Dialah Yang Sebenarnya
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
566

Bacaan






Jam sudah menunjukkan 6.20 pagi. Aku baru sahaja selesai menunaikan solat subuh aku. Hari ini hari pertama aku masuk kerja. Gembira, teruja dan gementar dalam masa yang sama. Walaupun bekerja disyarikat ayah sendiri, aku tetap rasa risau diatas penerimaan pekerja-pekerja disyarikat papanya. Sudahlah tiada pengalaman bekerja langsung. Tidak mengapa, usaha tangga kejayaan. You can do it, Ilyani Kaisara!

Dek kerana keterujaan untuk ke memulakan kerjanya pada hari ini, jam 7.15 pagi dia dah bersiap dan segera turun untuk bersarapan pagi bersama keluarganya. Kelihatan mama dengan papa sudah berada di meja makan menikmati sarapan pagi yang sediakan mama, manakala abangnya masih berada dibilik bersiap. Bersiap mengalahkan perempuanlah abangnya. Kutuk yani didalam hati.

Papa bersuara dikala aku sedang menikmati nasi goreng yang disediakan mama, sedap tak terkata, sempat lagi aku memuji masakan mama didalam hati. “Amboi, pinky betul anak papa hari ini, excited sangat lah tuh nak mula kerja…” usik papaku. Yela aku ni kalau excited sangat, warna pink akan jadi pilihan aku, tak tahu lah kenapa. Senyuman jela aku mampu berikan.

“Fuyooooo, pink nya cik adik kita seorang ni… Nasib baik rambut tak diwarnakan pink, kalau tak lari semua orang dekat ofis nanti… hahaha…” Aku tunjuk penumbuk dekat abang aku. Pagi-pagi dah cari pasal dengan aku. Sehari tak mengusik aku memang tak sah. Geram betul aku.

“Yani, pagi ni kita akan ke bilik mesyuarat dulu sebab papa nak memperkenalkan yani pada pada pemegang saham syarikat kita serta pekerja-pekerja kita tentang kewujudan yani disyarikat papa ye dan abang, nanti lepas habis mesyuarat, abang tunjukkan bilik adik ye, papa ada meeting dengan syarikat supplier kita tuh,” terangguk-angguk kami selepas dengar arahan papa.

Tepat jam 8.45 pagi, kami tiba di syarikat AR Corporation Sdn Bhd. Kelihatan beberapa orang sudah berada di bilik mesyuarat menanti ketibaan kami. Sejurus selepas menunggu semua ahli lembaga pengarah tiba di bilik mesyuarat, papa terus mengumumkan tentang diri aku yang akan memulakan kerja aku disyarikat ini dan akan memegang jawatan sebagai ketua pemasaran disyarikat ini mengantikan Encik Nasirudin yang sudah berpindah ke cawangan kami di Johor Bahru.

Setelah selesai mesyuarat itu, abang membawa aku ke bilik ofis aku sendiri yang terletak di tingkat 4, dimana department aku berada. “Adik, ni bilik adik, bilik abang ditingkat 6 tau, maklumlah abang kan CEO kena lah tinggi sikit dari adik, jadi kena patuh arahan abang, kalau tak abang pecat je adik...” terangkat-angkat kening abang aku sambil menayang muka berlagaknya.

Lalu aku membalas, “eleh baru CEO, ada hati nak pecat adik, adik mengadu dekat papa cakap abang ugut adik macam ni, nanti papa pecat abang, baru padan muka nanti. Abang berlagak dengan adik tak apa, jangan berlagak dengan pekerja lain, penumbuk dapat nanti, habis muka tak handsome nanti…” balas aku sambil tergelak-gelak. Suka sangat menyakat aku.

“Eeeeii, tak ada kerja okay abang nak berlagak, nanti semua tak nak dekat dengan abang. Oh by the way, adik ada setiausaha tau sebab yela banyak urusan adik kena buat nanti, jadi papa dah sediakan setiausaha, nama dia kak shila, meja dia kat depan ni je. Jadi, apa-apa adik tanya lah dekat kak shila eh. Abang nak naik bilik, nanti apa-apa whatsapp jelah abang.” Setelah memberitahu aku, lantas abang aku bergegas keluar untuk kebiliknya.

Eh cop…abang aku ni dia keluar je bukan nak bagitahu apa yang kena buat. Aduhai. Tak apalah aku jumpa kak shila jela. Hah, itu pun dia kak shila. “Assalamualaikum kak shila, maaf sebab ganggu kak shila…” ucapku pada kak shila yang sedang sibuk menatap dengan penuh khusyuk di skrin komputernya.

“Eh astaghfirullalazim..err waalaikumussalam…err, cik ni siapa ye? Ada apa ye yang saya boleh bantu?” tanya setiausaha aku mungkin dalam lingkungan awal 30-an mungkin umurnya ni.

“Oh, saya yani, Ilyani Kaisara, ketua pemasaran yang baru. Kak shila ni setiausaha saya kan?” tanyaku kembali.

Lantas kak shila bangun dan berjabat tangan dengan aku, “Ya Allah, mintak maaf Cik Ilyani, saya tak tahu Cik Ilyani dah masuk kerja hari ini, saya terlewat datang hari ini, ada masalah sikit di rumah. Minta maaf sangat Cik Ilyani, ye saya setiausaha Cik Ilyani, ada apa-apa yang saya boleh bantu?” panjang lebar kak shila beritahu aku.

“Eh eh, kak shila, tak apa, panggil saya, yani je, panjang sangat Ilyani tu. Erm, nak mintak kak shila bantu saya tentang kerja-kerja dekat sini. Ada apa-apa file-fileyang berkaitan yang boleh saya tahu ke? Senang cerita kak shila bagilah tahu tentang projek terkini ke, lost saya kejap sebab papa dengan abang tak bagitahu apa-apa pulak…” jelasku pada kak shila.

“Oh boleh-boleh. Macam ni, cik yani masuk bilik dulu, saya bawakan file-file yang berkaitan tentang projek terkini yang perlu diuruskan cik yani. Hari itu, encik amsyar ada brief pada saya tentang hal ni, lupa pulak saya.” Lalu aku tuju kebilikku menunggu kak shila untuk brief pada aku tentang projek terkini.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku