Dialah Yang Sebenarnya
Bab 2 (Part 3)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
718

Bacaan






Yo bro! Bila kau balik? Tak roger aku pun. Tak kan pergi Australia terus lupa sahabat kau yang hensem ni?” Ni seorang lagi, memang sejak azali jenis pakai redah je masuk office aku, bukan reti nak ketuk pintu. Aku ketuk jugak kepala dia ni.

Bro bro apa benda kau ni, cuba bagi salam lah. Tak ada adab betul lah. Patutlah mak we semua lari.” Tempelak aku pada sahabat aku ni. Tak ada dia sunyi jugak hidup aku.

“Aduh maafkan aku wahai sahabat aku yang tak berapa nak handsome lagi kuat touching, Assalamualaikum Farhan Hakimi bin Hisham!” Kerja dia ni mengenakan orang je. Siap buat hentak kaki dan tabik hormat pulak tuh. Ada je ragam dia ni.

“Geram betul aku dengan kau ni Haziq Iqram. Ye Waalaikumussalam. Bukan aku tak nak roger kau, aku busy ni, petang karang ada meeting lagi tau. Kau ni dah tak ada kerja nak dibuat ke selain menempel muka kau dekat bilik aku ni, Ziq?” tanyaku.

“Tengokkan aku dah kata, kaki touching betul lah kau ni, gurau sikit pun tak boleh. Ada lah, saja aku nak buat lawatan berhormat ke bilik kau ni, tunggu kau dating, agaknya bilik aku jadi hutan baru nak dating jenguk agaknya. Rindu kau lah bro, seminggu kot tak jumpa, kesian tau kat aku mandi pun basah, tak mandi pun basah, kuyup pulak tuh. Makan tak payah cakaplah sentiasa kenyang je bro, tak kesian ke kat aku ni?” Bebel Haziq pada aku sambil buat muka konon sedih dia.

“Teruk betul hiperbola kau ni Ziq. Mana kau belajar gamaknya ni. Sorrylah aku keletihan lagi ni, tak sempat nak rehat tau, seminggu kat sana asyik meeting sana-sini, discuss projek kita tuh, fuh letih baq hang…nah ambil lah souvenir aku untuk kau, nampak tak betapa aku ni sayang kat kau, baik kau bersyukur dapat kawan yang handsome macam aku ni.” Sambil aku hulurkan hadiah yang telah cantik dibalut.

“Sudah sebelum kau bebel banyak, kau ambil hadiah ni bawak ke bilik kau sana dan pergi buat kerja sana, prepare untuk meeting petang ni. Shuhhhhh shuhh,” halau aku sambil tergelak-gelak aku pada sahabat aku seorang ni.

“Teruk punya kawan, baru aku nak terharu dengan pemberian dia. Cis kek betul kau ni. Okay lah jumpa petang ni, jangan berangan sangat karang lambat pergi meeting.” Bebel si Haziq Iqram.

Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengahari dan aku masih dipejabat menyemak kertas kerja projek perumahan yang terletak di Seri Kembangan, Selangor ini, sebelum aku berjumpa dengan Dato’ Amir Razali petang nanti. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan nanti. Naik pening kepala aku dibuatnya dengan projek perumahan ni. Ada je benda yang tak kena.

“Masuk,” kataku pabila pintu bilik diketuk. Terjenguk kepala setiausaha aku.

“Bos, Dato’ Amir Razali dengan seorang pekerjanya sudah sampai and they are waiting for you and Encik Haziq at the Allium meeting’s room.” Beritahu setiausaha aku yang berbadan kecil ini.

“Okay thank you, do inform Encik Haziq to be there right now and also do serve both of them a cup of tea and for us too, please and thank you again, Natrah.” Lalu setiausaha aku dengan pantas keluar setelah aku memberi arahan kepadanya.

Dengan bingkas aku bangun dan membawa semua dokumen yang berkaitan ke bilik Allium untuk menghadiri mesyuarat. Ketika aku sampai di bilik mesyuarat, kelihatan Haziq dengan Dato’ Amir rancak berbual soal kerja itu yang pasti.

“Assalamualaikum, Dato’ Amir. Maaf terlambat sikit.” Sambil menghulurkan tangan pada Dato’ Amir dan pekerjanya.

“Waalaikumussalam, tak mengapa Farhan, saya faham. Ini saya kenalkan, penolong pengurus projek saya yang baru, Encik Khairi. Yang lama dah berhenti dapat offer tempat lain, biasalah manusia bila dapat offer yang tinggi laju je tinggalkan kerja sini…” adu Dato’ Amir sambil memperkenalkan pekerjanya.

“Oh begitu, patutlah tak kenal. Tak apalah Dato’ yang penting Dato’ sudah pun jumpa pengganti yang baru. Jadi, boleh kita mulakan perbincangan kita sekarang?” tanyaku pada mereka semua.

Setelah hampir 3 jam berbincang, akhirnya menemui jalan penyelesaian. Selesai juga semua masalah yang membelenggu kepala aku ini. Mana tidaknya, projek yang sudah 3 bulan dijalankan, pekerja-pekerja ditapak pembinaan itu rata-ratanya mesti dihantar pulang ke negara mereka kerana visa mereka sudah hampir tamat tempoh dan tidak diperbaharui oleh majikan mereka.

“Terima kasih banyak-banyak Dato’ Amir sebab Dato’ sendiri sudi datang ke pejabat saya untuk berbincang tentang isu yang timbul ni. Dan juga kepada Encik Khairi.” Sambil menghulurkan tangan pada Dato’ Amir dan Encik Khairi.

“Sama-sama, tiada apa lah Farhan. Sekali-sekala saya kena juga turun padang bersama-sama meneliti apa-apa masalah yang munculkan? Lagipun pengurus projek syarikat saya harini ambil cuti kecemasan, maknya admitted, tuh yang tak dapat sertai kali ni. Okay lah, apa-apa masalah inform saya ye. Kami balik dulu, Farhan, Haziq, Assalamualaikum.” Ucap Dato’ Amir.

“Ziq, kau dah lunch? Aku lapar lah. Jom teman aku makan, dah pukul 5 ni.” Aku mengajak Haziq menemani aku makan dek kerana dari tengahari tadi aku belum lagi mengisi perut sibuk menyiapkan kerja-kerja aku.

Lunch apa benda kau ni, dah nak masuk dinner dah ni. Speaking of makan ni kan, kau hutang aku makan dekat restoran Wadihana Islamic Steakhouse sebab kau kalah main tenis haritu, kau jangan buat-buat lupa…” Ingat pulak lah dia ni pasal kekalahan aku haritu. Aduhai…

“Aduh kau ni, ingat pulak, hah yela aku belanja, kita jumpa kat restoran sana teruslah eh. Kau lambat Ziq aku tak nak belanja kau. Hahaha” Ugut aku pada Haziq,

“Baiklah encik bos yang annoying…Kita tengok siapa yang cepat siapa yang lambat...Hahahaha” Siap bersiul kegembiraan lagi bila orang kata nak belanja. Macam-macam lah kau ni Haziq.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku