Dialah Yang Sebenarnya
Bab 5 (Part 1)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
698

Bacaan






Hampir dua minggu sudah aku bekerja disyarikat papa ni. Seronok sangat bekerja disini, walaupun ini syarikat papa tapi beliau jarang berada di ofis kerana papa telah menyerah kerjanya pada abang, hanya sekali-sekala sahaja beliau akan berada disini membuat lawatan tak rasmi, datang check aku. Sabar jela papa aku seorang ni.

Jam pun dah menunjukkan 5.30 petang. Kalau aku nak bertolak dari puchong pulang kerumah ni dengan keadaan jalan sesak petang-petang ni, confirm nak dekat pukul 7 aku sampai rumah. Tak apalah aku ingat nak singgah, IOI Mall lah kejap, beli barang-barang keperluan aku yang dah berkurangan ni. “Kak Shila, kenapa tak balik lagi ni?” tegurku apabila melihat setiausaha aku masih belum pulang lagi.

“Oh, Cik Yani, saya tunggu suami saya datang ambil saya ni. Dia tersekat dalam kesesakan lalu lintas.” Terangnya.

“Oh begitu, saya pulang dululah kalau macam tuh, jumpa esok ye kak shila. Assalamualaikum.” Ucapku.

“Waalaikumussalam Cik Yani. Elok-elok ye memandu.”

Sedang aku seronok menikmati pandangan didalam IOI Mall ni sambil menikmati Tutti Frutti, mataku tertancap pada seseorang yang sangat aku kenali. Dia. Farhan Hakimi. Sudah dua kali aku berjumpa dengannya cuma kali ini, dia tidak perasankan aku. Kelihatan dia bersama seseorang wanita yang agak anggun pada pandangan mataku cuma kesian jugak melihat wanita tuh macam tak cukup kain je gayanya, dah tuh tergedik-gedik, meremang bulu roma aku melihatnya. Tapi, mamat tu suka lah kan perempuan yang berkelakuan macam tu sebab tu lah dulu dia tinggalkan aku. Eeeii, lagi lama aku berada kat sini lagi membuak benci aku melihatkan dia.

Sepantas yang boleh aku jalan meninggalkan shopping complex ni menuju ke tempat letak kereta tetapi nasib tidak menyebelahi aku apabila aku terlanggar akan seseorang sehingga terjatuh tergolek aku. Aduh! Malunya! Lelaki ni pulak jalan pandang mana. Bentak hatiku.

“Err, err maafkan saya, saya tak perasankan awak tadi… Mari saya bantu awak.” Ujar lelaki itu.

“Awak ni jalan pandang mana, kalau nak main handphone tu pergi lah carik tempat duduk, menyusahkan orang jela awak ni!” Terkial-kial aku bangun dan lelaki itu membantu aku mengutip barang-barang yang berterabur.

Lelaki tuh cuba membantu dengan memegang tanganku, namun aku sempat tepis. Ada hati nak pegang-pegang pulak. “Minta maaf sangat-sangat cik tapi cik ni pun bersalah jugak, mata pandang arah mana.” Ujarnya.

Fine! Salah saya jugak.” Ujarku sambil memandangnya tapi muka dia bagaikan sangat familiar tapi dimana ye.

“Eh kejap, awak ni macam kenal lah. Tak silap saya awak ni Ilyani Kaisara kan? Awak sekelas dengan saya untuk kelas Entrepreneurship sewaktu kita di Surrey University, ingat tak?” Aku masih ingat-ingat lupa tentang lelaki ni, rupanya aku cam jugaklah tapi aku tak berapa kenal sangat.

“Err… yeke? Sorrysaya tak berapa ingat awaklah. Muka macam kenal tapi nama tak tahu. Sorry.”

“Tak mengapa saya faham. Saya, Hazri.”

“Oh..oh…Hazri! Eh tak apalah Hazri, saya ada hal ni, nak kena cepat. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum.” Belum sempat Hazri balas, aku sudah laju angkat kaki jauh dari dia.

Baru aku ingat dia ni lah lelaki yang diberitahu oleh Shima yang Hazri tu sukakan aku tapi aku tak ambil pusing sangat sebab waktu tu fikiran aku serabut memikirkan hal pertunangan aku. Dan lebih mengejutkan lagi Amira, kawan baikku, cukup meminati lelaki ni, siap bagi warning lagi jangan diantara aku dengan Shima ada hati pulak dengan lelaki pujaannya itu. Kalaulah aku bagitahu Amira tentang hal ni, habis kecoh satu dunia, bukan dia tak kenal perangai kepoh minah seorang tu. Malaslah aku nak bercerita karang dia ingat aku nak mengorat lelaki pujaan hati dia ni. Eeei tak ada masa!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku