Dialah Yang Sebenarnya
Bab 7 (Part 2)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 Ogos 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
383

Bacaan






Geleng kepala Farhan dengar bebelan Haziq. Belum lagi sempat aku nak cerita, dah bertubi-tubi aku kena, lepas tuh suruh aku belanja. Aku tumbuk jugak karang.

“Kau ingat senang ke, Ziq? Benda macam ni dah melibatkan hati orang yang aku sayang tau tak.”

“Melibatkan orang yang kau sayang? Masa kau zaman belajar, kau betul ke sayang dia?” Soalan Haziq dijawab dengan keluhan.

Menggeleng Haziq dengan perangai sahabatnya. “Kimi, kau sayang dia, kau pergi jumpa dia, terangkan pada dia. Duduk dengan muka kusut, tak mendatangkan apa-apa manfaat pun, kau menambahkan kemarahan aku ada lah. Ish pergilah, telefon dia kea pa. Itu pun nak diajarlah!” Bebel Haziq tak berhenti.

“Kau ni macam mak aku jelah, asyik bebel je. Cerita dia sekarang, aku taka da nombor dia. Aku.Tak.Ada.Nombor.Dia. Faham?” Jawab Kimi.

“Ya Allah, tunang apa jenis kau ni? Nombor tunang pun tak ada. Eeei, tak fahamlah aku dengan kau ni.”

“Dah mak aku tak nak bagi nombor dia, nak buat macam mana.”

“Kau ni nak aku ajar ke apa? Pergilah ketuk rumah dia, pergi minta apa susah?” Balas Haziq sambil sibuk mengunyah roti canai yang baru sampai.

“Fine. Aku malas nak bertekak dengan kau. Sambung makan, lepas tu boleh balik pejabat dengan pantas, ada banyak kerja tu.”

“Baik, bos!”

Datang rumah dia? Bagus juga idea tuh. Lagipun berapa lama lagi nak berahsia. Dah tiba masanya bersemuka dengan Ilyani Kaisara, tunang aku..bakal isteri aku. Elok aku rancang apa yang harus aku buat ni. Bersedia dengan apa yang terjadi bila Sara tau siapa tunang dia. Daripada aku menyorok macam ni, memang tak jadi apa lah.

Agak-agak dia ada orang lain ke? Macam mana kalau dia ada jumpa seseorang waktu belajar kat London dulu? No. No. Tak mungkin.

Aku kena bertindak cepat! Farhan berkata dalam hatinya sendiri.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Dah balik pun anak mama. Lambat balik hari ni? Banyak kerja?” Yani terus memeluk ibunya.

“Haah, mama banyak sangat kerja. Abang lah ni..” Adu Yani pada ibunya.

“Eee, cantik sikit, bila pulak abang bagi adik banyak kerja. Entah apa dia buat pun tak tau, tu yang lambat habis kan..” Bidas abangnya sambil menjelir lidah pada adiknya.

“Eeeeii Mama, tengok abang tuh..”

“Ah..sudah-sudah, mama dah masak, korang dua pergi naik atas, mandi, solat, turun bawah makan sama-sama. Mama dengan papa nak keluar ada makan-makan kat rumah Haji Ahmad. Abang, jangan merayap malam ni! Teman Yani.” Puan Fazilah maklumkan pada anak-anaknya sambil Yani mengejek abangnya yang dilarang keluar merayap malam ni.

Belum sempat Amsyar nak mencubit, Yani cabut lari naik atas. Menggeleng Puan Fazilah melihat anak-anaknya. Dah besar tapi perangai macam budak sekolah lagi. Walaubagaimanapun, hatinya cukup gembira melihat keadaan itu.

Selesai makan malam. Yani duduk di ruang tamu, melihat kertas yang ada pada tangannya. Nak save nombor dia ke tak? Aduhai…Kalau save, confirm boleh tau siapa mamat yang gedik nak jadi tunang aku ni kan. Tapi lepas save nak buat apa? Whatsapp? Call? Nak cakap apa? “Hi tunang, saya lah cik tunang awak tuh.” Ish! Itu kerja gila! Dah apahal aku kena cakap macam tuh. Eeiii…serabutnyaaaaa!

Pppaaap! “Oh mak kau melompat!” Kurang ajar punya abang, sekarang aku dah termelatah! Ini yang membawa kemarahan ni kan! Terkekeh-kekeh gelak pulak. Ingat lawak ke apa? Tak nampak ke aku tengah nak fikir misi ni.

“Eeeeii! Abang dah lah gelak! Tak lawak lah!!” Bentak Yani pada abangnya.

“Sorry..sorry! Masalahnya kelakar ekspresi wajah Yani! Serious…lawak!” Masih lagi dengan gelaknya yang bagaikan tak boleh berhenti langsung.

Yani hanya memberikan pandangan tajam pada abangnya. “Okay, okay..abang berhenti. Hehe Jangan lah marah adik ku sayang….alolololo dah tak comel..nak abang belanja aiskrim?” Sambil terangkat-angkat kening abangnya yang dalam cubaan memujuk adiknya.

Masih lagi dalam posisi yang sama, sikit tak berganjak dari menenung tajam pada abangnya. “Ilyani Kaisara..sila jangan marah abang lagi..serious abang bergurau saja..tengok adik abang yang asyik gelisah, duk tenung kertas tu sampai nak tembus kertas tuh, dah kenapa? Kertas apa yang ditengok tu?” tanya abangnya.

Yani menarik nafas dan menghembusnya untuk beberapa kali untuk menenangkan dirinya kembali sambil tenung kertas ditangannya lagi. “Auntie Badariah bagi nombor anak dia. Adik…tak tau lah abang..nak buat apa?”

“Buat apa..apa? Maksud adik? Save jelah nombor dia, lepas tu tegur dia..kan senang? Yang ditenung-tenung buat apa? Bukan membantu pun.” Amsyar memandang pelik pada adiknya bagaikan takut sangat nak simpan nombor tunang dia sendiri. Pelik..pelik..Menggeleng je Amsyar mampu beri sambil berlalu meninggalkan adiknya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku