Dialah Yang Sebenarnya
Bab 2 (Part 1)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
697

Bacaan






Ilyani Kaisara…Sungguh aku rindu engkau. Sungguh aku rasa bersalah diatas apa yang terjadi tiga tahun dahulu. Engkau masih cantik seperti pertama kali aku melihat engkau dahulu. Alhamdulillah, akhirnya Allah SWT kabulkan juga doaku untuk bertemu dengan engkau. Kali ni aku akan pastikan engkau tidak akan lari lagi dari aku. Tapi memang kau tak boleh lari pun daripada aku.

“Bos…bos!” Kan dah terjerit. Nasib kau lah bos dengar jeritan aku hari ni. Habis punah reputasi aku sebagai wanita yang lemah lembut.

“Aaaa..ye ye saya..ada apa Tasha?” Gelabah aku bertanya. Terkejut aku dek jeritan setiausaha kecik aku. Boleh tahan betul suara dia ni. Nasib baik lah aku tak tercampak handphone aku. Kalau tak habis berkecai telefon aku. Hish dia ni…

“Minta maaf lah bos, tadi saya dah ketuk tapi bos tak sahut-sahut, saya pon masuk jela. Nak minta bos sign dokumen ni.” Bos aku ni dah kenapa harini. Tak kan lah balik dari Australia semalam jadi mereng pulak otak dia. Alamak! Terkutuk dia pulak dalam hati. Ampunkan aku bos.

“Oh yeke, minta maaflah saya tak sedar, banyak benda pulak yang bermain difikiran saya…Sekejap ye…Okay dah siap…Ada apa-apa lagi yang perlu saya sign atau tahu?” Dengan lincah aku tanda tangan didokumen yang diserahnya pada aku.

“Terima kasih bos. Erm, rasanya tak ada apa-apa buat masa sekarang, Cuma petang ni pukul 2, bos ada meeting dengan Dato’ Amir Razali berkaitan dengan projek perumahan. Jangan lupa ye bos. Saya keluar dulu ye…”

“Okay, baiklah. Remind me again two hour before the meeting start, okay,” kataku sambil mencari dokumen projek perumahan yang perlu dibawa petang nanti.

Farhan Hakimi fokus dengan kerja kau sekarang. Fokus! Jangan berangan terlampau sangat. Tak lari gunung dikejar. Sabar okay Farhan Hakimi Sabar. Aduh, siapa pulak lah menelefon aku waktu pagi begini. Oh…alamak Mummy yang telefon rupanya. Eheeemm…sebelum angkat telefon baik betulkan suara dulu, karang kena ceramah percuma dari Mummy ni…hehehe

“Assalamualaikum Mummyku sayang..ada apa call Kimi pagi-pagi ni?”

“Waalaikumussalam Kimi. Aik salah ke Mummy nak call anak kesayangan Mummy yang gedik ni?”

“Mummy ni apa pulak dikata Kimi gedik…sungguh tak sesuailah Mummy…anak Mummy ni tough tau…hehehe Ala Kimi tau, Mummy ni mesti adalah benda nak bagitahu ni, betul tak?”

“Banyaklah tough kamu…Ni Mummy nak bagitahu, tunang Kimi dah balik Malaysia dah tuh…Sampai bila Kimi nak berahsia dengan dia tentang diri Kimi ni?”

“Kimi tau dia dah baliklah Mummy…Kimi terserempak dengan dia semalam Mummy…Nantilah Kimi bagitau Mummy, jangan risau okay Mummy…Okaylah Mummy, Kimi ada kerja nak buat ni. Malam ni Kimi balik rumah, makan malam dengan Mummy tau,”

“Ikut kamulah Kimi, jangan lama-lama sangat, tak elok tau bertunang lama-lama ni tak manis. Kesian bakal isteri kamu tuh, tak tahu siapa tunang dia. Yelah, malam ni Mummy masak, jangan tak balik pulak. Jaga diri kamu tuh. Jangan bawak kereta laju-laju, faham? Okay Assalamualaikum.”

“Baiklah Mummy, Waalaikumussalam…”



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku