Dialah Yang Sebenarnya
Bab 1 (Part 2)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
638

Bacaan






Dah pukul berapa ni…Ya Allah dah pukul 9.00 malam…Terlepas maghrib aku..Aku perlu qada ni. Astaghfirullahalazim. Elok aku tunaikan kewajipan aku sekarang. Kesian mama dengan papa tunggu aku lama.

“Haa, itu dia ketibaan yang tercinta dan tergedik tuan puteri kita, Ilyani Maisara…” perli abangku dek kerana lambat turun bawah.

“Mama, papa tengoklah abang ni…kerja nak buli adik je. Sorrylah adik terlelap tadi, penatlah, dahlah abang tuh lambat ambil tadi,” adu aku pada mama dengan papa. Biasalah anak manjalah katakana mestilah kena mengadukan.

Mama dengan papa hanya mampu geleng kepala sambil tersenyum melihat gelagat kami berdua. Biasalah dirumah ni hanya kami dua beradik saja. Buli-membuli, usik-mengusik, bergurau senda memang itulah selalu kami lakukan dan ianya benar dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga.

Ahh..satu kegembiraan yang tak terhingga bila balik rumah adalah dapat merasa kembali masakan ibu tercinta. Sedapnyaaaaa… Ada kari ikan tenggiri, sayur campur dengan sambal belacan, semua favourite aku. Memang makan tak ingat dunia lah cerita dia kan…hehehe

“Bila, Yani nak start kerja? Cepat-cepatlah masuk kerja, tolong papa dengan abang dekat syarikat tuh…Tak kesian ke tengok papa yang dah tua ni bekerja lagi…” hampir tersedak aku mendengar soalan papa, lagi yang tak best bila papa buat ayat sedih. Tak boleh betul lah dengar. Sungguh tak kena masa pulak tuh lah. Baru teringin nak rehat sebulan dua ke sebelum nak mula kerja. Yela penat belajar pun tak habis lagi ni, penat perah otak tau waktu belajar. Siapkan thesis semua. Papa ni saja tau.

“Aduh, papa ni tak kena time lah tanya pasal kerja.Nantilah dulu, bagi adik rehat sebulan dua dulu ke, penat tau study, buat thesissemua…Please papa…” pujukku pada papa. Tapi papa tak setuju aku rehat lama-lama, buat habis beras, naikkan bil elektrik je kalau aku duduk rumah nanti katanya. Aduh papa ni tajam betul kata. Nak tak nak terpaksalah setuju masuk kerja lagi dua minggu tapi betul jugak duduk rumah lama-lama pun buat apa kan.

“Adik, dah mula kerja dekat syarikat papa nanti jangan lupa jaga status awak tuh. Ingat sikit awak tuh dah bertunang, faham?” peringatan daripada mama buat aku tersentak. Aku hampir terlupa tentang status diriku sekarang, yela hampir setahun juga kami bertunang tapi aku masih belum tahu siapa gerangan lelaki yang bertunang dengan aku ni. Yang pelik tak mahu didedahkan siapa diri dia. Keluarga aku pun bagaikan sudah berpakat untuk tidak memdedahkan perkara ini. Macam mereka selalu kata, satu hari nanti aku akan tahu juga. Siapalah gerangan si tunang aku ini…











*Maaf tertinggal pula part 2... :)*



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku