PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 26 - Part 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15770

Bacaan






BAB 26 - Part 2

Tipah segera mencubit lengan Melah. “Coverlah sikit kau ni! Buat malu kaum kerabat je!”

Tersenyum simpul Raina melihat gelagat Melah. Segera dia mendekati jejaka tersebut. “Kamu nak berkenalan dengan dia ke, Melah? Meh akak kenalkan. Inilah Arif Ilham, seorang usahawan penternakan mutiara yang paling berjaya abad ini.”

Ternganga mulut Tipah dan Melah. “Fuiyoo! Pengusaha mutiara? Maksud akak rantai mutiara yang mahal giler tu ke? Kiranya abang Arif ni jutawan muda ler yek? Saya suka! Saya suka!” Terkinja-kinja Melah melompat kesukaan.

Makcik Roza segera mencelah. “Betul lah tu, Melah. Encik Arif Ilham ni memang seorang tokoh usahawan yang berjaya, tau. Tahun lepas pun dia baru menang anugerah tokoh usahawan muda yang paling berkaliber. Dan untuk pengetahuan korang berdua, Encik Arif Ilham ni buah hati Kak Raina kamu.”

Tipah dan Melah tergamam. Melah menelan air liurnya berkali-kali dengan wajah kaget. “Err...sori kak Raina. Melah tak tahu abang Arif ni kekasih kak Raina.”

Sepotong senyuman manis terukir di bibir Arif Ilham. “Takpe, Melah. Kak Raina kamu tak marah punyalah. Confirm dia takkan cemburu. Yelah selama ni pun abang je yang tergila-gilakan dia. Tapi dia sebelah mata pun tak pandang abang ni,” sinis Arif Ilham menukas.

Rona wajah Raina mula memerah. “Awak, janganlah cakap macam tu depan budak-budak ni.”

Melah menyerigai. Dengan selambanya dia menyampuk. “Hah! Kalau Kak Raina tak sudi pandang abang, saya sudi pandang abang seumur hidup saya!” Serentak Raina, Makcik Roza dan Tipah menjeling Melah dengan jelingan maut menikam kalbu.

Kaget Melah di buatnya. “Hehehe...sori. Gurau je. Jangan marah, hah. Nanti cepat tua,” pantas Melah berdalih. Tergeleng-geleng kepala Tipah melihat gelagat sahabat baiknya itu.

“Ada-ada aje kamu ni Melah. Hah, akak dan abang Arif nak pergi menonton wayang hari ni. Cerita ‘Transformers : Ages of Extinction. Siapa nak ikut?”

Pantas Melah mengangkat tangan. “Saya nak! Saya nak!” Sekali lagi cubitan Tipah tepat hinggap ke lengan Melah.

Terkujat-kujat Melah menahan kesakitan. “Wei, sakitlah! Macam ketam batu ler tangan kau ni,” gerutu Melah kegeraman.

Tipah memberi isyarat mata pada Melah. “Takpelah, akak pergilah dengan abang Arif. Melah tak nak ikut pun, dia main-main je. Betul tak, Melah?” Terjegil bebola mata Tipah mengerling ke arah Melah.

Raina segera mendekati Melah. Di tariknya tangan gadis itu. “Eh, takpe. Takde masalah. Memang akak nak ajak korang berdua pun pergi sekali. Jomlah. Lepas tengok wayang boleh akak bawa korang pergi bersiar-siar kat bandar Perth ni. Kat sini banyak tempat-tempat yang menarik, tau. Pakwe-pakwe kat sini pun hensem-hensem belaka.” Beria-ria Raina mempelawa.

“Hah? Ada pakwe hensem? Nak ikut! Nak ikut!” Melah sudah terkinja-kinja keriangan. Mujur dia tidak mempamerkan aksi lompat balik kuangnya!

Tipah hanya berdiri kaku tanpa sebarang perasaan. Hatinya memang teringin menjejaki bandar Perth yang indah ini namun mengenangkan Rayyan dan Zeta yang enak berdua-duaan di atas berat pula kakinya nak melangkah pergi.

Tipah tersenyum hambar. “Melah, kalau kau nak ikut kak Raina, kau ikut jelah. Biarlah aku tunggu kat sini. Sebagai seorang isteri, aku harus sentiasa berada di sisi sang suami. Tak sedap hati pula nak tinggalkan Rayyan dan Zeta berdua-duaan kat atas tu.”

Raina dan Arif Ilham saling berpandangan. Mereka membungkam. Kata-kata Tipah itu langsung tidak terjangka oleh mereka! Jauh di sudut hati Raina akui memang tidak silaplah arwah papa dan mama memilih Tipah sebagai isteri Rayyan. Sekurang-kurangnya Tipah boleh mengawal tingkah-laku adiknya yang semakin menjadi-jadi tu!

Raina tersenyum simpul. “Kalau Tipah dah cakap macam tu, akak tak boleh nak kata apalah. Oklah Melah, jom kita gerak sekarang.”

Tipah mengiringi mereka bertiga sehingga ke pintu. Di halaman kediaman mewah tersebut menjalar sebuah SUV Porsche Cayenne Turbo S berwarna merah cili yang memukau pandangan. Terpegun Tipah dan Melah seketika.

“Rugilah kau tak ikut kitorang, Tipah! Kereta ni lawa giler tu!” Melah sudah menerkam kereta tersebut. Kuat sungguh godaan kali ini! Tipah memang sudah lama mengidam untuk menaiki kereta ini. Hatinya meronta-ronta ingin ikut bersama. Namun naluri seorang isteri kuat mengingatkan diri agar jangan sesekali membiarkan sang suami terus terjerumus ke dalam bisikan syaitan!

Tipah mengeluh. “Aku memang teringin nak ikut. Tapi rasanya Rayyan lebih memerlukan aku di sini.”

Fokus Melah sudah terarah kepada kereta itu. Kata-kata Tipah langsung tidak menapak di gegendang telinganya. Belum sempat Arif Ilham mempelawanya naik Melah sudahpun melabuhkan punggungnya ke dalam kereta tersebut.

Tebal muka Tipah dengan kelakuan Melah yang terkinja-kinja umpama beruk kena belacan. Segera dia berpaling ke arah Raina dan Arif Ilham. “Sori Kak Raina, abang Arif, Melah ni memang macam tu. Akak dan abang jangan ambil hati, ya,” ujar Tipah dengan wajah serba-salah.

Segaris senyuman terbit di bibir Raina. “Alah, akak tak kisahlah, Tipah. Akak faham. Melah tu teruja. Maklumlah ini kan kali pertama Melah menjejakkan kaki ke sini. Kalau akak jadi dia pun mesti akak teruja juga. Oklah Tipah kami gerak dulu. Jaga Rayyan elok-elok, ya,” seloroh Raina sambil mengenyitkan matanya.

Tipah sekadar tersenyum hambar. Dia berteleku di muka pintu sehinggalah kereta yang di pandu oleh Arif Ilham itu hilang dari pandangan. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke dalam apabila muncul pula sebuah kereta MPV Hyundai iMax berwarna kelabu di perkarangan kediaman tersebut.

Terbelalak mata Tipah apabila menyaksikan sesusuk tubuh yang amat di kenalinya melangkah turun dari MPV tersebut. “Abang Raimi! Apa yang abang buat kat sini?” pekik Tipah sekuat hatinya.

Raimi terpana seketika. Rambut hitam mengurai Tipah yang berterbangan di tiup sang bayu bagai menyanyikan lagu cinta dalam jiwanya.

“Ayunya kau, Tipah,” desis Raimi dalam hati. Tidak berkelip matanya memandang setiap inci wajah gadis idamannya itu.

Renungan Raimi yang menikam kalbu itu membuatkan Tipah tidak selesa. “Kenapa abang pandang Tipah semacam je ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?”

Raimi bungkam. “Err..err...takde papelah. Amboi datang sini langsung tak bagitahu abang, ya? Senyap-senyap je!” giliran Raimi pula menjerkah Tipah.

Tipah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Hehehe...sorilah abang. Terlupa lah pulak nak bagitahu.”

Pakcik Halim melangkah turun dari kereta. Terus sahaja dia melangkah ke arah Tipah.

“Jadi inilah Tipah, ya? Pakcik selalu dengar nama je. Inilah kali pertama kita dapat bersua muka. Nama pakcik Halim. Pakcik ni peguam kepada arwah Dato’ Khalid dan Datin Khalida,” sapa Pakcik Halim dengan mesra.

Berkerut seketika dahi Tipah. “Rasanya saya tak kenal pakcik. Macam mana pakcik kenal saya yek?”

Sambil tersenyum simpul, Pakcik Halim membalas. “Pakcik kenal kamu sebab nama kamu ada tertera dalam wasiat arwah Dato’ Khalid. Dan kerana ini jugalah pakcik datang ke mari.”

Tercengang seketika Tipah mendengarnya. “Hah? Nama saya ada dalam wasiat arwah Dato’ Khalid? Pakcik salah tengok kot? Tak mungkinlah!”

Pekikan kuat Tipah itu segera menggamit perhatian Rayyan dan Zeta yang sedang asyik bersantai-santai di atas. Bingkas mereka berdua bangkit dan melangkah menuruni tangga. Darah muda Rayyan serta-merta menyirap tatkala melihat wajah musuh ketatnya Raimi terpacul di muka pintu.

Pantas dia memekik. “WOI!! SIAPA SURUH KAU JEJAKKAN KAKI KE RUMAH AKU NI, HAH? BERAMBUS KAU DARI SINI!”

Dalam keadaan yang terjengket-jengket Rayyan segera menerpa ke arah Raimi. Semua yang berada di situ tergamam.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku