PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 24 - Part 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
16034

Bacaan






BAB 24 - Part 1

Tipah dan Melah menyerigai. Terasa kemenangan berada di pihak mereka. Rayyan bagaikan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.

“Akak dah hilang akal ke? Takkanlah kita nak duduk sekali dengan orang lain yang takde kena-mengena dengan kita?”

Sinis Tipah mencelah. “Agaknya awak lupa kot, Encik Rayyan Haikal. Secara rasminya saya kan dah jadi isteri awak yang sah tiga bulan yang lepas.”

Makin panas punggung Rayyan di buatnya. “Apa-apa sajalah! Dah! Malaslah nak dengar semua ni. Kusutlah!”

Pantas Rayyan menghayunkan kakinya menuju ke kereta Porche 911 Carrera 4S kesayangannya. Selepas menekan butang penggera automatik terus sahaja punggungnya di henyakkan ke dalam kereta itu. Dengan tidak semena-mena Tipah sudah membuka pintu kereta di bahagian penumpang sebelah hadapan. Dengan selamba terus di labuhkannya punggung di situ.

Tercengang Rayyan melihatnya. “Hei, siapa suruh awak masuk dalam kereta ni, hah? Keluar sekarang!” Tipah hanya mempamerkan muka selamba badaknya.

Naik angin Rayyan di buatnya. “Awak saja cari pasal dengan saya, ya. Ok, takpe. Nak ikut sangat, kan? Jom kita pergi bersiar-siar!”

Enjin kereta segera di hidupkan. Rayyan menekan pedal minyak dengan sepenuh tenaganya. Ngauman kereta Porche 911 Carrera 4S itu segera menggamit kaki Raina, Melah dan Makcik Roza ke muka pintu. Dengan sekelip mata kereta tersebut berdesup laju di hadapan mereka bertiga!

Tipah sudah mula cuak. “Rayyan! Laju sangat ni! Perlahan ler sikit!”

Rayyan tersenyum sinis. “Apa dia? Perlahan sangat? Meh saya lajukan lagi yer!” Semakin galak Rayyan menekan pedal minyak. Kelajuan kereta sudah mencecah lebih dari 180 kilometer sejam.

Kecut perut Tipah di buatnya. “Rayyan! Tolong berhentikan kereta ni sekarang! Saya takut! Tolonglah!”

Ketakutan Tipah semakin mencambahkan keterujaan di hati Rayyan. Wajah pucat lesi itu semakin menyerlahkan seri kecantikan asli seorang gadis kampung yang begitu mempersonakan. Terpukau seketika Rayyan di buatnya. Matanya yang leka tertancap pada wajah Tipah membuatkan dia hilang kesedaran seketika pada stereng kereta yang tergenggam kemas di tangannya. Tanpa di sedarinya kereta itu sudah memasuki lorong bertentangan.

Sebuah kereta yang meluncur datang dari arah bertentangan membuatkan Tipah memekik sekuat hatinya. “Rayyan! Jaga-jaga, ada kereta kat depan!”

Secepat kilat Rayyan mengelak. Kakinya segera menekan brek kereta. Mujurlah sistem suspensi ‘Porche Stability Management’ berjaya membuatkan brek kereta ini mencengkam dengan baik dan kereta berjaya di hentikan di pinggiran jalan tanpa sebarang kejadian yang buruk. Namun impak dari brek mengejut itu menyebabkan kaki Rayyan terhantuk dengan kuat pada ‘dashboard’ kereta.

Berkerut-kerut dahi Rayyan menanggung kesakitan. “Adoi! Sakitnya!”

Tipah menggelabah seketika melihat Rayyan dalam kesakitan. “Kaki awak sakit ke? Boleh bawak kereta lagi tak?”

Rayyan mengerling dengan perasaan yang marah. “Apa jenis soalan yang awak tanya ni? Kaki saya ni dah tentu-tentunya sakit! Macam mana saya nak bawak kereta?”

Tipah tergamam. “Habis tu macam mana kita nak balik? Siapa nak bawak kereta ni?”

Rayyan membidas. “Awaklah yang kena bawak kereta ni, siapa lagi? Cakap tu macamlah ada ramai lagi orang lain kat sini!”

Tipah menggaru-garu kepalanya. “Mana saya reti bawak kereta! Bawak motor bolehlah!”

Rayyan menepuk dahinya. “Aduh! Masak kita kali ni! Nampaknya kita takde pilihan lain. Awak kena bawak kereta ni. Saya akan bagi arahan pada awak.”

Rayyan cuba melangkah keluar dari kereta namun kesakitan di kakinya membataskan pergerakannya. Tipah segera datang ke sisinya untuk membantu. Dia cuba untuk memapah Rayyan namun dengan kasar Rayyan menepis tangannya.

“Tak payahlah sibuk-sibuk nak tolong! Saya boleh bangun sendirilah!”


P/S : Rayyan...Rayyan...tak habis-habis dengan egonya yang tak bertempat...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku