PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 27 - Part 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15424

Bacaan







BAB 27 - Part 2

Zeta pula tidak habis-habis merenung ke arah Raimi. Degupan jantungnya mula tidak sekata tatkala pertama kali terpandang seraut wajah kacak tersebut. Gelojak nafsu sudah mula menguasai dirinya. Tanpa segan silu terus sahaja dia menghampiri Raimi.

“Hai...I’m Zeta. You’re?” Zeta menghulurkan tangannya dengan aksi penuh menggoda. Naik meluat pula Tipah dan Makcik Roza di buatnya.

Terkujat seketika Raimi melihatkan ‘keberanian’ gadis jelita itu. Huluran tersebut segera disambutnya. “Saya Raimi, abang kepada Tipah.”

Zeta merenung Raimi dari atas ke bawah sehingga serba-salah jejaka itu di buatnya. “Well, adik-beradik tapi jauh panggang dari api. Like beauty and the beast. Awak beauty, adik awak tu beast,” sinis Zeta bersuara. Pedihnya hati Tipah hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Raimi seakan-akan dapat membaca isi hati adik tirinya itu. Selamba dia ‘membasuh’ Zeta. “Kecantikan sebenar bagi seorang perempuan itu bukanlah boleh di nilai sekadar dari luaran sahaja. Kecantikan sebenar bagi seorang perempuan adalah kecantikan luarannya seiring dengan kecantikan dalamannya. Ok, saya minta diri dulu. Tipah, jom tunjukkan bilik abang kat mana.”

Tipah, Raimi dan Makcik Roza melangkah seiringan menuju ke tangga. Terkebil-kebil Zeta di buatnya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Raimi memang handal memasak. Petang itu Tipah dan Makcik Roza seolah-olah menonton demostrasi masakan dari Chef Zubir, juri rancangan Masterchef Malaysia. Raimi menunjukkan skilnya memasak penkek beserta dengan ‘topping’ strawberry. Riuh-rendah dapur tersebut di kerjakan oleh mereka bertiga.

Tidak senang duduk Rayyan dari tadi. Kehadiran Raimi benar-benar mencabar kejantanannya. Sakit hatinya memikirkan Tipah yang asyik berkepit dengan Raimi sejak kemunculan mamat K-Pop sesat tu.

“Ini tak boleh jadi ni!” gerutu Rayyan sambil terkedek-kedek menuruni tangga. Kakinya yang masih berbalut membataskan pergerakannya. Zeta yang baru keluar dari tandas terkocoh-kocoh mendapatkannya.

“You nak ke mana ni, sayang? You tak boleh banyak bergerak. Nanti kaki you tu bertambah sakit.”

Rayyan mengherdik. “You diam! Jangan campur urusan I! Hati I yang sakit ni, mana you tahu? Boleh pula dua orang manusia tu bersukaria kat dapur I!”

Zeta bingung seketika. “Kenapa you nak marah-marah ni? I tak fahamlah! Kenapa pula you nak sakit hati? Diorang berdua tu bukannya orang lain dengan you. Diorang tu sepupu you, kan? Hai, takkanlah you ni ada hati pulak dengan budak Tipah selebet tu?”

Tebakan Zeta itu terus sahaja menyedarkan Rayyan. Ya, Zeta tidak tahu dan tidak harus di beritahu tentang ikatan perkahwinannya dengan Tipah. Lagipun ikatan tersebut hanyalah sekadar di atas kertas sahaja!

Nada suara Rayyan terus mengendur. “You jangan cakap yang bukan-bukanlah! I cuma marah dengan si Raimi tu. Hubungan antara kami berdua memang tegang sejak dari dulu. So bila tiba-tiba dia muncul di sini, itu pasal mood I pun ‘swing’ je. Maafkan I sayang kalau I berkasar dengan you tadi.”

Zeta tersenyum senang. “Don’t worry, sayang. I faham. Dahlah mari I pimpin you masuk bilik semula. You kena banyak berehat.” Rayyan terpaksa akur. Amarahnya terpaksa di pendam dalam hati sahaja nampaknya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Seawal pagi Pakcik Halim sudah sampai ke kediaman mewah tersebut. Mujurlah Makcik Roza dengan di bantu oleh Tipah dan Melah sudah menyediakan menu sarapan pagi yang menyelerakan. Terbuka selera Pakcik Halim apabila melihat nasi lemak, sambal kerang dan rendang ayam sudah elok terhidang di atas meja.

“Jemput makan, pakcik,” pelawa Tipah yang sedang sibuk menyusun pinggan-mangkuk di atas meja.

“Hmm...boleh juga.” Pakcik Halim segera menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Dengan cermat Tipah meletakkan menceduk nasi lemak ke dalam pinggan. Aroma yang datang dari nasi lemak tersebut menerbitkan aroma enak yang bertebaran ke seluruh kediaman mewah tersebut. Hidung Rayyan segera menangkap aroma harum tersebut. Pantas kakinya melangkah menuruni tangga.

“Wah! Ada nasi lemaklah! Lama dah tak makan ni!” seru Rayyan. Rakus dia mencapai pinggan dan menceduk nasi lemak dan sambal kerang ke dalam pinggan tersebut. Segera di suapnya nasi dan sambal kerang itu ke mulutnya.

Terjongket-jongket kening Rayyan tatkala menikmati keenakan nasi lemak tersebut. “Fuh! Sedapnya nasi lemak ni! Sambal kerang ni memang terbaiklah!”
seru Rayyan sambil menjilat jarinya.

Kembang-kuncup hati Tipah mendengarnya. “Sedap ke sambal kerang tu? Kalau macam tu esok saya masak lagi, ya?” sahut Tipah sambil tersenyum simpul.

Wajah ceria Rayyan terus bertukar menjadi kelat. “Err...maksud saya sambal kerang ni kurang sedaplah! Dahlah masin, pedas pulak tu.”

Pakcik Halim mencelah. “Yeke masin? Pakcik rasa sedap je.”

“Memang sedap pun, pakcik. Hanya orang yang buta mata hati je yang akan cakap sambal ni tak sedap,” tukas Raimi yang muncul secara tiba-tiba di situ. Tanpa di pelawa terus sahaja dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di sebelah Pakcik Halim. Di capainya pinggan kosong. Dalam sekelip mata pinggan itu sudah di penuhi dengan pelbagai jenis makanan. Dengan berselera suapan demi suapan terperlus ke dalam mulutnya.

Tingah-laku Raimi itu benar-benar menjengkelkan Rayyan. Dia bingkas bangun. “Pakcik, saya tunggu pakcik dalam bilik bacaan, ya. Tak seleralah nak makan pagi ni. Banyak sangat langau kat sini!” dengus Rayyan kasar.

Sengaja Raimi menambah rencah kemarahan Rayyan. “Aha! Baru perasan ada bapak langau yang paling besar kat sinilah! Tapi nasib baik dia dah nak blah dah. Syoh! Syoh!” Mercerlung mata Rayyan di buatnya. Dengan wajah masam mencuka dia menghayunkan langkah kakinya laju-laju dari situ.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Sedingin-dingin bilik bacaan itu, dingin lagi hati Rayyan. Wajah ceria Tipah dan Raimi mencarik-carik hatinya. Rayyan kian kaget. Sebentar sahaja lagi segala-galanya akan terbongkar.

“Baiklah! Semua orang dah ada di sini. Jadi pakcik tak mahu berlengah-lengah lagi. Kamu semua berada di sini hari ini kerana nama kamu semua ada tercatit di dalam wasiat ini.” Rayyan meneguk air liurnya. Peluh jantan mula merening-rening di jujuran dahinya.

Pakcik Halim menarik nafas panjang sebelum menyambung kata-katanya semula. “Arwah Dato’ Khalid telah mewasiatkan semua harta miliknya pada Rayyan dan Raina. Namun ianya tidak akan menjadi milik mereka berdua secara automatik. Ada beberapa syarat yang termaktub yang perlu di tunaikan sebelum mereka berdua menjadi pemilik harta ini yang sah.”

Berkerut dahi Raimi mendengarnya. “Aik? Nak bagi harta pun pakai syarat ke?”

“Kau diamlah! Sibuk je nak menyampuk!” herdik Rayyan sambil menjeling tajam.

Pakcik Halim segera mencelah. “Jangan bertengkar! Biar pakcik selesaikan urusan pakcik ni dulu. Raimi, ini memang amanat terakhir dari arwah Dato’ Khalid. Pakcik sekadar menjalankan tanggungjawab pakcik selaku peguam arwah. Di dalam wasiat ini menyebut, ada dua syarat yang perlu di penuhi untuk membolehkan Raina dan Rayyan memiliki harta ini secara mutlak. Yang pertama, mulai dari saat ini segala perbelanjaan pembelajaran dan kos sara hidup Raimi Asyraf bin Abdullah akan di tanggung sepenuhnya oleh Aurora Electrical Services Pty Ltd.”

Raimi terpekik kegirangan. “Wow! Betul ke ni? Syukur alhamdulilllah! Inilah berita paling baik yang pernah saya dapat dalam hidup saya!”

Rayyan sekadar mencebik. Sakit hati pula dia melihat reaksi Raimi yang ‘over’ itu.

Pakcik Halim sekadar tersenyum. “Tenang! Tenang semua! Baiklah, syarat yang kedua adalah Rayyan mestilah mengahwini Tipah. Jikalau mereka bercerai sebelum genap setahun maka bahagian harta yang di warisi oleh Rayyan akan menjadi milik mutlak Tipah. Namun jika Tipah yang memohon perceraian dalam tempoh setahun ini, syarat ini tidak akan digunapakai. Ini bermakna Rayyan akan kekal memiliki harta ini.”

BAM!!!! Tipah terpana. Bergulung-gulung sebu mulai menghimpit dadanya. Jadi inilah penyebab sebenar yang menyebabkan Rayyan tergesa-gesa mahu kahwin dengannya. Hati Tipah bukan setakat hancur lagi malah ianya sudah lebur, berderai, ranap dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya.

Suram di wajah Tipah segera dapat di tangkap oleh Raimi. Frasa terakhir yang membuatkan Rayyan tersenyum lebar sampai ke telinga itu tambah menyesakkan nafasnya. Ini tak boleh jadi! Raimi bingkas bangkit.

“Oh, barulah saya tahu. Patutlah si putera kodok ni terhegeh-hegeh nak kahwin dengan Tipah sangat! Dasar lelaki dayus! Mata duitan! Memang kaulah jantan yang paling tak guna sekali dalam alam semesta ni, Rayyan!”

Menyirap darah Rayyan di buatnya. “Apa kau kata? Kurang ajar kau!” Rayyan sudah menerpa ke arah Raimi. Buat kesekian kalinya hinggap lagi buku limanya ke wajah lelaki itu.


P/S : Terima kasih semua kerana sudi menyokong JSSB? sehingga ke hari ini...maaf lambat sikit update sebab x berapa sihat beberapa arini...harap-harap kalian semua terhibur....selamat membaca....



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku