Dialah Yang Sebenarnya
Bab 6 (Part 3)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
619

Bacaan






“Abang…oh abang…ni Dato’ Hisham dengan Datin Badariah dah sampai ni, lekas turun…” laung Datin Fazilah lalu kedepan untuk membuka pintu rumahnya untuk menjemput tetamu yang datang.

“Assalamualaikum, Zila…kedatangan kami ni mengganggu ke Zila sekeluarga ke?” Ujar Datin Badariah sambil bersalaman dengan Datin Fazilah.

“Waalaikumussalam. Eh, apa pulak kata gitu…meh jemput masuk, Sham, Yah…” ucap Datin Fazilah.

“Tak adalah, nampak sibuk je Zila… Ni, anak-anak Zila mana?” Tanya Datin Badariah.

“Erm, ni Yani teman Amsyar beli buah-buahan… Kejap lagi sampai lah tuh…” Ujar Datin Fazilah.

Kedengaran enjin kereta Amsyar memasuki perkarangan rumah. “Eh, abang, keluarga tunang Yani dah sampai lah abang…berdebarnya rasa. Abang rasa tunang Yani ada tak?” Tanya aku sambil memandang muka abang.

“Haah lah, eh jomlah masuk!” Pertanyaan aku dibiar tidak berjawab.

“Assalamualaikum!” Ucap kami serentak.

“Hah Waalaikumussalam, dah sampai pun. Amsyar, Yani, mari makan sekali dengan kami. Ni salam bakal mak dan ayah mentua kamu Yani…” Arah mama.

“Ni lah dia bakal menantu kita bang…cantikkan dia bang…” Ujar bakal mak mentua aku ketika aku menyalami mereka berdua. Tunggu kejap! Aku macam pernah nampak pulak bakal mak mentua aku ni tapi dekat mana? Terserempak dekat mana-mana kot. Bisikku sendiri.

Rancak betul mereka semua berbual. Aku hanya menyampuk apabila ditanya. Selebihnya aku hanya mengganguk, menggeleng dan senyum sahaja. Entah apalah mereka borak sebenarnya aku pun tak tahu. Abangnya pulak sudah lama keluar, jumpa kawan katanya. Ke jumpa bakal awek dia? Hatiku membuat andaian sendiri. Dalam tengah leka berangan, termenung, tiba-tiba disergah mama untuk bersalaman dengan bakal mak dan ayah mentua aku kerana mereka mahu pulang.

“Haihh…jauh termenung anak mama tadi…fikir apa?” Tanya mamaku tiba-tiba, ingatkan tak perasan tadi. Hmmm…

“Err…tak ada apalah mama. Leka dengar mama dengan auntie Badariah tu berborak lah. Papa pun rancak berbual dengan uncle…lagipun tak tahu nak menyampuk apalah mama.” Terangku panjang lebar. Baik punya cover line. Fuhh…

Terus aku minta izin mama dengan papa untuk naik kebilikku sebelum disoal banyak tak pun mama berceloteh pasal tunang dia yang entah siapa tah. Tak datang pulak mamat tuh tadi. Tapi bagus jugak. Aku malas nak dengar apa-apa cerita tentang tunang ke kahwin ke apa ke. Tak nak! Malas!

Sampai je dirumah, Datin Badariah terus diterjah oleh anak kesayangannya sorang tuh. “Mummy, apa cerita? Yani sihat? Dapat nombor dia tak? Yani cam mummy ke?” Bertubi-tubi soalan si Farhan.

“Ya Allah, Farhan bagi lah mummy tuh duduk dulu. Hish budak sorang ni. Dah lepas soal siasat mummy tuh, naik ke bilik kerja daddy, ada benda daddy nak bincang pasal projek, faham?” Hanya anggukan kecil dari Farhan je kepada daddynya tapi matanya tetap fokus pada mummy.

“Tuhlah mummy suruh ikut, jual mahal…sekarang tertanya…”

Termenung Farhan dibilik lepas mendengar mummy dia bercerita tentang bakal isterinya itu. Sedikit pun dia tak nak tahu siapa bakal suami dia? Argh! Jerit Farhan didalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku