Dialah Yang Sebenarnya
Bab 2 (Part 2)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
820

Bacaan






Setahun yang lepas

“Mummy, Kimi nak mintak tolong Mummy ni…Tolong pinangkan Yani untuk Kimi, Mummy…Please Mummy…” Rayuku pada mummy dengan daddy.

“Kimi, bukan Mummy tak nak pinangkan Yani, Mummy pun lagi suka kalau Yani jadi menantu Mummy, tapi Kimi lupa ke apa yang Kimi dah buat dekat Yani dulu…Kesian Yani, Kimi terluka hati dia dengan perangai Kimi dulu…” Mummy benar-benar tidak setuju dengan permintaan aku ini.

“Mummy itu dulu Mummy…Kimi sekarang dah berubah Mummy…Kimi sedar terlalu banyak kelukaan di hati Yani yang Kimi dah buat…tapi percayalah Mummy, kali ni Kimi benar-benar dah berubah Mummy…Demi Allah Mummy…” Gugur juga air mata jantan aku. Aku benar-benar menyesal dengan perbuatan aku dulu.

“Sudahlah Yah, abang percaya dengan apa yang Kimi katakan, abang sendiri nampak perubahan Kimi ni Yah, lagipun Kimi ni anak kita. InsyaAllah, Yani akan terima Kimi dengan syarat Kimi mestilah kena tunjuk yang Kimi benar-benar sudah berubah dan betul-betul nakkan Yani dalam hidup Kimi…” Syukur daddy menyebelahi aku dan setuju untuk pinangkan si dia.

Beberapa hari kemudian, Mummy dengan Daddy pergi kerumah Yani…Sungguh berdebar hati ini, takut andai peminangan ini ditolak oleh keluarga Yani. Setelah hampir 3 jam aku menunggu panggilan telefon tentang perihal peminangan tersebut dan mereka sekeluarga minta tempoh seminggu untuk berbincang dengan Yani dahulu sebelum memberi kata putus pada kami.

Dan setelah seminggu penantianku berakhir dengan perkhabaran peminangan aku diterima oleh Yani. Gembira tidak terkata aku. Mummy juga beritahu keluarga Yani terima syarat dariku tentang sorokkan identiti aku. Dan aku juga sedar Mummy masih belum menerima permintaan aku yang satu ini kerana dia tidak percaya dengan perubahan aku. Tidak mengapa akan aku tunjuk pada mummy yang aku benar-benar sudah berubah. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku