PUTERA KODOK KU (JADI SUAMI SAYA, BOLEH?)
BAB 30 - PART 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 28 April 2014
SUDAH TERBIT FEB 2015......BOLEH DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA....... Untuk makluman semua, edisi cetak novel ini agak berlainan dengan versi ini. Nama Tipah di tukar jadi Effa. Namun ceritanya tetap menarik dan gempak! Jangan lupa dapatkannya di pasaran ya!
Penilaian Purata:
(41 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
54010

Bacaan







BAB 30 - Part 2

Terpekik-pekik Zeta di buatnya! “Kenapa dengan you ni, Rayyan? You nak bunuh I ke?” Pantas Zeta menanggalkan penutup mata khas yang melitupi matanya sejak dari tadi. Buntang biji matanya apabila kelibat Tipah dan Melah yang menjelma di hadapannya!

“Oh! Korang berdua punya kerja ni, ya? Kurang ajar punya budak-budak! Nah, ambil ni!” Tangan Zeta sudah melayang ke pipi Tipah namun Tipah sempat mengelak. Pantas Tipah meregut tangan Zeta dan mengkilasnya ke belakang.

Terjerit-jerit Zeta menahan kesakitan. “Adoi! Sakitlah! Lepaskan tangan aku, perempuan kampung! Tak guna betul!”

Rayyan yang terlihat kejadian itu terus sahaja berlari-lari anak ke arah mereka. Tanpa berfikir panjang Rayyan menarik tangan Tipah dengan kasar dan menolaknya sehingga dia jatuh terduduk ke atas pasir yang menggebu. Sebagaimana gebunya pasir tersebut begitu jugalah kemarahan Rayyan yang semakin menggebu-gebu terhadap Tipah! Bebola mata Tipah mula berkaca-kaca. Tidak di sangkanya Rayyan sanggup memperlakukannya sebegini!

“Sayang! Perempuan kampung ni jahatlah! Dahlah tadi dia tenyeh muka I, pastu dia genggam tangan I kuat-kuat. Sakitlah sayang,” tergedik-gedik Zeta merengek.

Berombak-ombak dada Rayyan menahan kemarahan. “Sekarang ni baik awak berambus dari sini sebelum saya buat sesuatu yang lebih teruk pada awak! Berambus dari pandangan mata saya sekarang!” Pekik Rayyan sekuat hati. Segaris senyuman kemegahan terpancar di bibir mungil Zeta.

Tipah terpana. Hatinya berkecai-kecai bak serpihan kaca yang berderai. Maruahnya terasa di injak-injak. Harga dirinya terasa bagaikan di hujung kaki sahaja. Yang paling menyedihkannya, sang suami yang sepatutnya menjaga dan mempertahankan maruah sang isteri pula yang beria-ria memusnahkan reputasi isterinya sendiri. Dunia Tipah terasa kelam sekelam-kelamnya. Pantas dia bangkit dan berlari pergi dari situ bersama dengan segugusan air mata yang tidak henti-henti menyinggahi pipi mulusnya.

Kaki Tipah yang terhayun laju itu bagaikan sudah kehilangan brek. Larian lajunya yang mencecah hampir 70 kilometer per jam telah menyebabkan satu pertembungan yang maha dahsyat di antaranya dengan sesusuk tubuh tegap lagi sasa. Terpempan Tipah melihat seraut wajah yang sangat mesra pada pandangannya.

“Cik Tipah buat apa kat sini?” sengaja Zaffrul menyoal dengan nada curiga walhal dia telah menyaksikan segala-gala yang telah berlaku tadi di antara Tipah dan Rayyan. Peluh renik serta-merta terbit di penjuru dahi Tipah. Terus terbayang peristiwa tempohari tatkala dia menolak jejaka itu ke dalam perut kolam mandi di kediaman mewah Rayyan dan Raina.

Berlainan pula dengan Zaffrul. Entah mengapa setiap kali dia bertentangan mata dengan Tipah, degupan jantungnya mula tidak selaras. Perasaan aneh mula bercambah di ruangan hatinya.

Renungan tajam Zaffrul benar-benar menggusarkan Tipah. Situasi tersebut membuatkan dia berasa tidak selesa. Tanpa sebarang kata terus sahaja dia berlalu pergi dari situ.

Tommy yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara. “Who’s that girl? How come I never noticed her before?”

Selamba Zaffrul menjawab. “Rayyan’s wife.”

Berkerut dahi Tommy. “You’re kidding, right?” Zaffrul hanya tersenyum hambar. Jauh di sudut hati dia benar-benar kasihankan Tipah. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Rayyan sanggup memperlakukan Tipah sebegitu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tipah hanya berteleku di atas katil. Semangatnya bagaikan meluntur. Ini semua gara-gara perempuan urban tu! Tapi takkanlah dia nak menyerah kalah begitu sahaja? Seronoklah perempuan urban tu kalau awal-awal lagi dia dah angkat bendera putih.

“Tak boleh jadi, Tipah! Kau kena lawan balik!” teriak Tipah dengan penuh semangat.

Terjegul kepala Melah dari bilik air. “Kau ni dah kenapa, Tipah? Terpekik-pekik ‘time’ senja macam ni. Meroyan ke apa? Daripada kau terpekik-pekik macam tu, baik kau pergi solat Maghrib. Lagi banyak faedahnya. Waktu pun dah nak habis ni,” gerutu Melah.

Tipah menepuk dahinya. “Ya Allah! Aku terlupalah!” Terus sahaja dia berlari-lari anak ke bilik air. Usai mengambil air wuduk terus sahaja di laksanakan kewajipan kepada Yang Maha Esa.

Sejuk mata Makcik Roza melihatnya. Pilihan arwah Dato’ Khalid dan Datin Khalida tidak ada cacat celanya di mata Makcik Roza. Namun dia tidak mengerti kenapa begitu sukar sekali bagi Rayyan untuk menerima Tipah. Hati tuanya mula mengalunkan ikrar semangat di setiap helaan nafasnya. Selagi cinta Tipah dan Rayyan tidak berjaya di satukan selagi itulah dia tidak akan berhenti membantu Tipah!

Loceng pintu yang bertalu-talu menyentakkan Makcik Roza. Pantas dia mendapatkan pintu. Sebaik sahaja pintu terkuak Raina dan Arif Ilham sudah terpacul di situ.

“Dah siap ke semua? Malam ni Abang Arif nak belanja kita semua makan kat Restoran Mahsuri Satay,” ujar Raina sambil tersenyum manis.

Terlopong seketika Tipah dan Melah mendengarnya. “Wah! Kat sini pun ada restoran Mahsuri? Siap masak satay lagi!” seru Melah dengan perasaan yang teruja.

Arif Ilham tersenyum. “Kat sini macam-macam ada. Jangan risau nanti abang bawa kamu semua menjelajah bandar Perth, ya?”

Serentak Tipah dan Melah bersorak. “Yay!”

Sejurus selepas itu SUV Porsche Cayenne Turbo S berwarna merah cili kepunyaan Arif Ilham meredahi malam yang kian dingin dan mencucuk hingga ke tulang hitam. Dua puluh lima minit kemudian akhirnya mereka semua sampai ke restoran tersebut.

Sorotan mata Tipah terus sahaja terarah pada sebuah kereta Porche 911 Carrera 4S yang sangat-sangat di kenalinya. Segaris senyuman segera terukir di bibir Tipah. Tidak di sangkanya kuat betul jodoh di antara mereka berdua!

Pantas Tipah menarik tangan Melah. Terus sahaja mereka melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Segenap inci ruangan restoran yang di monopoli oleh hiasan dan perabut kayu menjadi sasaran mata Tipah. Kelibat dua susuk tubuh yang sedang enak makan dalam keadaan yang mesra segera menggamit perhatian Tipah. Di hayunkan langkah kakinya menuju ke meja tersebut.

Tanpa di undang Tipah terus sahaja menarik kerusi kosong dan melabuhkan punggungnya di sebelah Rayyan. “Hai! Kebetulan pulak! Kitorang pun nak makan kat sini. Boleh join sekali?”

Buntang biji mata Rayyan dan Zeta di buatnya. “Hei! Siapa suruh kau duduk sini, hah? Baik kau bangun sekarang!” desak Zeta dengan nada marah.

Sejurus selepas itu Raina, Arif Ilham dan Makcik Roza sudah terpacul di meja tersebut. “Eh, tak sangka you all pun makan kat sini. Kalau macam tu kita duduk sekali jelah, yek? Boleh kan, Rayyan?” soal Arif Ilham sambil terus melabuhkan punggungnya di situ.

Rayyan menggetap bibirnya. Amarah yang membuak-buak di dalam dada segera di pekungnya. “Err...boleh je. Takde masalah. Jomlah duduk sekali,” balas Rayyan dengan riak wajah yang sedaya-upaya cuba di maniskan.

Sempat lagi dia mengerling tajam ke arah Tipah. Sakit pula hatinya melihat Tipah tersenyum lebar sampai ke telinga!


Nota kaki : Sudah terbit Feb 2015. 

Jemput baca novel kedua saya yg bakal terbit Mac 2016. Sila klik link http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=4478&idc=24215 untuk membaca 40 bab terawal.


Salam sayang,

Julia Basri



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku