Dialah Yang Sebenarnya
Bab 6 (Part 1)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
553

Bacaan






Tepat jam 7.30 petang, Yani tiba dirumah. Bergegas dimasuk ke rumah untuk mandi dan menunaikan solat maghribnya. Kejadian petang tadi menjengah fikirannya kejap. Nak lari dari orang lain, orang lain pulak aku terserempak. Ahh…biarlah buat apa nak serabut fikiran pasal mereka berdua.

Kelihatan mama sedang sibuk menghidang lauk-lauk diatas meja sambil dibantu oleh bibik Su. “Mama!” Sergahnya.

“Ya Allah, Yani terkejut mama! Hish kamu ni, cuba perangai tu elok sikit. Nah, pergi isi nasi dipinggan semua orang, lekas. Lepas tu panggil papa dengan abang makan.” Arah mamanya.

“Hehehe…sorry mama. Baik mama!” Sebelum bergerak mengisi nasi, Yani mencium pipi mamanya tanda mohon maaf.

“Papa! Abang! Mari makan cepat! Dah siap hidang ni!” Jeritku.

“Ya Allah, bertuah punya anak! Yani, kamu tu perempuan, terjerit-jerit dari jauh buat apa. Ni kalau ibu mentua kamu tengok, mahu lari dia, tau?” Bebel mama. Apalagi yang mampu aku buat selain tersenyum jelah, karang dijawab panjang berjela lagi bebelan yang aku kena dengar ni.

“Haah mama betul tuh,adik ni nak jadi tarzan sebenarnya ma tapi nak buat macam mana dekat universiti mana offer kursus jadi tarzan, tu yang praktis dekat rumah je, jadi kita semualah jadi mangsanya…hahahaha.” Kecik besar kecik besar je aku tengok abang aku ni. Ada yang aku smack down dia ni karang. Eeeeii, geramnya aku tengok dia ni. Malas aku nak layan abang aku yang annoying ni.

“Hah, ni sorang lagi, kerjanya mengusik, membuli adik dia, nanti isteri kamu lari, baru kamu tau. Dah, abang baca doa, cepat.” Tegur mama tentang perangai abang aku ni. Aku apalagi tayang muka mengejek serta beri thumbs up pada dia lah. Padan muka. Papa hanya geleng-geleng melihat keletah kami semua.

“Aduh, mama ni, apa ni…” Manja betul abang aku ni jawab…hahaha.

Setelah selesai makan dan mengemas meja, aku join abang aku yang sedang khusyuk tengok movie di HBO manakala mama sudah naik ke ruang tamu diatas menemani papa untuk menonton berita.

“Abang, tanya sikit boleh?” Sambil angkat kening melihat abangku.

“Hish, sibuk je budak kecik ni lah. Hah, nak tanya apa?”

“Bila abang nak kahwin? Yani dengar cerita lah kan, dari gosip-gosip terkini di pejabat yang mengatakan abang tengah berkawan rapat dengan akauntan di pejabat kita tuh. Siapa eh nama dia…rina..hah! Nur Arlina!Betul ke?” Abang terus menoleh ke arah aku dengan riak yang terkejut. Bagaikan ada subjek exam yang fail pulak, riak abang aku ni.

“Oi, abang, adik tanya ni, tak payah lah buat muka macam tuh.” Aku tepuk pipi dia bagi sedar diri sikit.

“Hah…err..err..macam…macam mana adik tau ni?” Soalan dijawab soalan. Sabar jela.

“Kan dah cakap tadi…dari gosip dipejabat lerr…” Ujarku sambil keningku diangkat sedikit.

“oh…adik, diam-diam nanti mama dengan papa tahu. Shhhh. Cakap perlahan sikit lah.” Bertuah betul abang aku sorang ni, itu pun nak takut. Pelik aku dengan perangai abangku sorang ni. Sudahlah nak berkawan dengan perempuan pun malu-malu.

“Hish! Apa ni, main kasar lah abang ni, bocorkan rahsia karang!” Ugut aku.

“Alah…alah, okay sorry… Janji jangan cerita dekat sesiapa tau, abang masih dalam proses nak berkenalan dulu, karang dia tak nak dekat abang, malu lah abang.” Terang abang aku dan aku hanya balas dengan anggukan sahaja.

“Abang tanya sikit. Satu je lagi. Abang tau siapa tunang adik tu tak?” Tanyaku sambil tayang muka simpati.

“Tunang adik? Hmmm…abang sendiri tak tahu siapa lah adik, waktu dorang datang rumah kita, abang kan tak aada dekat rumah, abang outstation ke Australia, lupa ke? Tak godek-godek dari papa dengan mama?” Tanya abang aku. Dan aku hanya mampu diam kerana hampa masih tidak tahu siapa gerangan lelaki itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku