Dialah Yang Sebenarnya
Bab 7 (Part 1)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1223

Bacaan






Seawal jam 7.45 pagi aku sudah tiba di ofis dek kerana mahu mengelak kesesakan lalu lintas dari Ampang ke Bangi ni. Kelihatan para pekerja semua belum tiba lagi termasuk sahabat baiknya, Haziq. Elok aku pergi breakfast dulu, awal sangat ni sampai. Fikir Farhan.

Sambil menikmati teh tariknya, kelihatan Haziq berjalan kearahnya. “Selamat pagi, bos! Awal sampai.” Ucap Haziq.

“Waalaikumussalam…hari isnin, bro. Mestilah datang awal. Apalah kau ni. Dah lah pergi order makanan, karang lambat nak masuk ofis.” Disisip kembali minumannya.

Nak cerita ke tidak pada si Haziq ni. Jap lagi cerita mahu dia tibai dengan lawak entah apa-apa dia ni. Bukan boleh percaya dia ni. Gelisah memikirkannya. Nak luah tapi macam tak nak pulak. Masalah betul lah.

“Oi! Kau ni kenapa? Macam cacing kepanasan je, apesal?” Sergah Haziq. Tersentak Farhan dibuatnya.

“Ish kau ni, terkejutlah. Aku…aku…err…aku…”

“Aku aku aku…aku pakukan karang! Apa benda, cakap jelah. Tak tau pulak kawan baik aku selama ni gagap.” Bidas Haziq.

“Aduh! Susahlah nak cerita. Ish! Pasal Sara lah apalagi…” Kusut betul fikiran Farhan.

“Serabut lah kau ni, Farhan. Macam ni lah. Kau pergi jela jumpa dia face-to-face, kau nak takut apalagi? Dulu tu memanglah salah kau tapi benda dah lepas kan? Kau pun dah berubah. Jumpa dia mohon maaflah lepas tuh pikatlah! Tak akan tuh pun aku nak ajarkan? Eeeiii, dahlah tak yah serabut, kerja yang dekat ofis tuh lagi kau kena serabut tau, banyak projek kita kena setelkan. Jomlah naik ofis tapi kau bayarkan eh. Bye.” Bebel Haziq panjang berjela. Geleng kepala Farhan dengar bebelan Haziq. Belum lagi sempat aku nak cerita, dah bertubi-tubi aku kena, lepas tuh suruh aku belanja. Aku tumbuk jugak karang.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku