Dialah Yang Sebenarnya
Bab 1 (Part 1)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
824

Bacaan






“WAH, seronoknya dapat kembali ke tanah air tercintaku! Setelah hampir 3 tahun aku tidak jejakkan kaki disini…” kataku didalam hati sambil mencari-cari dimana abang aku yang sudah berjanji hendak mengambilku di KLIA hari ini. Nampaknya, abang aku belum sampai, lalu aku mengambil keputusan untuk ke Old Malaya Kopitiam untuk menikmati secawan kopi sementara menunggu abang yang tercinta tiba.

Dalam perjalanan aku kesana, dengan secara tidak sengaja seseorang telah terlanggar bahu aku sehingga terjatuh beg tangan aku. Geram betul aku. “Mata dia ni letak dekat mana agaknya sampai boleh langgar bahu orang,” omelku dalam diam.

“Maafkan saya cik, saya betul-betul tidak sengaja, saya perlu cepat ni, maafkan saya,” tutur si lelaki ini. Namun, sejurus aku mengangkat kepala, aku sungguh tergamam tika melihat lelaki di hadapan aku ini. Lalu, aku lekas-lekas ambil barang aku dan jalan selaju mungkin, menjauhkan diri daripada beliau. Sayup-sayup aku dengar, dia menjerit memanggil nama aku.

Fuh fuh..termengah-mengah aku, dek jalan terlampau laju sangat. Aduhai… apalah nasib aku hari ini balik tanah air tercinta, terjumpa pula dengan si mamat yang aku tak ingin nak jumpa lagi. Marah betul hati ni. Okay. Tenang Yani, tenang. Dia dah tak ada depan kau dah. Haih. Ni satu lagi, mana pulak abang aku ni, sakit pulak hati kita ni, siap engkau abang.

Hampir sejam baru abang kesayangan aku ni tiba, dengan muka tersengih-sengih jalan dekat aku. Bajet aku sejuk hati lah bila dia buat muka macam tuh. Geram lagi ada lah. “Eeeii, Muhammad Amsyar Zikri, adik dah bagitahu kan adik sampai sini pukul 5.35 petang kan. Tengok sekarang dah nak pukul 7 dah ni. Adik tak nak dengar abang kata jalan jem lah apa lah itu lah ini lah. Tak nak dengar! Dah, jom balik, cepat!” laju aku berkata sebelum sempat abang aku nak buka mulut. Padan muka siapa suruh lambat, kan dah terkena. Hehe.

“Ala, adik kesayangan abang ni, sorry lah, abang jumpa klien kejap tadi, tuh yang terlewat ambil adik. Jangan lah marah, tak comel dah adik. Nanti abang belanja apa-apa yang adik nak eh,” ucap abang sambil gosok-gosok kepala aku. Habis rambut aku. Geram betul dengan dia ni.

Bila abang dah offer nak belanja apa-apa yang aku nak ni. Ini yang seronok nak perkena ni. Eh eh amboi tak baik tau, kau ni, Yani kenakan abang kau. Omelku dalam hati.

“Abang, mama dengan papa ada dekat rumah tak? Ke outstation?”

“Ada dekat rumah, tunggu anak kesayangan dia yang sorang ni lah. Yela jauh sangat lari bawak hati sampai London sana. Dah jumpa ke doktor yang nak rawat hati yang kena luka tuh?” perli abang aku.

“Eeii, teruklah abang ni, perli adik macam tuh, sampai hati, orang pergi sana pergi belajar lah, tolong eh,” kataku sambil menjeling tajam.

Alhamdulillah selamat tiba di rumah tercintaku. Mama dengan papa sedang menanti dengan penuh kasih di pintu rumah, menyambut kepulanganku. Sungguh hati ini sangat terharu dan juga terbit rasa bersalah di hati kerana tinggalkan mereka disini.

“Rindunya dekat mama dan papa. Adik minta maaf sebab tak balik cuti disini. Tapi adik dah balik for good sekarang,” sambil peluk mama dan papa.

“Syukur Alhamdulillah. Okay mama nak adik pergi naik bilik dulu, rehatkan diri, mandi, nanti lepas maghrib adik turun bawah kita makan malam bersama eh…”

“Seronok papa dengar adik balik sini dah. Dah pergi naik atas, busuk bau anak papa ni…”

“Okay mama, amboi papa, busuk-busuk pun, papa rindukan adik kan hehe okaylah, adik naik dulu eh…”

Erm, rindunya dekat bilikku ini. Oh tilamku sayang. Seronoknya dah balik. Fikiranku kembali menerawang ke insiden petang tadi. Makin hensem pulak dia sekarang ni. Sudah berkahwinkah dia? Macam manalah aku boleh terjumpa dia kembali. Kenapa lah wahai hati, engkau masih belum melupakan dia, tidak cukupkah dengan apa yang dia lakukan pada engkau dulu? Hmm… Terlalu banyak aku fikir tentang dia sehingga terlelap aku.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku