Dialah Yang Sebenarnya
Bab 6 (Part 2)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
430

Bacaan






Selesai masak makanan kegemaran suami dan anak tunggalnya sorang tuh. Datin Badariah menghidang makanannya sementara menunggu anak kesayangannya pulang. Kemana sahajalah anaknya ni merayap, dah pukul 8 malam pun belum muncul-muncul lagi. Bebelnya dalam hati.

“Eh, Yah, banyak jugak lauk awak masak harini? Ada sesiapa nak datang ke?” Tanya Dato’ Hisham.

“Anak tunggal kita lah bang, balik rumah harini, esok kan dah hujung minggu… Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai lagi, risau pulak hati saya ni, bang. Mana entah merayapnya. Cubalah abang telefon dia…” Leter isterinya panjang lebar. Geleng kepala jela Dato’ Hisham kalau dengar isterinya berleter.

Ketika isterinya masih terjenguk-jenguk di tingkap menunggu anak kesayangannya pulang, Dato’ Hisham mengambil lauk kegemarannya, tiba-tiba isterinya bersuara, “amboi bang, tak sabar-sabar ye nak makan.”

“ Hehehe…mana boleh tahan kalau ada lauk kegemaran abang…Hah, tuh anak kesayangan awak dah sampai, lekaslah duduk kat sini, boleh dah nak makan ni.” Ujar Dato’ Hisham.

“ Lambatnya, kamu balik Farhan…mummy dah masak makanan kegemaran Farhan ni, jomlah makan.” Sergah Datin Badariah bila anaknya masuk kerumah. Terkejut Farhan bila disergah begitu. Tengah sibuk berfikir, itu yang terkejut jadinya. Kaku kejap untuk seketika, selepas tuh baru dia jawab soalan mummynya.

“ Ada makanan kegemaran Farhan? Okay, jom makan mummy, daddy.” Ujar Farhan dengan suara yang ceria bila mendengar mummy memasakkan makanan kegemarannya.

Sedang menikmati makanannya, tiba-tiba mummynya bersuara, “Abang, esok free tak? Ni, Yah ingat nak pergi rumah Datin Fazilah lah bang, anak dia dah balik dari oversea tuh…” Tanya mummynya.

“Anaknya yang mana ni? Tunang anak kita ni ke?”

“Yelah bang, tunang anak kita ni lah. Siapa lagi…Hah, Farhan nak ikut tak? Boleh jumpa tunang kamu tuh?” Mummynya bertanya. Hampir tersembur jugak aku dek terkejut dengan pertanyaan mummy ni. Salah timing betul lah.

“Oh, kamu telefon dulu mereka tu Yah, karang pergi, dia orang tak ada di rumah pulak.” Ujar daddynya.

Belum sempat mummynya nak bersuara, aku memintas, “Tak apa lah, mummy, mummy dengan daddy je lah pergi…belum tiba masanya lagi lah mummy. Tapi mummy dengan daddy janganlah bocorkan rahsia, siapa tunang dia ni tau…” rayuku pada mereka berdua. Aku sebenarnya tidak berapa pasti sama ada, Sara masih ingat lagi atau tidak muka mummynya kerana hanya sekali sahaja aku bawak dia berjumpa, itu pun sekejap, itu pun sebab barang aku tertinggal dirumah ketika itu. Tapi harapnya dia tidak ingatlah.

Mummy hanya mengganguk sahajalah dengan permintaan aku. Rasa bersalah juga aku bila membuat permintaan sebegitu tapi aku benar-benar belum bersedia lagi. Aku perlu pikat dia kembali. Itu plan A lah. Kalau plan A musnah, terpaksalah gunakan plan B iaitu paksa jugak dia kahwin dengan aku. Tak sanggup aku lepaskan dia lagi. Cukuplah sekali itu sahaja. Kena pasang strategi ni. Fikirnya sendirian.

“Bang, esok mereka ada dirumah, bolehlah kita pergi. Tak sabar pulak nak jumpa bakal menantu kita tuh.” Ujar mummynya dengan ceria ketika aku dengan daddy tengah khusyuk menonton televisyen.

“Err…mummy..erm..esok mintak nombor yani, boleh tak mummy?” Lemah semangat tengok pandangan mata mummy dia ni, macam nak telan aku hidup-hidup pulak. Cuak pulak rasa.

“Banyak cantik! Kalau nak, usaha sendiri. Kalau mummy dapat nombor Yani, mummy tak nak bagi kat Farhan pun!” Bidas mummny tajam. Aduh menikam hatiku. Argh…frustnya aku. Dengan hampanya, aku bawak diri naik ke bilik, dengan harapan mummy akan cakap yang mummy akan bantu dapatkan nombor Yani tapi tak ada respon pun dari mummy.

“Yah ni, apalah bagi jelah nombor bakal menantu kita tuh. Kecewa habis anak kita tuh.” Tegur Dato’ Hisham.

“Biarlah dia bang, bukan saya tak ajak dia pergi esok. Kalau pergi esok, dia boleh dapat dah nombor Yani, dah boleh rancang tarikh perkahwinan dia orang. Ini tak, tak nak pergi, lepas tuh, suruh kita pulak dapatkan nombor Yani…kalau dia nak, dia usaha lah bang, sendiri carik pasal, sendirilah tanggung.” Bebel Datin Badariah. Terdiam dah Dato’ Hisham dengar bebelan isteri tercintanya ni.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku