Dialah Yang Sebenarnya
Bab 3 (Part 1)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
391

Bacaan






Jam sudah menunjukkan jam 5.45 petang. Batang hidung si Haziq pun tak nampak-nampak lagi, nak kata restoran ni jauh dari ofis tak jugak, 15 minit perjalanan je, jalan pun tak sesak. Geramnya hati aku dia ni. Ada jugak aku suruh dia ni belanja sebab lambat punya pasal. Mujur makanan belum sampai lagi. Bebel Farhan dalam hati.

“Woi, lambat sampai, jauh sangat ke ofis kita ni?” Farhan terus menayangkan muka geramnya pada Haziq. Pukul 6 petang baru muncul, makanan pun naik sejuk tunggu dia ni sampai.

Sorrylah bro, ada hal kejap tadi. Mak aku call lah. Macam biasalah suruh aku balik hujung minggu ni, ada benda penting katanya nak berbincang. Tak payahlah tayang muka muncung kau tuh, hodoh betul aku tengok.” Balas Haziq sambil tergelak-gelak dengan muka tak bersalahnya lagi. Bertambah geram Farhan. Mujurlah kau ni satu-satunya sahabat yang paling aku sayang. Omel Farhan dalam hati.

“Ziq, aku jumpa dia. Semalam. Dekat airport.” Sepatah-sepatah Farhan berkata sambil mengeluh lemah. Tergamam kejap Haziq bila mendengar apa yang dikata Farhan. Dia? Maksud Farhan ni siapa? Dia tuh siapa? Tunang dia tuh ke? Bebel Haziq dalam hati. Ditenung lama muka Farhan, baru dia bersuara.

“Maksud kau, dia tuh…tunang kau ke? Siapa?” Ditayang muka peliknya dekat Farhan.

“Yela, tunang aku lah. Siapa lagi tak kan si Dini tuh pulak. Mintak jauhlah weh…” Marah Haziq.

“Ekeleh relax lah bro, tak kan tuh pun nak marah. Aku nak confirm kan je. Jadi, kalau kau jumpa dia pun, kenapa? Kau nak kahwin dah ke?” tanya Haziq sampai terangkat-angkat keningnya.

“Mana ada, dia nampak aku terus lari kot macam aku ni penjahat pulak. Tak apalah nanti-nanti jelah aku fikir pasal hal tuh. Dah cepatlah habiskan makanan kau tuh. Aku nak kena balik rumah mak aku ni.” Melihat Haziq makan dengan begitu selera, tak jadi pulak dia nak bercerita lebih lanjut. Lain kali jelah cerita lagipun dia kena cepat, bebel nanti pulak permaisuri hati aku nanti.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku