Dialah Yang Sebenarnya
Bab 3 (Part 2)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
612

Bacaan






Laparnya perut petang-petang ni. Nak makan apa ni. Tak kan nak makan nasi lagi, tengahari dah makan, gemuk aku nanti. Bosan sungguh aku dirumah ni. Kalau aku dekat Sheffield ni, mesti aku dah ajak budak-budak rumah lepak dekat park sambil study, gosip pon ye jugak. Rindu pulak dengan suasana dekat sana, kawan-kawan. Amira, Hazim, Shima dengan Shafiq, rindunya dengan mereka semua.

“Hmm..contact dorang sekaranglah, mana tau boleh ajak dorang keluar sekarang ke.” Laju tangan Yani mencapai laptopnya dan buka Facebooknya.

Haih..seorang pun tak online? Seronok sangat duduk rumah ni sampai tak ada siapa antara dorang yang buka facebook. Aduh nak buat apa lah ni. Nampaknya minggu depan kena juga mula kerja, kalau tak mati kutu aku dekat rumah ni. Turun bawah kacau mama lah, lagi best.

Khusyuknya lah mama ni tengok cerita mandarin dekat tv7 ni. Tumpang sekaki lah sambil tu boleh jugak borak-borak dengan mama. Hehehe

“Hai mama, khusyuk betul mama tengok cerita mandarin ni sampai yani dekat sebelah pun tak perasan lagi ke…” usik yani.

“Eh yani, sorrylah mama suka tengok cerita ni, syok tau…hehehe Ni yani terperap dalam bilik tuh buat apalah, baik teman mama tengok cerita ni…” mata mama masih melekat di televisyen. Geleng kepala yani melihatkan mamanya yang tekun benar menonton cerita mandarin tu.

Tiba-tiba televisyen ditutup oleh mama dan mata mama mula terarah pada diri aku. Cuak pulak aku, mesti ada benda pentinglah mama nak cerita sampai televisyen pun ditutupkannya. Aku pun menjungkit kening pada mama supaya mama bersuara untuk meluahkan apa yang terbuku difikiran mamanya itu.

Mama mencapai tangan dan lantas bersuara, “Yani, yani ingat tahu kan yani sekarang adalah tunangan seseorang? Mama tahu yani mesti tertanya-tanya siapa tunang yani tu kan?” mama kelihatan mengambil nafas seraya memandangku membuatkan hatiku cuak seketika laluku mengeratkan lagi pegangan tanganku agar mama untuk bercerita lebih lanjut kerana aku benar-benar mahu mengetahuinya.

Mama tersenyum pada aku, lalu menyambung ceritanya, “tunang yani tu merupakan anak kenalan papa, sewaktu yani disana ada jugaklah beberapa kali mereka bertandang kerumah kita, ada sekali tuh mereka bawa anak lelakinya, baik orangnya yani menghormati orang tua, mama dengan papa berkenan sangat dengan dia. Selepas sebulan, mereka datang untuk meminang yani, mama gembira sangat, tak sangka dia orang berkenan dengan yani selepas mama tunjuk gambar yani. Rupanya yani, tunang yani tu dulu sekampus dengan kamu sewaktu kamu belajar di UiTM dulu tapi tak tahu lah yani kenal ke tidak, dia senior kamu…” senyum mama sambil bercerita mengenai lelaki itu.

Terdiam seketika bila dengar mama bercerita. Senior aku? Siapa? Jangan kata Farhan Hakimi? Tak mungkin dia, tak mungkin. Mana mungkin dia mahu kepada aku, kalau benar dia mahu aku, pasti dari dahulu lagi dia betul-betul serious dengan aku, bukannya mempermainkan perasaan aku. Aku benar-benar bencikan dia. Kalaulah aku boleh putarkan masa, aku tak mahu berkenalan dengan dia!

Lama aku termenung sehinggalah mama menepuk kaki aku baru aku tersedar. “Jauh anak mama termenung, menungkan apa tu?” tanya mama.

“Tak ada apa ma, cuma terfikir siapa senior yani tu. Handsome ke tak agaknya?” tersengih-sengih aku memandang mama.

“Amboi, tak baik tau yani. Tak kira dia handsome ke tak, yani perlu terima dia seadanya, faham yani? Jangan memilih sangat yani. Yang penting akhlaknya, agamanya, boleh membimbing kita, bertanggungjawab, itu yang penting yani.” nasihat mama panjang lebar.

“Yela yani gurau jelah mama. Tapi yani ucapkan terima kasih pada mama diatas semua nasihat mama. Yani sayang mama sangat.” Seraya memeluk mama dengan erat sekali.

“Okaylah mama nak masuk dapur kejap, nak masak untuk makan malam, bibik su dah siapkan bahan-bahan tu. Awak tu, bawak-bawaklah masuk ke dapur, belajar masak, nak kahwin kan, ini tak, terperap dalam bilik, asyik main laptop je, entah apa dia tengok laptop tuh..” Tersengih jelah aku mampu tayang bila dengar bebelan mama. Mana taknya, lepas sarapan terus aku masuk bilik main laptop… hehehe nanti-nanti jelah aku masuk dapur berguru dengan mama.

Terfikir pula aku tentang tunang aku itu. Senior aku? Eh cop-cop, mama ada cakap tak, senior aku… err bukan senior dah, jadi tunang dah ni. Ah apa-apa jela, tapi tadi rasanya mama tak cakap pulak dia kenal aku ke tidak kan, jadi maknanya bukan mamat yang aku benci tu lah kan. Orang lain lah ni, ada jugak senior aku yang pandang aku ni. Cantik jugak lah aku ni maknanya. Tak sabar pulak aku nak berkenalan dengan tunang aku ni. Terangguk-angguk sendirian sehinggalah abang aku menarik rambut aku. Terkejut aku.

Siot punya abang. Baru aku nak jerit, dia dah lari naik atas sambil terjerit mengatakan aku dah tak betul terangguk-angguk, tergelak-gelak seorang diri. Aduh. Bengong betul aku ni. Nasib baik papa ke mama tak nampak, kalau tak lagi teruk aku kena perli.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku