni!” ungkap Melah dalam nada kagum.

Tipah menyerigai. “Takpe kau jangan risau, ya? Nanti aku suruh Rayyan rekemenkan kau dengan kawan-kawan dia yang kacak dan kaya.”

Melah terjerit keriangan. “Yahoo! Cayalah Tipah! Macam nilah baru di katakan sahabat sejati.” Tipah tersenyum simpul. Sayangnya Tipah pada Melah melebihi rasa sayang buat seorang sahabat. Apa sahaja pun sanggup dilakukannya demi Melah!

Akhirnya teksi tersebut sampai ke sebuah kediaman ala-ala istana Buckingham kepunyaan pemain bola sepak terkenal David Beckam. Deretan kereta-kereta mewah lagi ‘sporty’ kelihatan menjalar di sepanjang laluan menuju ke kediaman tersebut.

Melah kehairanan. “Banyaknya kereta! Macam ada majlis kenduri kahwin pulak aku tengok! Entah-entah dia tahu kau nak datang ke mari, tak? Tu yang dia sengaja anjurkan sebuah majlis khas untuk kau agaknya.”

Tipah menjuihkan bibirnya. “Yeke? Mana dia tahu aku nak datang sini. Aku langsung tak inform dia. Ingatkan nak buat kejutan untuk dia tapi nampak gayanya macam ada orang dah pecah lubang je ni. Jangan-jangan ni kerja makcik aku, tak?”

Melah menggangguk-angguk kepalanya. “Logik jugak kata-kata kau ni! Kalau betul ini majlis untuk kau, apalagi kita tunggu? Jomlah kita serbu!” Terkinja-kinja Tipah dan Melah melangkah masuk ke dalam kediaman mewah tersebut.

Namun teriakan dari sang pemandu teksi membantutkan langkah kaki mereka. “Miss, where should I put all this thing? Can I go now?” Punyalah teruja sampaikan boleh terlupa pula! Pemandu teksi tersebut sudah mengeluarkan bagasi Tipah dan Melah dari bonet teksi.

“Just put there. Ok, you can go now. Remember, next time don’t like this again. Otherwise I’ll not hesitate to report you to police.”

Cuak seketika raut wajah pemandu teksi tersebut. “No, miss. I won’t do this next time. Thank’s miss.”

Tipah dan Melah memerhatikan teksi itu meluncur perlahan-lahan meninggalkan perkarangan kediaman mewah ini. Kemudian dengan hati yang girang Tipah dan Melah melangkah masuk. Namun sebaik sahaja melangkah masuk mereka berdua rasa terasing bagaikan rusa masuk kampung.

Berkerut seketika dahi Tipah dan Melah apabila melihat pakaian rata-rata tetamu di dalam majlis ini. Yang lelakinya sekadar menyarung seluar renang lelaki yang ketat manakala yang perempuannya lebih ‘daring’ apabila sekadar berbikini sahaja! Naik buntang biji mata Tipah dan Melah melihatnya.

Tipah beristigfar beberapa kali. “Astagfirullahalazim! Astagfirullahalazim! Macam ni ke majlis sambutan untuk kedatangan aku? Dah macam pesta buih je aku tengok!”

Kehadiran Tipah dan Melah di kolam renang itu segera menarik perhatian Zaffrul. Kaget dia seketika. “Alamak! Macam mana Cik Puan Tipah boleh ada kat sini? Ishh, tak boleh di biarkan ni. Aku kena halang dia!”

Pantas dia mendapatkan mereka berdua. “Cik Tipah! Macamana Cik Tipah boleh ada kat sini?”

Terkujat Tipah melihat kemunculan Zaffrul. “Eh, Encik Zaffrul pun ada kat sini? Encik Rayyan mana?”

Tergagap-gagap Zaffrul menjawab. “Err...Encik Rayyan...hmm...dia ada kat dalam...eh, maksud saya...dia tengah sibuk.”

Berkerut dahi Tipah mendengarnya. “Apa ni Encik Zafrul? Sekejap ada, sekejap sibuk. Takpelah saya cari dia sendiri kat dalam.” Belum sempat dia melangkah pergi cepat-cepat Zaffrul menghadangnya.

“Nanti dulu, Cik Tipah. Cik Tipah tak boleh masuk dalam,” seru Zaffrul dengan wajah yang panik.

“Afsal pulak? Ni mesti ada sesuatu ni,” tukas Tipah sambil menepis tangan Zaffrul. Pantas dia dan Melah melangkah pergi dari situ.

Tidak semudah itu Zaffrul menyerah kalah. Terus sahaja dia meregut lengan Tipah dengan kasar dari belakang. Sepasang mata berwarna hazel kecoklatan milik Tipah di sebalik cermin mata berbingkai tebal segera menawan kalbunya. Namun Tipah pula sebaliknya. Rasa marahnya meluap-luap melihat keberanian Zaffrul yang tidak bertempat. Kebetulan Zaffrul berdiri betul-betul membelakangkan kolam renang. Kesempatan ini di ambil oleh Tipah untuk menolak jejaka tersebut ke dalam kolam renang tersebut dengan sekuat hatinya! Semua orang yang berada di pinggiran kolam renang itu bersorak kegembiraan. Sangka mereka Tipah dan Zafrul sedang bergurau senda!

Seorang pelayan wanita yang seksi berbikini tiba-tiba mendatangi mereka. Tanpa segan silu pelayan tersebut terus menawarkan air minuman syaitan@minuman keras kepada mereka berdua. Sakit pula hati Tipah di buatnya.

Sambil tersenyum sinis Tipah mengambil salah satu dari gelas yang di tawarkan. Isipadu gelas itu segera di tuangkannya ke atas lantai. “Thank you very much. But I don’t drink satan water. Do you drink this water? Oh my gosh! So now what is a different between you and satan?” Merah padam muka pelayan wanita tersebut. Terkocoh-kocoh dia berlalu pergi dari situ.

Terbahak-bahak Tipah dan Melah ketawa. “Padan muka! Selamba dia je nak suruh kita minum air kencing syaitan tu. Nasib baiklah pelayan tadi tu bukan orang Islam. Kalau tidak memang aku dah sembur kaw-kaw tadi!”

Melah menggaru-garu kepalanya. “Memanglah pelayan tadi bukan orang Islam tapi bukankah tuan punya rumah ni merangkap suami kau adalah orang Islam? Kenapa dia benarkan minuman seperti ini di hidangkan pada majlis yang di adakan di rumahnya sendiri?”

Tipah terkedu. Kata-kata spontan dari Melah itu benar-benar menikam jiwa. Namun apa yang dikatakan oleh Melah itu memang benar sama sekali!

Tipah tertunduk malu. “Betul cakap kau tu, Melah. Ini rumah seorang Islam. Tidak sepatutnya majlis seliar ini di anjurkan di sini. Mari, Melah. Kita kena betulkan semula keadaan ini!”

Pantas Tipah dan Melah menghayun langkah. Kelibat Rayyan harus mereka jejaki kerana kegilaan ini harus di hentikan serta-merta. Mereka berdua segera melangkah masuk ke dalam rumah. Muzik kuat yang berkemandang segera menghentam gegendang telinga Tipah dan Melah. Puluhan lelaki dan wanita sedang menari dengan pasangan masing-masing dengan aksi yang mengghairahkan.

Mata Melah segera tertangkap pada sesusuk tubuh yang amat di kenalinya. Di cuitnya Tipah. “Tipah, cuba kau tengok tu!”

Rayyan sedang asyik menari sambil berpelukan mesra dengan Zeta. Betapa hancurnya hati Tipah melihat adegan yang tidak di sangka-sangkanya itu!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku