Dialah Yang Sebenarnya
Bab 5 (Part 2)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
593

Bacaan






Rimasnya aku dengan si Dini! Dari mana entah minah ni tahu aku ada dekat sini. Tergesel sana tergesel sini, kalau kau ni kucing tak apa jugak. Hish! Bentak hatiku. “Darling, kenapa muka stress je ni. Banyak kerja eh. Kesian you kan, sayang. Tak apa, hari ini, I spend time dengan you, hilangkan stress you.” Ujar si minah tak reti bahasa ni. Dia ingat aku suka?

“Eh you, tolong sikit eh. I rela stress pasal kerja tahu. Untuk pengetahuan you, yang buat I stress sekarang ni adalah you. Eh, tolonglah blah sekarang, menyampahlah tengok muka you. Blah lah! Pergi balik sana. Mengacau je.” Ditepis tangan si Dini, lalu bergerak dengan pantas meninggalkan Dini yang terpinga-pinga dengan kelakuan aku.

Siap kau Farhan Hakimi bin Dato’ Hisham, kau ingat kau siapa nak tolak-tolak aku macam ni, tak apa, aku akan pastikan kau akan jatuh ditangan aku satu hari nanti! Kau tunggu Farhan Hakimi, kau belum kenal siapa Dini Melissa Binti Datuk Zahiruddin lagi. Kau belum kenal lagi. Nanti kau.

“Weh, Ziq, kau kat mana? Eh sakitlah hati aku dengan kau ni. Janji pukul berapa, ni dah pukul berapa. Mana kau, cepatlah! Kau lambat, aku balik rumah, makanlah kau sorang-sorang kat sini! Bye.” Belum sepat Haziq nak berkata-kata dia dah letak telefon. Adalah yang tak kena dengan si Farhan ni. Nak tak nak nanti, kena lah aku tadah telinga dengar mamat ni membebel. Merajuk kalah perempuan. Bebel Haziq dalam hati sambil tersenyum mengingatkan perangai kawan baik seorangnya tu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku