PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 28 - Part 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15396

Bacaan






BAB 28 - Part 2

Berdegup-degap jantung Tipah jadinya. “Rayyan! Apa yang awak buat dalam gelap ni? Kenapa...”

Pantas Rayyan menutup mulut Tipah. “Syyhhh...jangan bising. Awak lapar, kan? Tulah, tadi orang ajak makan, jual mahal sangat.”

Tipah segera menepis tangan Rayyan. “Eh, awak jangan nak sibuk hal sayalah. Saya tak mahu cakap dengan awak.”

Tipah cuba melepasi Rayyan namun pemuda itu lebih pantas mencengkam kedua-dua belah bahu gadis itu. Di sandarkannya tubuh Tipah pada peti sejuk itu. “Mana awak nak lari, hah? Ini rumah saya jadi suka hatilah saya nak buat apa pun,” tukas Rayyan sambil tersenyum sinis.

Sengaja di rapatkan tubuhnya dengan tubuh Tipah. Makin lama makin rapat sehinggakan Tipah tidak boleh bernafas. Bagai hendak tercabut jantung Tipah dengan perlakuan berani Rayyan itu. Sorotan mata Rayyan tepat tertancap ke seraut wajah polos itu. Dalam remang malam yang menyirnakan warna-warna kesuraman, sepasang mata hazel kecoklatan milik Tipah benar-benar meregut ketenangan hati Rayyan.

Bisikan yang berkumandang di gegendang telinga Tipah terus sahaja menyentak tangkai hati Tipah. “Ikutkan kita belum rasmikan malam pertama kita lagi, kan?”

Buntang mata Tipah di buatnya. “Apa maksud awak ni? Takkanlah...”

Bahu Tipah di goncang dengan kuat. “Shhyy...janganlah bising. Awak nak semua orang bangun dan tengok kita buat kerja gila kat sini ke?”

Rayyan di jentik rasa teruja tatkala melihat Tipah dalam keadaan ketakutan. Tinggal beberapa inci sahaja sebelum wajah kacak itu menyapa pipi gebu Tipah. Bertambah pantas ritma jantung Tipah jadinya. Apa sebenarnya permainan suaminya ini? Dah hilang akal agaknya si Rayyan ni!

Tipah terus teringat pada epal hijau yang berada dalam genggaman tangannya. Pantas di sumbatkan epal hijau tersebut ke bibir Rayyan sebelum sempat berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini!

“Ouchh!” pekik Rayyan sambil memekup mulutnya.

Kesempatan ini di ambil oleh Tipah untuk meloloskan diri. Pantas dia berlari masuk ke biliknya semula. Degupan jantungnya yang kencang tidak dapat di kawal lagi. Ini kalau buat ujian elektrokardiogram atau ECG bagi jantung sah-sah doktor cakap dia ada masalah jantung gamaknya!

Perutnya kian rancak menyanyi minta di isi. Epal hijau tadi dah selamat tersumbat dalam mulut Rayyan. Nampaknya dia tiada pilihan. Dia harus ke dapur semula. Di tekadkan hati, di kuatkan semangat, kakinya terhayun semula ke dapur. Kelibat Rayyan tidak kelihatan di mana-mana. Sudah naik ke atas barangkali. Kali ini dia sudah serik untuk bergelap di situ. Punat suis dapur segera di petiknya. Pantas dia menuju ke peti ais. Sepotong kek coklat dan sebotol jus oren segera di capainya. Terus sahaja di labuhkan punggungnya ke atas kerusi. Tanpa berlengah lagi kek coklat itu di jamahnya dengan rakus.

“Rayyan tu sukakan kamu juga sebenarnya, Tipah. Cuma dia terlalu ego untuk mengakuinya.” Hampir-hampir sahaja gugur jantungnya tatkala mendengar lontaran suara yang datang secara tiba-tiba dari belakangnya.

Tipah terus berpaling. “Lah, makcik rupanya. Buat terperanjat saya je. Apa yang makcik buat malam-malam buta kat sini?” soal Tipah kehairanan.

“Makcik nak tengok telenovela di antara kamu dengan Rayyan,” balas Makcik Roza bersahaja.

Merah padam muka Tipah di buatnya. “Err...makcik nampak ke apa yang dah terjadi tadi?” soal Tipah kaget.

Makcik Rosnah tersenyum simpul. “Makcik dah tengok dan dengar segala-galanya. Jelas sangat, Tipah. Rayyan pun cintakan kamu sebagaimana kamu mencintai dia. Cuma hatinya terlalu ego untuk mengakuinya.”

Tipah mengeluh dengan wajah sedih. “Saya tak rasa dia mencintai saya, makcik. Dia kahwin dengan saya pun sekadar untuk melunaskan wasiat dari arwah papanya. Saya ni cuma batu sandaran sahaja baginya, makcik. Lagipun dia dah ada Zeta.”

Terjegil mata Makcik Roza mendengarnya. “Makcik tak percaya kata-kata ini keluar dari mulut kamu, Tipah. Kamu dah lupakah dengan kuasa kamu sebagai isteri? Bukankah sepatutnya kamu bermati-matian mempertahankan ikatan perkahwinan kamu ni?” tebak Makcik Roza bertubi-tubi.

Tipah tertunduk pilu. Tiada sesiapa pun faham dengan situasinya yang sebenar! “Makcik! Saya bukan tak nak mempertahankan hak saya sebagai isteri. Masalahnya ikatan perkahwinan kami berdua hanyalah sekadar di atas kertas. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.”

Makcik Rosnah menggeleng-gelengkan kepala. “Suka hati kamulah, Tipah. Makcik cuma nak ingatkan kamu sesuatu. Dalam Islam, tiada istilah perkahwinan di atas kertas sahaja. Ikatan perkahwinan yang telah di meterai secara sah oleh sepasang suami isteri seharusnya di bajai dan di lestarikan dengan kasih sayang. Jangan sesekali menganggap ikatan perkahwinan ini suatu perkara yang enteng, Tipah. Hukum Tuhan bukannya perkara yang boleh di buat main-main. Ingat tu baik-baik,” tuntas Makcik Roza sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Tipah sendirian. Lembut tetapi tersirat ketegasan dalam setiap bait-bait ayatnya membuatkan dada Tipah terasa berpijar!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Angin pagi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa di bumi Perth ini benar-benar meruntun jiwa Tipah. Sedari tadi kakinya sudah terpacak di hadapan kediaman mewah ini. Kata-kata Makcik Roza malam semalam masih terngiang-ngiang di telinganya. Perit kedengarannya tapi kebenarannya tidak dapat di sangkalkan.

Melah muncul dari belakang secara tiba-tiba. “Awalnya kau bangun. Nampak kusut semacam je. Afsal ni, beb?”

Tipah tersenyum hambar. Otaknya merangka-rangka ayat yang paling sesuai untuk di lontarkan buat teman baiknya itu. “Hmm...susahlah nak cakap, Melah. Aku buntu sebuntu-buntunya ni. Pening kepala otak aku memikirkannya.”

“Buat apalah kau nak pening sorang-sorang? Kongsilah sikit dengan aku. Eh, tak payahlah kongsi dengan aku. Karang dengan aku sekali pun pening sama nanti,” tukas Melah selamba. Geram pula Tipah mendengarnya. Pantasnya tangannya mengutil lengan teman baiknya itu.

“Adoi!! Isshh kau ni tak boleh nak bergurau sikit. Tak sporting langsung,” gerutu Melah sambil menggaru-garu lengannya yang sudah kemerah-merahan.

Tipah merengus kasar. “Padan muka kau! Dahlah malas aku nak layan kau! Layan abang Raimi lagi bagus. Eh, dari tadi langsung tak nampak batang hidung dia. Mana dia pergi agaknya?”

“Tak payahlah nak cari abang Raimi kesayangan kau tu! Dia dah balik semalam! Tulah, yang kau merajuk sakan semalam siapa suruh? Sampai dia dah nak balik pun kau berperap lagi dalam bilik lagi, apa kes?” balas Melah separa mengejek.

Sebuah kereta sport Audi TT 2.0 berwarna putih susu terus sahaja meluncur laju di perkarangan kediaman tersebut. Seorang gadis jelita berbaju tali halus dan bermini skirt yang menyerlahkan peha putih gebunya melangkah keluar dari kereta tersebut. Dengan wajah bongkak terus sahaja dia mendekati Tipah dan Melah.

“Hei! Kekasih hati I mana, hah?”

Nak termuntah Tipah dan Melah mendengarnya. Selamba Tipah menukas. “Kot iya pun tak reti nak bagi salam ke? Main hei-hei orang je tak tentu pasal. Kekasih hatilah konon! Dah macam gundik je aku tengok!”

Menyirap darah Zeta di buatnya. “Kurang ajar punya perempuan! Jaga mulut tu sikit!” Belum sempat Zeta menerpa, Rayyan sudah melangkah keluar sambil menjinjit sebuah beg pakaian yang sederhana besarnya. Mata Tipah tertumpu pada kaki kanan Rayyan yang sudah togel tanpa sebarang balutan.

“Awak nak pergi mana ni, Rayyan? Kaki awak tu belum sembuh lagi. Nak saya balutkan ke?”

Hati Rayyan masih sakit mengenangkan penolakan Tipah terhadap dirinya semalam. Egonya rasa tercalar. “Awak tak payah nak tunjuk maksum sangat kat sini, ya? Jangan masuk campur urusan saya, faham?” jerkah Rayyan.

Terus sahaja Rayyan dan Zeta melangkah ke arah kereta. Sempat lagi Zeta melayangkan sebuah pandangan mengejek pada Tipah sebelum melabuhkan punggungnya ke dalam kereta tersebut. Sejurus selepas itu kereta tersebut terus meluncur laju meninggalkan perkarangan kediaman tersebut.

Tipah hanya menunduk sayu. Melah segera menggoncang-goncang bahunya. “Tipah! Kenapa kau biarkan je perempuan urban tu keluar dengan Rayyan?”

“Habis tu apa yang aku nak buat?” soal Tipah bagaikan orang dungu.

“Kita ikut diorang Tipah! Walau ke hujung dunia sekalipun kamu kena jejaki Rayyan sebab dia suami kamu!” tokok Makcik Roza yang muncul dari belakang.

“Ikut dia ke mana sahaja? Mampu ke aku buat semua tu?” getus Tipah dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku